Sunday, February 21, 2016

Keputusan Minggu 9 (Semi Final) : PROJECT SG: PRODIGIOUS MODEL SEARCH" SEASON 5



Minggu KESEMBILAN iaitu minggu SEPARUH AKHIR bagi Project SG Musim ke - 5 kali ini dengan tema "MODEL WHO GOT BEST COMMERCIAL PHOTO & TVC - FRUITS FOR LIFE" menyaksikan SHAH yang pada minggu lalu menduduki tangga pertama nampakya kecundang di saat akhir. Carta juri pada minggu ini ternyata diungguli oleh peserta yang dari awal pertandingan memberikan saingan sengit iaitu DINIE unggul di tangga pertama dengan markah cemerlang 98.5% manakala di tempat kedua dimiliki SHA dengan markah sebanyak 95%. Agak malang buat SHAH apabila menduduki tangga terakhir dengan perbezaan markah yang sedikit iaitu sebanyak 94% beza 1% dengan SHA. Jadi pada minggu akhir siapakah yang bakal menjuarai Project SG Musim ke - 5 pada kali ini? Mari kita sama- sama saksikan keputusannya!! Buat SHAH yang TERSINGKIR untuk minggu ini, anda sudah mempunyai pengalaman yang cukup berharga untuk digunakan serta dipraktikkan dalam dunia modeling di luar sana. Saban minggu dalam PROJECT SG: PRODIGIOUS MODEL SEARCH" SEASON 5 ini umpama lubuk ilmu yang berharga buat anda. Semoga SHAH terus sukses!!


1 - DINIE (98.5%)


2 - SHA (95%)


4 - SHAH (94%) - TERSINGKIR

Anda boleh menyaksikan setiap peserta melakukan TVC mereka di


Sila ke laman Facebook rasmi SHAH Photography untuk maklumat lebih lanjut.

Monday, February 15, 2016

Keputusan Minggu 8 : PROJECT SG: PRODIGIOUS MODEL SEARCH" SEASON 5



Minggu KELAPAN Project SG Musim ke - 5 kali ini dengan tema "MODEL WHO WILL BE IN THE FINAL TWO!" menyaksikan kejutan yang tak tersangka hasil keputusan juri sebulat suara memutuskan untuk memilih tiga peserta akhir bagi musim ini. Puncak tangga pertama minggu separuh akhir ini menampakkan usaha keras SHAH membuahkan hasil apabila julung kalinya beliau berjaya menduduki tangga pertama dengan markah cemerlang sebanyak 97%. SHA menduduki tempat kedua dengan markah 95% dan DINIE terselamat dari penyingkiran dan berjaya diserap mara ke peringkat akhir mengiringi SHAH dan SHA dengan markah sebanyak 91.5%. Satu keputusan penyingkiran yang amat mengejutkan apabila RUWAIDAH antara peserta paling berpotensi mara ke peringkat akhir dengan empat kali berjaya menduduki tempat pertama akhirnya kecundang dan TERSINGKIR dengan markah sebanyak 89%. Buat RUWAIDAH yang TERSINGKIR untuk minggu ini, jangan kecewa kerana anda cukup berpotensi untuk menjadi model yang berjaya di luar sana hasil ilmu dan pengalaman yang dikumpul sepanjang berada dalam PROJECT SG: PRODIGIOUS MODEL SEARCH" SEASON 5 ini. All the best RUWAIDAH!!


1 - SHAH (97%)

Monday, February 8, 2016

Ola Bola - Filem Malaysia Terbaik dan Wajib Tonton


Lama rasanya saya tak buat review filem dalam blog. Kali terakhir pun buat untuk filem "Hunger Game - Mockingjay Part 2" untuk filem Malaysia lagi lah entah pernah buat atau tidak sendiri pun tak ingat. Maaf bukan saya tidak menyokong mana mana produk tempatan terutama nya filem akan tetapi kebanyakan filem Malaysia yang sudah saya tonton amat mendukacitakan dan mengecewakan saya. Jadi hati ni dah lama tertutup nak menonton filem buatan Malaysia di pawagam.

Namun filem Ola Bola telah mengubah persepsi saya 100% terhadap "stereotyping" filem Malaysia yang mungkin akan berkata "alaaahhh..another Malay movie.." buang fikiran sebegitu jauh - jauh apabila anda menonton filem ini. Filem ini umpama memberikan sinar harapan untuk industri perfileman Malaysia. Cukup saya katakan filem ini sangat berinspirasi, bukan sekadar filem mengenai sukan bola sepak semata - mata namun menyentuh perasaan kita tentang pentingnya semangat setiakawan bekerja sebagai satu pasukan dan paling penting perpaduan serta warna kepelbagaian kaum yang ada di tanah tumpah darah kita Malaysia.  


Sinopsis filem ini berkisar seorang wartawan bernama Marianne yang ditugaskan untuk membuat kajian tentang pasukan bola sepak negara yang telah mencipta nama pada era 80-an dahulu yang mana ketika itu nama Malaysia dalam sukan bola sepak begitu digeruni oleh pasukan lawan khasnya di rantau Asia. Marianne mula merasa bosan dengan kerjayanya dan membuat keputusan untuk berhijrah ke England. Sebelum dia meninggalkan negara, dia membuat keputusan untuk menyiapkan tugasannya buat kali terakhir. Namun, dia menemui suatu perkara yang ternyata mengubah hidupnya.

