Thursday, June 30, 2011

Krisis Rumahtangga - Jimmy Takkan Cerai Isteri

JIMMY di samping Zahrah dan ibu mertua, Datin Muniroh Kassim.

KUNJUNGAN Kosmo! ke kediaman keluarga mertua Jimmy Shanley untuk merakamkan gambar-gambar anak sulungnya Zahrah Shanley yang ketika itu baru berusia lima hari disambut baik oleh Jimmy, isterinya Nursuhaila Eliani, 25, dan juga keluarga mertuanya meskipun kemelut rumah tangga mereka masih belum berakhir.

Ketepikan semua sengketa, kini, dengan kelahiran puteri sulung buat Jimmy dan Suhaila dan cucu ketiga dalam keluarga Datuk Suhaimy Othman dan Datin Muniroh Kasim pada 24 Jun lalu secara pembedahan di Pusat Perubatan Putra, Sungai Buloh, semua pihak cuba memberi yang terbaik kerana tidak mahu Zahrah yang masih belum mengerti apa-apa menerima kesannya.

[MTV] Dato' Siti Nurhaliza - Astana Jiwa (Lagu Tema Suria Di Cordoba)


Tajuk: Astana Jiwa
Penyanyi: Dato' Siti Nurhaliza
Komposer: Audi Mok
Lirik: Faizal Sa Shahab / Rozie Rashid
Lagu Tema Drama Bersiri Suria Di Cordoba (Astro Prima)


Noh (Hujan) dan Tomok Melangsungkan Pernikahan Pada Tarikh Yang Sama!!

Memang kebetulan tarikh yang dipilih oleh kedua pasangan artis Malaysia yang melangsungkan perkahwinan mereka tak lama lagi pada tarikh 1 Julai 2011.. Sapa lagi kalau bukan Noh Hujan bersama pasangannya Mizz Nina dan Tomok bersama pasangannya Siti Rahayu...dan tambah menarik lagi, kad undangan perkahwinan mereka sememangnya unik dan tersendiri..kreatif kan.. 



Kad Perkahwinan Noh & Mizz Nina






Kad Perkahwinan Tomok & Ayu

P/S : Tahniah kepada kedua pasangan ini..semoga mereka berbahagia selalu hingga ke anak cucu lah ye..sekarang memang semacam menjadi "trend" bagi mereka terutama golongan artis yang berkahwin untuk mengadakan kad undangan yang kreatif dan unik untuk ke hari istimewa mereka..apa pun jua bentuk dan isi kad tersebut, yang penting tujuan mereka sama ingin mengundang orang ramai hadir memeriahkan majlis bersejarah mereka...janji hepi..weeeeee~

Aksi Kelayakan Piala Dunia 2014 - Malaysia Tumpaskan Taiwan 2-1

PEMAIN Taiwan berjalan kecewa  ketika  pemain Malaysia meraikan gol kedua yang dijaringkan Mohamad Aidil Zafuan Abd Razak dalam perlawanan pertama, pusingan pertama kelayakan Piala Dunia 2014 zon Asia di  Stadium Nasional Bukit Jalil, malam tadi.
PEMAIN Taiwan berjalan kecewa ketika pemain Malaysia meraikan gol kedua yang dijaringkan Mohamad Aidil Zafuan Abd Razak dalam perlawanan pertama, pusingan pertama kelayakan Piala Dunia 2014 zon Asia di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam tadi.


Harimau Malaya harus lebih garang pertemuan di Taiwan, Ahad ini

KEPUTUSAN ini di Stadium Nasional, Bukit Jalil, malam tadi harus menerbitkan sedikit perasaan gelisah buat skuad Harimau Malaya walaupun bermula dengan langkah kanan menewaskan Taiwan.

Kemenangan 2-1 dalam perlawanan pertama, pusingan pertama kelayakan Piala Dunia 2014 zon Asia mencipta rasa bangga tetapi anak didik Datuk K Rajagobal perlu menyajikan kelibat lebih garang dalam pertemuan timbal balik di Taiwan, Ahad ini andai memasang impian mahu layak ke pusingan kedua.

Apa pun, dua gol jaringan jaringan kapten, Safiq Rahim dan pemain pertahanan, Aidil Zafuan Abdul Razak pada setiap babak permainan menepati sasaran awal jurulatih dan keputusan seri dalam perlawanan kedua nanti sudah memadai untuk mengharungi halangan berikut menentang pasukan tetangga, Singapura.

Tuan rumah yang bermula agresif membuka tirai jaringan pada minit ke-28 menerusi Safiq yang berpunca daripada gerakan Abdul Hadi Yahya sejurus selepas masuk menggantikan Helmi Remeli.

