Thursday, June 16, 2011

Dato' Siti Nurhaliza : Rasmi Dilantik Menjadi Askar Wataniah..






Hari ini penghibur tersohor negara, Dato' Siti Nurhaliza Taruddin telah secara rasminya dilantik menjadi askar wataniah untuk berkhidmat dan berbakti kepada negara...siapa sangka diva no.1 yang terkenal dengan sifat anggun dan sopannya menyertai aktiviti seumpama itu... memang tidak dapat nak dibayangkan Siti Nurhaliza mengenakan pakaian celoreng tak ubah seperti askar setelah dilantik sebagai askar wataniah secara rasminya sebentar tadi... 


Tindakan Siti Nurhaliza yang terdetik hati untuk menyumbang kepada negara sebagai askar wataniah itu sememangnya harus dipuji..Siti Nurhaliza juga bijak menggunakan kapasitinya dan kedudukannya sebagai selebriti popular untuk mengajak peminat beliau dan orang awam turut serta sebagai askar wataniah..apa pun nanti, tidak pasti latihan jenis apa yang akan dilalui oleh Siti Nurhaliza, adakah sama lasak seperti latihan askar biasa?




P/S : Macam tak percaya Dato' Siti Nurhaliza dengan rela hatinya menerima tawaran menjadi askar wataniah tersebut...apapun tahniah utk beliau dan semoga apa yang telah dilakukan ini mampu untuk menyuntik semangat cintakan negara kepada orang ramai khususnya warga belia..Dato Siti Nurhaliza sememangnya terbaik!!

2 comments:

  1. wow...siti jadi askar!! :D orang kampung saya tuh!!HAHA xD

    ReplyDelete
  2. hehehe...yup...harap lebih ramai anak muda ikut jejak langkah dato ct ni..huhu..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Daisypath Happy Birthday tickers