Mengimbau kembali ketika di awal era 80-an, pasukan bola sepak negara ketika itu berdepan dengan cabaran apabila pemain-pemainnya mempunyai perbezaan pendapat dan tidak sehaluan sehingga menyebabkan kekalahan dalam perlawanan penting. Keadaan semakin rumit apabila hampir setiap pemain mempunyai isu dan masalah masing-masing. Walau bagaimanapun, mereka hanya mempunyai satu peluang untuk beraksi di persada mata dunia. Jadi, barisan pemain harus mengetepikan hal peribadi demi mengharumkan nama negara. Ketika semangat kembali menyemarak dalam diri, pasukan negara sekali lagi diduga dengan satu cabaran yang mematahkan semangat mereka dan harapan negara.


Ola Bola yang diilhamkan dari peristiwa sebenar ini akan membawa penonton dari pelbagai bangsa untuk sama-sama merasai semangat bersatu hati dan muhibah. Kisah yang penuh ikhtibar ini akan membawa penonton melihat semangat, keunikan dan kekuatan yang terdapat dalam kepelbagaian bangsa di Malaysia.

Tahniah diucapkan buat ASTRO Shaw dan pengarah filem ini Chiu Keng Guan (Pengarah bagi filem The Journey) bagi filem yang cukup hebat dari segi jalan cerita dan sinematografi yang sangat indah ini. Tahniah juga diucapkan buat barisan pelakon filem Ola Bola yang cukup berjaya dalam memainkan watak dan peranan masing - masing antaranya dibintangi oleh JC Chee, Luqman Hafidz, Saran Kumar Manokaran, Eric Yong, Marianne Tan, Katrina Ho, Bront Palarae, Frankie Lee dan ramai lagi. Biarpun mereka kebanyakannya adalah wajah - wajah baru dalam industri perfileman tempatan, namun impak lakonan mereka memberikan kesan yang sangat mendalam bagi setiap watak yang dibawakan.


Dengan ini saya memberikan 9 bintang daripada 10 untuk filem ini. Kepada sesiapa yang masih belum menonton anda sememangnya digalakkan untuk pergi menonton filem Ola Bola ini!!


Keputusan Minggu 7 : PROJECT SG: PRODIGIOUS MODEL SEARCH" SEASON 5



Minggu KETUJUH Project SG Musim ke - 5 kali ini dengan tema "BEAUTY WITH THE NATURE"  menyaksikan SHA pula berada di puncak tangga pertama dengan markah cemerlang sebanyak 98%. Seperti bertukar - tukar kedudukan antara mereka berdua, RUWAIDAH pula berada di tangga kedua mengekori rapat dengan 97.5% dan DINIE kekal seperti minggu lalu di tempat ketiga dengan 85%. SHAH terselamat dan masih lagi kekal dalam pertandingan di kedudukan keempat dengan markah sebanyak 82%. Berada di kedudukan dua terbawah sekaligus menyingkirkan mereka dari pertandingan adalah YANA dan DHANIYA dengan YANA sebanyak 52% dan DHANIYA 51%. Nampaknya YANA tidak menggunakan peluang terselamat dari penyingkiran minggu lalu untuk memberikan prestasi terbaik pada minggu ini. Buat YANA dan DHANIYA yang TERSINGKIR untuk minggu ini, diharap anda berdua memperoleh pengalaman dan ilmu yang cukup berharga dalam pertandingan ini sepanjang lebih 7 minggu untuk dimanfaatkan pada masa akan datang.


1 - SHA (98%)

Keputusan Minggu 6 : PROJECT SG: PRODIGIOUS MODEL SEARCH" SEASON 5


Minggu KEENAM Project SG Musim ke - 5 kali ini diungguli oleh RUWAIDAH sekali lagi dan ini merupakan kejayaan keempat kalinya buat beliau. Minggu yang bertemakan "MODEL WHO CAN MAKE THEIR KAIN BATIK LOOKS FASHION" menyaksikan RUWAIDAH unggul dengan markah sebanyak 91%!! SHA pula seperti minggu lalu berada di tangga kedua dengan 89.6% dan DINIE di tempat ketiga dengan 80%. . Berada di kedudukan dua terbawah adalah DINDA dengan markah 70% dan YANA dengan markah yang amat rendah iaitu hanya 46%. YANA amat bertuah kerana memperolehi imuniti pada minggu lalu yang menyelamatkan beliau dari disingkirkan pada minggu ini dan hal ini menyebabkan DINDA secara automatiknya TERSINGKIR dari pertandingan. Buat DINDA yang TERSINGKIR untuk minggu ini, semoga anda terus berjuang dengan menggunakan segala ilmu yang telah diperolehi sepanjang pertandingan ini dan jangan sesekali berhenti untuk belajar. All the best DINDA!!


1 - RUWAIDAH (91%)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Daisypath Happy Birthday tickers