Hadi tidak menunggu lama memecah bentang pertahanan dari sisi kanan sebelum melorong bola kepada S Kunanlan dan umpanan pemain tengah itu mudah disempurnakan Safiq yang merembat kencang menewaskan penjaga gol Taiwan, Lin Po-Cheng. 

Pada babak kedua, Rajagobal memasukkan Ahmad Fakri Saarani menggantikan Safee Sali yang mengalami kecederaan di akhir babak pertama, dan penyerang muda itu hampir menambah jaringan selepas menerima hantaran leret Baddrol Bakhtiar, tetapi tolakannya tersasar. 

Minit ke-55, Aidil yang kembali menyarung jersi kebangsaan tahun ini selepas pulih daripada kecederaan, menceriakan lebih 45,000 penyokong tuan rumah apabila menanduk masuk gol kedua yang bermula daripada sepakan sudut Safiq.

Kelebihan dua gol kem negara bagaimanapun dicemari gerakan pantas jentera serangan Taiwan yang melakukan asakan dari sebelah kanan gawang dan pemain tengah, Chen Po-Liang mudah menewaskan penjaga gol kebangsaan, Sharbinee Allawee pada minit ke-76.

Sumber : Berita Harian Online

P/S : Terasa sedikit bangga apabila prestasi pasukan bola sepak Malaysia telah meningkat dan mereka mampu mengekalkan momentum kejayaan mereka setakat ini..apa yang Azam lihat juga, rakyat Malaysia khususnya penyokong bola sepak kini tidak lagi malu untuk menyarungkan jersi kebangsaan berwarna kuning yang turut dipakai setiap kali skuad kebangsaan itu beraksi di padang untuk dibawa atau dipakai ke mana-mana..sekali lagi syabas dan tahniah kepada skuad Harimau Malaya!!

Tuesday, June 28, 2011

Selamat Menyambut Isra' Mikraj Buat Semua Umat Islam...



PENGERTIAN ISRAK DAN MIKRAJ

Israk bererti perjalanan Nabi Muhammad S.A.W. dari Masjid al-Haram di Mekah ke Masjid al-Aqsa di Bait al-Maqdis Palestin. Peristiwa ini ada terakam di dalam Al-Quran.

Firman Allah Taala bermaksud:

Maha Suci Allah yang telah menperjalankan hambaNya (Muhammad) pada suatu malam dari Masjid al-Haram (di Mekah) ke Masjid al-Aqsa (di Palestin) yang telah Kami berkati sekelilingnya agar Kami memperlihatkan kepadanya sebahagian dari tanda-tanda (kekuasaan dan kebesaran) Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat.

Anak Pensyarah UiTM Dari Alor Gajah Menang Cipta Logo Filem Transformer


ALOR GAJAH: Seorang pelajar Malaysia muncul sebagai pemenang utama dalam peraduan "Iridescent Artwork" iaitu mencipta logo bagi edisi kelima siri filem blockbuster Hollywood - "Transformer".

Wan Muhammad Hazzim Wan Muhammad Zulkifli, 17, dari Sekolah Menengah Kebangsaan Datuk Dol Said di sini berjaya menewaskan peserta dari seluruh dunia menerusi pertandingan tersebut.

"Saya tidak menyangka kerana ia kemenangan pertama saya lebih-lebih lagi di peringkat antarabangsa bagi mencipta logo bersempena jelajah konsert Linkin Park di Moscow bermula Jumaat lepas," katanya ketika ditemui pemberita di rumahnya di Taman Saujana Heights, di sini, petang Isnin.

Beliau berkata, logo tersebut adalah sebagai latarbelakang 'soundtrack' filem "Transformers: Dark Of The Moon" yang dinyanyikan oleh kumpulan antarabangsa itu.

Katanya, proses menyiapkan logo tersebut hanya memakan masa selama setengah hari dan kemenangan itu merupakan satu kebanggaan bagi diri dan keluarganya.

Wan Muhammad Hazzim yang bercita-cita untuk menjadi seorang pereka animasi sememangnya meminati siri Transformers dan menjadikan minat beliau sebagai inspirasi mereka logo itu, katanya.

Bagaimanapun, beliau tidak mengetahui hadiah yang bakal dimenanginya kerana belum dihubungi oleh penganjur bagi ganjaran itu.

"Saya mengetahui kemenangan saya menerusi e-mel dan facebook," katanya remaja bongsu dari dua adik-beradik itu yang bagaimanapun kurang mengemari muzik kumpulan Linkin Park.

Bagi ibunya, Zaharah Ramli 48, pensyarah dalam bidang seni reka grafik dari Universiti Teknologi Mara (UiTM) Alor Gajah, sememangnya menyokong minat dan cita-cita anaknya dalam bidang yang diminati.

