Thursday, June 24, 2010

Detik Pengumuman Keputusan Peperiksaan Semester 2 – Tertewaskah Aku Demi Pengalaman??



10 Jun 2010 (Khamis) - Hari ini merupakan antara detik yg mendebarkan..aku cuba mnghadapi dengan tenang,terima apa adanya..apa jua keputusannya aku harus pasrah,apa yg aku usahakan itulah hasilnya yg harus aku terima dengan rela hati..telah lama aku jangkakan yg bakal ada penurunan dlm keputusan peperiksaan aku itu..masakan tidak,dengan jadual kuliah dan program ku yg agak padat semester 2 ini..dengan tugasan ku sebagai DJ radio sambilan di UFM serta kerja kerja pengacaraan yg sering datang..alhamdulillah..tetapi itu yg membuatkan jadual ku makin padat dan ketat..semester lepas juga aku terlibat dengan pilihanraya kampus..menjadi calon Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UiTM merupakan satu tugas dan komitmen yg berat sepanjang keberadaan ku disini..mengimbangkan tugas hakiki dan lainnya membuatkan aku tertekan dan alpa seketika..namun itu semua telahpun berlalu..aku menanti keputusan dengan sabar..aku teringat semasa berada dalam minggu peperiksaan itu aku dilanda demam panas yg amat menyeksakan..menjawab kertas kertas peperiksaan dengan tangan dan tubuhku menggigil serta mataku yg berair menahan kesakitan di dalam dewan peperiksaan satu detik yg takkan terlupakan dalam ingatan..akhirnya aku mengetahui keputusan penuhku setelah beberapa kali laman student portal UiTM gagal utk dibolosi gara gara kesibukan sistem ketika itu,maklumlah pasti ramai yg ingin atau tidak sabar sabar ingin mngetahui keputusan peperiksaan mereka.. 

Apa yg pasti aku amat bersyukur walau aku dilanda pelbagai dugaan dan cabaran semester 2 ini namun aku berjaya menempuhi nya dengan agak baik,aku tidak perlu mengulang mana mana subjek semester ini kerana tiada subjek yg gagal walaupun pointer ku menurun sedikit semester ini tetapi masih aku rasakan baik..syukur alhamdulillah..akan tetapi sasaran dan azamku utk menggapai anugerah dekan masih tidak kesampaian..mungkin bukan rezeki ku utk semester ini..tak mengapa..aku harus berusaha dan terus berusaha gigih lagi semester 3 hadapan yg pastinya akan menjanjikan cabaran yg lebih dan pengalaman itu tidak sesekali menggagalkan aku sebaliknya mematangkan aku utk terus mengenali apa itu realiti hidup yg sebenar..

Tugas Hakiki Pemimpin Minggu Destini Siswa Asasi Mei 2010 UiTM Puncak Alam – Cabaran Bermula!!



Tanggal 21 Mei 2010 (Khamis) - Hari ini bermula tugasku sebagai seorang Pembantu Mahasiswa (PM) bagi membantu atau mengiduksi Pelajar Baru (PB) yang bakal menerjah masuk ke alam universiti atau lebih senang dipanggil ‘dunia kampus’ yg penuh mencabar, realiti sebuah kehidupan yang pelbagai corak dan warna akan bertambah drama dan sketsanya di sini..aku mula mendaftar di Kolej Seroja pada jam 8 malam…aku tiba lewat kerana kelewatan tren dan bas yg perlu aku naiki sebelum aku tiba ke UiTM Shah Alam ini dari rumahku di Seremban..


Selesai mendaftar aku pun menuju ke Dewan Makan Kolej Seroja dengan bagasi yg aku tarik bersama..aku pun kemudiannya mengambil tempat dan mendengar taklimat yg diberikan oleh rakan barisan MPP 2010/2011 mengenai serba sedikit perjalanan Minggu Destini Siswa (MDS) yang dahulunya dikenali dengan nama Minggu Mesra Siswa (MMS) utk ambilan Asasi Mei 2010 ini..selepas mendengarkan taklimat tersebut,kami pun dipecahkan ke dua kumpulan besar,satu kumpulan akan mengawasi PB di kampus induk di Shah Alam ini bagi Asasi Undang Undang dan TESL manakala satu lagi kumpulan akan berada di kampus UiTM Puncak Alam untuk ambilan Asasi Kejuruteraan dan Sains..aku telah termasuk dalam kumpulan yg akan mengawasi kampus Puncak Alam bersama rakan rakanku yg lain..pada mulanya aku ingin menolak kerana pada hari Sabtu nanti aku perlu pulang ke Seremban sebentar atas satu urusan penting..jadinya jika aku berada di Puncak Alam masalah kenderaan pastinya menjadi masalah paling besar buatku tetapi tidak jika aku ditempatkan di Shah Alam..lalu aku pun segera membuat permintaan untuk ditukarkan ke kampus induk sahaja..