"Saya sekeluarga rasa bangga di atas pencapaian Hazzim," katanya.

Filem Transformers arahan Michael Bay itu bakal menemui penonton tidak lama lagi dan ianya sekaligus meletakkan nama anak Malaysia sebagai salah seorang individu yang terlibat.

Hasil logo tersebut akan dibawa bersama sepanjang siri konsert jelajah Linkin Park di Moscow sebagai latar kepada 'soundtrack' konsert tersebut. - BERNAMA

Sunday, June 26, 2011

Isu Perhimpunan BERSIH dan Video Seks Anwar Ibrahim : Satu Permainan Politik??

Blog Azam mengenai politik??inilah pertama kalinya blog Azam bercerita mengenai poltik..sebenarnya Azam kurang gemar menyentuh isu seumpama ini kerana ini bukan di ruang lingkup kemahiran azam untuk mengupas topik yang agak berat seumpama ini..sebab itulah Azam hanya mengambil petikan dari Utusan Online mengenai dua isu yang berkaitan politik yang sedang hangat diperkatakan sekarang ini..Mari kita singkap sedikit pengetahuan kita dalam situasi politik ini, tak tahulah apa yang bakal berlaku pada negara kita sendiri, seram juga memikirkannya..

Ambiga, Pas dan bantahan perhimpunan Bersih


Friday, June 24, 2011

Keputusan Poll Reddy (2)


KEPUTUSAN POLL SIAPAKAH BAKAL MENJADI JUARA MAHARAJA LAWAK?

JOZAN - 12 (60%)

NABIL - 5 (25%)

SEPAH - 3 (15%)

JAMBU - 1 (5%)



P/S : Ternyata keputusan poll daripada pembaca yang mengundi di blog Azam Reddy ni sama sekali berbeza dengan keputusan sebenar Maharaja Lawak yang telah berlangsung..Jozan yang diramal besar menjuarai ML pada kali ini ternyata tewas di tangan kumpulan Sepah dan Nabil berpuas hati di tangga ke - 3...hanya kumpulan Jambu sahaja yang diramal betul berada di kedudukan ke - 4..apapun terima kasih kerana mengundi..nantikan poll seterusnya di Blog Azam Reddy..janji hepi..weeeeeee~


Malaysia Pasukan Tunggal Rantau Ini Ke Kelayakan Akhir Olimpik 2012



KUALA LUMPUR - Kejayaan skuad negara menumpaskan Lebanon 2-1 pada perlawanan kedua pusingan kedua kelayakan Olimpik 2012 London di Stadium Nasional Bukit Jalil, kelmarin membuktikan Malaysia bukanlah calang-calang pasukan apabila tersenarai sebagai 12 terbaik peringkat Asia untuk layak ke temasya berprestij itu.

Jurulatih skuad Olimpik negara Ong Kim Swee, berkata permainan pasukan itu semakin matang dan mempunyai komitmen tinggi apabila mampu menahan asakan lawan, walaupun terpaksa bermain dengan hanya sepuluh orang pada awal babak kedua perlawanan.

"Saya berpuas hati dengan mutu persembahan yang telah dibuktikan oleh setiap pemain dalam mengekang asakan lawan berbaki 40 minit perlawanan.

"Sebagai jurulatih, saya kagum dengan peningkatan corak pemain muda dan ia adalah petunjuk bahawa kita telah bersedia untuk mara ke saingan peringkat ketiga nanti, iaitu pada September ini," katanya.

Maharaja Lawak Akhir : Kemenangan Mutlak SEPAH!!



Maharaja Lawak yang telah berlangsung selama hampir 13 minggu kini telah sampai kemuncaknya..Maharaja Lawak Peringkat Akhir yang berlangsung di Stadium Malawati Shah Alam dengan meriah seperti biasa dikemudi oleh pengacara AC Mizal dan dibarisi pengkritik - pengkritik tetap saban minggu seperti Mamat Khalid, Ahmad Idham dan Saiful Apek..Kedudukan undian pada awalnya adalah seperti berikut :



Wednesday, June 22, 2011

Dengarnya: Astro Terbitkan Juara Antara Juara AF?



BANYAK sungguh perancangan Astro sekarang. Memang tak menang tangan dengarnya seluruh tenaga kerja di stesen televisyen satelit itu. Satu persatu program dirancang dan yang terbaru, Maharaja Lawak bukan hanya mencapai matlamat mencungkil pelawak berpotensi malah mempunyai pengikut tegar.


Dalam kesibukan mengatur strategi dan persiapan peringkat akhir Maharaja Lawak yang akan berlangsung pada hujung minggu ini, dengarnya Astro bakal tampil dengan sebuah rancangan realiti baru yang seakan Maharaja Lawak.Teruja sungguh Cik Normah, iyalah kali ini dengarnya mereka bakal menghimpunkan juara-juara daripada rancangan Akademi Fantasia (AF) bermula dengan Vince hinggalah Hazama yang juga pemenang AF9. Kiranya jika benar khabar itu, memang Cik Normah boleh menjangkakan sambutannya.Tentu saja penonton yang membesar dengan AF terutama ketika fenomena Mawi mahu menyaksikan siapa di antara juara AF yang menyengat. Mari kita sorot kembali kenangan juara AF yang pernah mencetuskan fenomena suatu ketika dahulu sehingga kini >>

Tuesday, June 21, 2011

Marsha AF3 Dah Berkahwin??





KUALA LUMPUR: “Ya, memang saya sudah berkahwin, Ahad lalu,” kata penyanyi dan pelakon, Marsha Milan Londoh, 26, sekali gus menamatkan pelbagai gosip mengenai status terkini dirinya.

Artis berasal dari Sabah itu dicungkil bakatnya melalui program realiti Akademi Fantasia musim ketiga (AF3) berkata, majlis perkahwinannya berlangsung di Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM), Kepong.

Bagaimanapun, dia yang berketurunan Dusun dan beragama Kristian enggan mengulas lanjut mengenai perkahwinannya itu serta menafikan sengaja menyembunyikannya daripada pengetahuan media.




“Bukan niat saya menyembunyikannya daripada media tetapi saya cuma mahu melakukan kejutan. Bagaimanapun, saya akan menjelaskan segala-galanya kepada rakan media dalam minggu ini.

“Buat masa ini saya perlu mendiamkan diri terlebih dulu kerana saya tidak mahu memperbesarkan perkara ini,” katanya ketika dihubungi Harian Metro, semalam.



P/S : Macam - macam cerita yang didengari mengenai bintang AF3 ni..gosip beliau dengan artis lelaki di Malaysia memang cukup banyak, maklum lah muka cantik kan..hahaha...sekarang, kahwin suda..janji hepi..weeeeeee~

Harga Bayaran Bil Astro Naik Lagi : Wajarkah Mereka??



Isu mengenai Astro ni rasanya dah genap seminggu pun tetapi baru sekarang Azam nak berbahas mengenai perkara ini..macam mana Azam baru nak terdetik nak menulis mengenai ini??senang sahaja, sejak kebelakangan ini Azam menonton Buletin Utama setiap malam..jadinya terkeluar la berita mengenai kadar bil dan pakej Atro meningkat..mulanya memang la rasa tak puas hati terhadap Astro..mengapa perlu naikkan harga lagi?sedangkan mutu perkhidmatan mereka masih ada yang kurang memuaskan..dan isu ini menimbulkan suara di dewan rakyat...Pihak astro terlampau memikirkan keuntungan dari menyediakan perkhidmatan yang berkualiti bagi pelanggan mereka..ternyata ada surat dari pusat penyiaran itu bahawa bil atau caj pakejnya akan dinaikan sehingga RM15 kalau tak silap..

Azam memang tak kisah walaupun Azam antara pelanggan kepada rangkaian stesen berbayar tersebut..cuma hairan apabila hampir setiap hari TV3 menyogokkan berita mengenai Astro tersebut..apa motifnya??hehe..persoalan di situ jadi anda rasakan boleh fikirkan sendiri..mereka mengadu yang Astro asyik mengulang cerita yang sama saban kali, kemudian cerita sinetron yang terlampau banyak seolah olah berlaku lambakan cerita seberang di Astro..apa kes??kemudian mereka bising lagi terlampau banyak iklan di Astro sedangkan mereka membayar setiap bulan bukan untuk menonton iklan di TV..cuma Azam rasakan kebanyakan iklan yang ditayangkan adalah iklan mengenai saluran dan rancangan mereka sendiri..yang pada Azam adalah perlu untuk memastikan pelanggan mereka tahu tentang jadual tayangan cerita atau program baru mereka..

Monday, June 20, 2011

KL Gangster Catat Sejarah Tersendiri : Kutipan Lebih RM11 Juta!!


KUALA LUMPUR – Pengarah filem ‘KL Gangster’, Syamsul Yusof mengumumkan bahawa filem itu melakar sejarah baru dalam industri perfileman tempatan apabila kutipannya melepasi RM11 juta tidak sampai dua minggu tayangannya di serata pawagam seluruh negara. Kutipan berkenaan berjaya menandingi mana-mana filem buatan tempatan ataupun antarabangsa yang pernah ditayangkan di pawagam tempatan sebelum ini.

Syamsul berkata, pencapaian itu jelas membuktikan rakyat negara ini dahagakan karya anak-anak Malaysia dan mampu memberi seratus peratus sokongan pada industri perfileman tempatan.