Setelah beberapa perbincangan dibuat dengan barisan MPP aku tidak dibenarkan untuk menukar ketetapan yg mereka telah tentukan tetapi mereka membenarkan aku pulang pada hari Sabtu nanti dan akan disediakan kenderaan pada hari tersebut utk aku berulang alik dari Puncak Alam ke Shah Alam dan sebaliknya.. aku menerima dengan lapang dada dan bersyukur dengan keputusan mereka tersebut..kemudiannya kami dipecahkan ke beberapa kumpulan kecil utk sesi ‘ice-breaking’ sebentar..selesai sesi tersebut,kami pun bersurai dan kembali ke bilik masing masing..aku mendapat bilik yg sama dengan Deqbang,Aidil dan abg Fizi di Kolej Seroja..malam itu aku pun tidur seperti biasa dan menanti apa yg bakal berlaku pada hari esok..


Pagi keesokan harinya kami pun diberikan sedikit taklimat oleh Prof Madya Mohd Hanafiah dan dipecahkan mengikut biro masing masing..dan seperti yg ku jangka dari awal aku diletakkan di bawah Biro Program utk MDS kali ini..mereka memberikan apa yg aku minta dan mohon di dalam borang iaitu Biro Program dan Biro Pendaftaran tetapi keserasian ku lebih dilihat lebih terserlah mungkin dalam Biro Program setelah penglibatan dan pengalaman ku dalam biro tersebut pada MMS Disember 2009 lepas..selepas mengenali rakan rakan ku yg terlibat dalam Biro Program & Media yg digabungkan pada kali ini sepintas lalu,kami pun melakukan check out bilik dan menaiki bas untuk ke Puncak Alam..akan tetapi aku tidak menaiki bas kerana telah diajak menaiki kereta sahaja bersama rakan rakan fakulti ku yg lain..


Setibanya di UiTM kampus Puncak Alam kami pun mendaftar utk bilik di Kolej Angsana,aku mendapat bilik yg sama dengan senior ku di fakulti iaitu abg Meor..setelah mengemas beberapa barangku di bilik,kami pun turun ke Dewan Angsana untuk menunaikan Solat Jumaat beramai ramai..selesai bersolat,kami pun menaiki dan menuju ke Dewan Serbaguna Angsana untuk sedikit sesi taklimat daripada MPP mengenai perjalanan MDS kali ini di Puncak Alam..aku sangat terkejut dan seakan tidak percaya untuk dipilih sebagai Ketua Biro Program untuk MDS Puncak Alam kali ini di bawah kendalian koordinator MPP kami iaitu Didi..satu tanggungjawab yg amat berat tetapi aku terima dgn hati terbuka dan berterima kasih pada barisan MPP kali ini atas kepercayaan yg telah diberikan kepadaku..akan ku cuba untuk menggalas nya sebaik mungkin walau timbul perasaan debar dan sedikit sangsi di hati..selesai taklimat kami pun pulang ke bilik masing masing dan kembali ke dewan tersebut pada malam hari utk taklimat yg berikutnya dan persediaan persembahan mengikut biro masing masing keesokan harinya..


Hari Sabtu menjengah ke dalam diari hidup ku seperti biasa..hari ini adalah hari persembahan kumpulan mengikut biro..biro pertama yg perlu melakukan pembentangan adalah Biro Program dan Media..aku sedikit gementar untuk mengemudi kumpulanku..pelbagai soalan telah digasak dan diajukan kepada ku dan ahli ahli kumpulan ku yg lain..aku cuba untuk menjawab segala persoalan tersebut setenang dan sebaik mungkin..selesai pembentangan dan baru saja duduk beberapa saat aku dipanggil oleh YDP MPP iaitu saudara Ridhwan yg lebih mesra aku panggil dgn panggilan Abg Long..rupanya kenderaan utk aku menghantar ku ke Shah Alam telah tiba..aku pun kemudiannya meminta diri dan bergegas ke bilik ku untuk mengambil sedikit barang dan menuju ke van yang telah disediakan..