Keputusan Poll Reddy (1)







KEPUTUSAN POLL FILEM PILIHAN ANDA AWAL BULAN INI?

1)X-Men : First Class - 11 (42%)

2)Karak : Laluan Puaka - 9 (34%)

3)KL Gangster - 8 (30%)

4)Kungfu Panda 2 : The Kaboom of Doom - 7 (26%)

5)Nur Kasih The Movie - 6 (23%)

6)Pirates of The Caribbeans : On Stranger Tides - 5 (19%)

7)Fast & Furios 5 - 5 (19%)

8)Thor - 4 (15%)

9)Red Riding Hood - 2 (7%)

10)Kongsi : Lu Langsi Lu Mati - 1 (3%)




P/S : Ternyata filem antarabangsa seperti X-Men yang bercorak aksi menjadi pilihan pembaca blog Azam Reddy untuk kali ini...Filem tempatan yang tertinggi mendapat tempat di hati pembaca blog adalah filem Karak - Laluan Puaka terbitan KRU Studios..namun ternyata kesemua filem yang tersenarai di atas tidak mampu mengalahkan kutipan filem KL Gangster yang mencatatkan kutipan RM11 juta setakat ini!! hebat..weeeeeeee~

Sunday, June 19, 2011

Mari Menari Kini Kembali di Astro RIA..


Isnin, 30hb Mei 2011 - Rancangan realiti berkonsepkan tarian, Mari Menari bakal kembali menghiburkan seisi keluarga untuk musim yang kedua Jun ini. Rancangan yang telah mengangkat pasangan suami isteri Razif dan Alya sebagai juara Mari Menari musim pertama bakal menyaksikan 10 pasangan baru yang akan berentap merebut gelaran juara Mari Menari musim kedua. Mari Menari untuk musim kedua ini masih mengekalkan pengacara kesayangan anda, Awal Ashaari dan Lisa Surihani sebagai pengacara rancangan ini. 


Bezanya dalam musim ini, 10 peserta atau pasangan Mari Menari akan dibahagikan kepada 2 kumpulan. Setiap kumpulan akan dilatih oleh seorang jurutari professional yang akan melatih mereka menjelang malam Mari Menari. Selamat kembali diucapkan kepada 2 jurutari kegemaran ramai, Ray dan Belalang. Pastinya persaingan kali ini bertambah sengit dengan cabaran-cabaran yang baru serta langkah-langkah yang sudah pastinya memukau anda di rumah. 


Nantikan kemunculan Mari Menari di Astro Ria pada Jun ini. Dapatkan maklumat terkini Mari Menari melalui laman sosial Facebook Mari Menari di http://www.facebook.com/MariMenari dan laman sosial Twitter Mari Menari di http://twitter.com/MariMenari.

Sumber : Laman Web Astro (Mari Menari)

 

P/S : Macam nak mencuba nasib masuk Mari Menari ni tapi tak tahu nak menari bersama siapa..haha..Azam suka menari..nak buat macam mana, jadi penonton sahaja lah..lagi satu Azam lebih 'prefer' Lisa Surihani menjadi pelakon daripada menjadi pengacara...kenapa??entah..agak pelik..huhu..sekian..weeeeeeee~

Bahang Anugerah Planet Muzik 2011 : Satukan Artis Serumpun..



Anugerah Planet Muzik 2011 kini kembali lagi!! pada kali ini, Anugerah Planet Muzik 2011 akan diadakan pada Jumaat, 15 Julai 2011 di Max Pavilion, Singapore Expo, jam 8.30 malam. Bersiaran secara langsung menerusi Astro Ria (saluran 104) selama satu setengah jam bermula jam 9 malam. APM 2011 akan dihoskan oleh Didie Alias dari Malaysia, Fiza & Adi Rahman dari Singapura. Ini adalah kali pertama Didie Alias menerima mandat untuk menerajui APM. Berikut adalah senarai penuh anugerah yang bakal dipertandingkan pada malam tersebut :

1. VOKAL TERBAIK (ARTIS BARU LELAKI)
BEST VOCAL (NEW MALE ARTISTE)
Aris 1000 X Maaf
Febrian Cinta Itu Gila
Igo Kemenangan Cinta
Sandhy Sondoro Bunga Mimpi
Sezaire Sezali Matahari

2. VOKAL TERBAIK (ARTIS BARU WANITA)
BEST VOCAL (NEW FEMALE ARTISTE)
Aisya Hasnaa Lagu Mahu Kamu
Amanda Imani Selamilah Cinta
Ana Raffali Tolong Ingatkan Aku
Mytha Seperti Yang Kau Minta
Roze Harum

3. VOKAL TERBAIK (DUO/KUMPULAN BARU)
BEST VOCAL (NEW DUO/GROUP)
Ana Raffali, Sohaimi Meor Hassan & Altimet Kalau Berpacaran
Azlan & The Typewriter Kelibat Si Penyair
Govinda Bawa Aku Lari
Projek Pistol Wanita Seluruh Dunia
Zivilia Aishiteru

4. KOLABORASI TERBAIK
BEST COLLABORATION
Amarah Siti Nurhaliza & KrisDayanti Audi Mok Siti Nurhaliza
Berteman Rindu Didicazli & Giselle Didicazli Didicazli
Harus Bagaimana Atilia & Maliq & d’Essentials Widi Puradiredja Widi Puradiredja
Kalau Cinta Aliff Aziz & Joanna Panji Panji
Sayang Dayang Nurfaizah & Marcell Omar K Nuur Iman




Perlawanan Persahabatan : Malaysia Benam Myanmar 2 - 0



PERCUBAAN Baddrol (depan) berjaya dihalang pemain pertahanan Myanmar dalam perlawanan persahabatan antarabangsa di Stadium Sultan Mohamad ke IV, Kota Bharu, malam tadi.

SKUAD Harimau Malaya memperoleh tonik mujarab menjelang pertembungan penting kelayakan Piala Dunia zon Asia menentang Taiwan selepas berjaya menjinakkan Myanmar 2-0 dalam siri persahabatan antarabangsa yang julung kali diadakan di Stadium Sultan Mohamad IV, malam tadi. Dua gol pada setiap babak permainan daripada Mohd Amirulhadi Zainal dan Baddrol Bakhtiar mengesahkan kemenangan penting buat anak didik Datuk K Rajagobal yang beraksi di padang becak gara-gara hujan lebat sebelum perlawanan itu.

Walaupun tanpa kelibat beberapa pemain kebangsaan antaranya - dua penyerang prolifik, Safee Sali yang mempunyai komitmen bersama kelab Pelita Jaya dan Norshahrul Idlan Talaha yang mengalami kecederaan, skuad senior negara tidak banyak berdepan masalah.

Pelakon Zami Ismail atau "Pak Uda" Meninggal Dunia


KUALA LUMPUR 19 Jun – Pelakon komedi veteran, Zami Ismail , 67, atau dikenali dengan panggilan Pak Uda kembali ke rahmatullah pagi tadi. Pak Uda yang terkenal menerusi sitkom Pi Mai Pi Mai Tang Tu menghembuskan nafas terakhir kira-kira pukul 10.30 pagi di sisi semua anaknya.

Menurut anaknya yang juga pelawak, Mohd. Soupi atau Opie, bapanya menghidap sakit jantung. “Jenazah ayah akan dikebumikan di Tapah Road selepas Asar petang ini,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini. Pada 5 Mei lalu, Pak Uda dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU) Hospital Ampang setelah mengadu sakit dada dan semput akibat penyakit pneumonia. – Bernama


P/S : Teringat lakonan arwah dalam filem lakonan beliau iaitu "Hantu Kak Limah Balik Rumah" yang cukup terkenal suatu ketika dahulu..semoga roh allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang beriman..Al - Fatihah~

Saturday, June 18, 2011

Selamat Hari Bapa : Satu Inspirasi dan Dedikasi..


Benda pertama setiap bayi akan dengar adalah laungan azan daripada ayahnya bagi bayi lelaki dan laungan iqamat kepada bayi perempuan. Daripada mula lagi tanggungjawab seorang bapa adalah untuk membimbing anaknya. Satu tanggungjawab yang berat. Bukan hendak mengatakan yang peranan seorang ibu itu tidak sehebat dan sepenting kaum adam tetapi cuba anda fikirkan kaum hawa terpilih ini  juga turut menjadi tempat anak-anak menerima kasih sayang. Manja dengan mak la katakan.


Tidak bagi seorang bapa. Mereka perlu tegas dalam keluarga terutamanya, kadangkala perlu menjadi orang jahat dalam hidup anak mereka.Yalah, dalam keluarga pun kena ada 'check and balance' kan, 'good and evil'. Tapi sebagai seorang bapa, dengan rela hati dia sanggup menjadi "the bad guy" demi anak - anak mereka. Pengorbanan seorang bapa itu sangat besar sebenarnya. Cuba ingat balik, masa mula-mula nak belajar naik basikal dulu, bila kita jatuh, bapalah yang angkat kita, bila kita terluka, bapalah yang sapukan ubat. Dia akan paksa kita untuk belajar, paksa kita untuk berjaya.

Keputusan Peperiksaan Semester 4 : Peningkatan Mengembirakan...