Tidak perlu aku bercerita panjang mengenai perjalananku ke Seremban dan perjalanan pulangku ke Puncak Alam kembali pada hari Ahad..aku kembali semula pada petang Ahad,sekembali aku ke Dewan Angsana aku dapat lihat ribuan PB membanjiri hadapan pentas utama..aku jadi sedikit gementar..dianggarkan lebih kurang 4000 orang pelajar baru yg telah terpilih untuk mengikuti program asasi kali ini..aku ditugaskan untuk menjadi pengacara majlis atau emcee pada petang tersebut..selesai sedikit sesi pengenalan, PB dilepaskan ke bilik masing masing dan kembali semula ke dewan pada sebelah malam untuk taklimat pendaftaran keesokan harinya..


Aku rasa tidak perlu aku bercerita panjang mengenai perjalan MDS kali ini,cukup aku simpulkan ianya sebuah pengalaman yg hebat dan berharga buatku dengan seribu satu kenangan pahit dan manis..dapat mengenali sahabat sahabat yg baru dari kalangan PM kali ini dan merapatkan ikatan siratulrahim dengan PM yg telah aku kenali sebelum ini.. aku juga dapat mengenali dgn lebih rapat barisan PB yg aku telah latih untuk menjadi emcee pada kali ini..aku sangat berterima kasih atas bantuan yg telah mereka berikan,biarpun masih baru akan tetapi mereka punya bakat dan keberanian untuk berhadapan dgn orang ramai..harap mereka akan berjaya pada masa akan datang,insyaallah..baiklah,cukup sampai di sini aku bercerita mengenai MDS Asasi Mei 2010 kali ini,akan aku kongsikan dan coretkan lagi pengalaman ku untuk MDS akan datang..

Pencarian Platform TOP HOST 2010 Dalam Diri – Mampukah TOP HOST 2012 Menjadi Sasaranku?


Tanggal 20 Mei 2010 (Rabu) - Hari ini aku bangun lewat..semuanya gara gara kekurangan jam tidur yg cukup dan aku mahu memaanfaatkan cuti semester pada kali ini dengan mendapatkan rehat yg secukupnya tetapi serasanya aku tidak mampu..begitu banyak tugas yg perlu aku selesaikan..esok aku perlu ke UiTM Shah Alam semula untuk tugas yg baharu..aku sudah bersedia mungkin..lupakan sebentar cerita esok, kita coretkan sambungan kisah hari ini..aku kemudiannya terus bergegas dan bersiap bangun dan melengkapi diriku dengan sepersalinan kemeja hitam serta sut putih..mengapa aku berpakaian sedemikian?? mudah saja, untuk ke Sri Pentas Bandar Utama..aku pun menaiki bas dan tren utk ke lokasi yg ditujui..biasalah, pengangkutan awam telah menjadi sebahagian dari hidupku sejak sekian lama..aku berjumpa dengan Salma di KL Sentral terlebih dahulu sebelum menaiki bas RapidKL U82 untuk ke Bandar Utama..

Tujuan utama aku dan Salma pergi ke Sri Pentas Bandar Utama pada hari ini adalah bagi menyaksikan siaran langsung program TOP HOST 2010 peringkat akhir, tujuanku juga adalah untuk menyokong senior dari fakulti ku yang telah berjaya melangkah penuh bergaya ke peringkat lima kelompok terbaik iaitu kak Syazwani Diyana yang sekarang ini masih lagi mengikuti pengajian dalam jurusan Komunikasi Massa di peringkat Master... sebelum itu ada juga seorang senior ku yang juga masih mengikuti pengajian dalam jurusan yg sama cuma bezanya dia di peringkat Ijazah Sarjana Muda (Degree) sama seperti ku di fakulti iaitu Faizal Azhar atau lebih mesra dan senang aku panggil sebagai abang Farell..akan tetapi sayangnya abg Farell telah tersingkir di saat saat akhir semasa peringkat kelompok 7 terbaik..walau tiada rezeki berpihak padanya,aku masih menyokongnya sebagai seorang senior dan abg kepada aku dan berharap dia akan terus cemerlang dalam karier atau bidang yg dipilihnya nanti, atau mungkin bila aku berkesempatan utk bertemu dgn abg Farell semula di fakulti semester depan jika dia menyambung baki pengajiannya..insyaallah..