Hari ini mungkin dah terlambat untuk Azam post mengenai entri ini tapi Azam menulis juga kerana terasa ianya sesuatu yang menggembirakan Azam serba sedikit..kepada yang  tersenarai pertama kalinya dalam penerima Anugerah Dekan pada kali ini, pastinya mereka melonjak keriangan dan membuat pelbagai permintaan kepada orang yang mereka sayangi..kepada yang secara berturut - turutnya tersenarai, mereka pasti turut  gembira kerana target mereka menghampiri Ijazah Sarjana Muda Kelas Pertama semakin menjadi kenyataan (mungkin juga bakal penerima Anugerah Naib Canselor)..Keputusan Azam???

RM1.8 juta... laman Facebook Kementerian Pelancongan??



Isu ini agak lama disimpan tapi sekarang Azam rasa nak bangkitkan dalam blog Azam kali ni..Kementerian Pelancongan Malaysia menjadi 'panas' dan kontroversi apabila ahli-ahli parlimen telah membidas tindakan kerajaan yang membelanjakan RM1.8 juta bagi membina dan menyelanggara laman Facebooknya. Anthony Loke (DAP-Rasah) berkata sebegitu banyak wang dihabiskan sebegitu sahaja untuk laman sosial yang boleh dibuat secara percuma.

“Semakan terakhir saya mendapati ada hanya 20,308 peminat di laman Facebook kementerian. Secara bandingan laman Facebook 'Visit Penang', yang mana kerajaan negeri Pulau Pinang tidak membelanjakan satu sen pun tetapi mendapat 100,000 peminat. Kenapa belanja RM1.8 juta?” soalnya semasa sesi soalan. Loke berkata adalah sukar untuk mempercayai kononnya tidak ada sesiapun di kementerian itu yang mempunyai pengetahuan untuk mengemas-kinikan akaun Facebook sehingga kerajaan terpaksa memberikan kontrak kepada pihak ketiga.

Friday, June 17, 2011

Penyelarasan Kalender Akademik bagi IPTA di Malaysia



Bila mula-mula dengar mengenai cuti 4 bulan bagi pelajar IPTA di seluruh Malaysia, reaksi pelajar semestinya terkejut. Yelah 4 bulan bercuti, apa nak buat kan? Dilihat ramai tidak berpuas hati sebenarnya, ada yang kata grad lambat, lambat habis belajar dan macam-macam lagi lah. Jadi mari kita imbas kembali apa sebenarnya sebab Kementerian melaksanakan dasar sedemikian :

1. Dasar ini selaras dengan Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara (PSPTN) yang telah mula dilaksanakan mulai 1 Januari 2011 dimana akan dijalankan selama 5 tahun sehingga 31 Disember 2015. PSPTN digubal dengan hasrat untuk melahirkan modal insan untuk menyokong teras Misi Nasional dalam meningkatkan keupayaan pengetahuan dan inovasi negara serta memupuk minda kelas pertama.

2. Dalam fasa pengukuhan ini, Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) kata Khaled akan melakukan transformasi pengajian tinggi negara dengan menyelaras permulaan semester pengajian IPTA secara berperingkat daripada Jun-Julai ke bulan September bermula sesi pengajian 2011/12 dan dijangka beralih sepenuhnya menjelang sesi pengajian 2013/2014.

Kes Pembakaran Al-Quran Terjadi Di Malaysia??



Isu pembakaran Al-Quran ini pernah terjadi di luar negara dan umat islam di seluruh dunia mengecam hebat tindakan sebuah gereja kecil di Florida Dove World Outreach Center daripada meneruskan rancangan untuk membakar beratus-ratus naskhah al-Quran pada hari ulang tahun kesembilan serangan 11 September satu ketika dahulu. Provokasi gereja itu timbul ketika merebaknya sentimen Islamofobia berpunca daripada rancangan untuk membina sebuah pusat kebudayaan Islam dan masjid di New York di satu lokasi berhampiran Ground Zero iaitu tapak runtuhan World Trade Center (WTC) yang musnah dalam serangan 11 September. Benarkah sekarang kitab suci Al-Quran turut dibakar di negara kita Malaysia pula??

Penggodam Web Sudah Dikenalpasti : Lucut Kewarganegaraan!!



Laman web kembali beroperasi, tiada data milik kerajaan hilang atau rosak

KUALA LUMPUR: CyberSecurity Malaysia sudah mengenalpasti pihak bertanggungjawab menggodam laman web kerajaan dan swasta, sejak beberapa hari lalu. Ketua Pegawai Eksekutifnya, Leftenan Kolonel (B) Datuk Husin Jazri yang enggan mendedahkan maklumat lanjut berkata, ia hasil kerjasama dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM).Beliau berkata, sehingga kini serangan penggodam masih lagi berlaku tetapi semakin berkurangan berbanding kelmarin.

“Kebanyakan laman web yang digodam kembali beroperasi dan hanya segelintir yang masih belum pulih. Bagaimanapun, portal kerajaan www.malaysia.gov.my sudah beroperasi seperti biasa,” katanya dalam kenyataan di sini, semalam. Kelmarin, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) mendedahkan sebanyak 61 laman web dengan domain gov.my diserang sejak 11.30 malam Rabu lalu, menyebabkan 41 daripadanya mengalami gangguan pada tahap berbeza.

Maharaja Lawak Minggu 12 di Johor : Imuniti Diserahkan, R2 Tersingkir!!




Jika sebelum ini pada minggu ke 11 Maharaja Lawak (ML) telah beraksi di Dewan Jubli Perak Sultan Ahmad Shah, Jalan Teluk Sisik ,Kuantan,Pahang, pada minggu 11 ini, peserta Maharaja Lawak beraksi pula di Stadium Tertutup MBJB Johor Bahru dan telah dihadiri oleh warga JB yang 'sporting - sporting' belaka...mengambil tema 'bebas' pada pusingan pertama dan bersama selebriti jemputan pd sesi kedua sekali lagi peserta yang tinggal iaitu Sepah, Nabil, R2, Jozan, Jambu memanfaatkan tema tersebut sebaik - baiknya..seperti biasa juga semasa undian dipamerkan pada awalnya, kedudukan undi adalah seperti berikut :



Thursday, June 16, 2011

Dato' Siti Nurhaliza : Rasmi Dilantik Menjadi Askar Wataniah..






Hari ini penghibur tersohor negara, Dato' Siti Nurhaliza Taruddin telah secara rasminya dilantik menjadi askar wataniah untuk berkhidmat dan berbakti kepada negara...siapa sangka diva no.1 yang terkenal dengan sifat anggun dan sopannya menyertai aktiviti seumpama itu... memang tidak dapat nak dibayangkan Siti Nurhaliza mengenakan pakaian celoreng tak ubah seperti askar setelah dilantik sebagai askar wataniah secara rasminya sebentar tadi... 


Tindakan Siti Nurhaliza yang terdetik hati untuk menyumbang kepada negara sebagai askar wataniah itu sememangnya harus dipuji..Siti Nurhaliza juga bijak menggunakan kapasitinya dan kedudukannya sebagai selebriti popular untuk mengajak peminat beliau dan orang awam turut serta sebagai askar wataniah..apa pun nanti, tidak pasti latihan jenis apa yang akan dilalui oleh Siti Nurhaliza, adakah sama lasak seperti latihan askar biasa?




P/S : Macam tak percaya Dato' Siti Nurhaliza dengan rela hatinya menerima tawaran menjadi askar wataniah tersebut...apapun tahniah utk beliau dan semoga apa yang telah dilakukan ini mampu untuk menyuntik semangat cintakan negara kepada orang ramai khususnya warga belia..Dato Siti Nurhaliza sememangnya terbaik!!

Wednesday, June 15, 2011

Ugutan Godam "Anonymous" : Laman Web Kerajaan Jadi Mangsa!!


Nampaknya, setelah beberapa laman web dan entiti siber, kini kumpulan pengodam yang menamakan diri mereka sebagai "Anonymous" yang terdiri daripada hackers (penggodam) antarabangsa terkenal dari seluruh dunia telah pun menyatakan ugutan dan keinginan mereka untuk melancarkan serangan ke atas halaman Malaysia.gov.my pada hari Khamis ini, sekitar pukul 3.30 pagi waktu tempatan..

Ugutan yang mereka keluarkan ini adalah susulan daripada tindakan kerajaan menyekat pengunaan dan akses ke atas 10 laman "websharing" rujuk entri (SKKM / MCMC Sekat 10 Website Filesharing Di Malaysia) sebelum ini telah menimbulkan kemarahan banyak pihak terutama penggemar dan pengguna internet yang selalu memuatnaik atau turun koleksi filem, video dan sebagainya secara berleluasa tanpa kawalan di internet..

Gerhana Bulan : 16 Jun 2011 Jadi Saksi...


Fenomena gerhana bulan telah berlaku pada 16 Jun 2011 (Khamis) sekitar jam 2.30 pagi sehingga jam 4 pagi..jadi kepada sesiapa yang berkesempatan menonton keajaiban dan keindahan alam dan fenomena ciptaan tuhan ini, kongsi - kongsikan lah pengalaman anda bersama ya..bukan senang nak menyaksikan kejadian seumpama ini berlaku tiap - tiap hari...

P/S : Tak pernah lagi dapat menyaksikan kejadian gerhana depan mata sendiri...dalam TV je pernah..takpun cerita filem Twilight : Eclipse...hehehe..weeee~ ^_^
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...