Setibanya kami di Bandar Utama, kami berhenti dan singgah di Medan Selera One Utama di sana utk menikmati sedikit hidangan dan mengisi perut ku yg agak lapar setelah agak jauh berjalan..ini adalah kali pertama aku datang dan singgah di sini,aku belum pernah menjejakkan kaki ku di sini jadi kesempatan yg ada telah aku guna kan sehabis baik yg mungkin..setelah puas berjalan di sekitar One Utama dari petang sehingga jam 7.45 malam, kami mula menapak ke Sri Pentas, jaraknya tidak lah begitu jauh kerana itu kami mampu untuk menapak sahaja..setibanya di perkarangan Sri Pentas Bandar Utama tersebut aku sudah mula merasai kehangatan malam tersebut..antara faktor yg mempengaruhinya adalah lokasi yg dipilih untuk menyaksikan peringkat akhir rancangan tersebut iaitu hanya di Perkarangan Sri Pentas..mengapa tidak di studio?mulanya aku agak sedikit kehairanan tetapi setelas puas berfikir beberapa ketika dan mengkaji beberapa faktor aku mungkin faham..aku memerhati keadaan sekeliling..agak ramai juga penonton yg hadir memeriahkan malam tersebut, ada juga beberapa ahli keluarga finalis yg turut hadir memberikan sokongan pastinya..setelah mendapatkan sebuah t-shirt TOP HOST 2010 edisi terhad (yang aku tidak boleh pakai kerana saiznya yg terlalu kecil) aku pun pergi dan berdiri dalam kalangan para penyokong kak Diyana yg rata rata nya berpakaian serba putih..

Setelah berbual bual kecil dan berkenalan dengan beberapa orang di sana termasuk seorang rakan yg aku kenal melalui facebook iaitu Alia yg sememangnya juga pengemar dan pengikut setia rancangan TOP HOST 2010 ini, dia menghadiahkan aku sebuah banner atau banting yang tertera gambar serta tulisan yg menyokong kak Diyana untuk aku pegang dan simpan sebagai kenangan..terima kasih Alia.. aku agak teruja apabila terlihat kelibat seseorang yg menjadi ikon kepadaku dalam bidang pengacaraan melintas di hadapanku, siapa lagi kalau bukan abg Ally Iskandar..kesempatan yg ada itu aku gunakan utk mengabadikan sekeping gambar bersamanya sebagai kenangan..adalah lebih baik jikalau aku dapat meluangkan masa yg lebih lagi bersama abg Ally untuk beliau berkongsikan pengalaman nya dalam dunia penyiaran ini kepadaku,aku ingin menjadi sepertinya..mungkin saat itu akan menjelma atau pun langsung tidak..aku tidak tahu..timbul satu persoalan di situ..harapnya saat itu bakal tiba satu hari nanti, insyaallah..antara selebriti lain yg turut hadir pd malam itu seperti Datin Norjuma, Dina dan semestinya Dato’ Siti Nurhaliza yg sememangnya aku minati sejak sekian lama..

Rancangan Finale TOP HOST 2010 sudahpun bermula..aku meletakkan fokusku kepada program yg sedang berlangsung tersebut..sedikit keterujaan bercampur penat menekan diriku..mereka Top 5 yang terdiri dari kak Diyana, Fadhil, Zaim Helmi, Liyana dan juga Nabihah menerima tugasan pertama mereka iaitu mereka perlu mengulas topik yg telah dipilih secara rawak di hadapan penonton...antara topik yg diberikan pada malam itu terdiri daripada isu Baju Merah di Bangkok Thailand, gelombang kedua H1N1,pilihanraya Britain,Piala Thomas dan juga pelancaran Produk SimplySiti..bermula dengan peserta pertama kak Diyana, seniorku tampak begitu berkeyakinan seperti selalu berada di hadapan penonton dan juga lensa kamera..sedikit pun tidak nampak kekok seolah olah lagak nya pengulas yg professional.. mendapat topik isu pilihanraya Britain bagiku sesuatu yg agak sukar namun tugas itu telah digalas dengan cukup cemerlang oleh beliau..tujuan diberikan tugasan pertama pada malam itu adalah untuk memilih dan menentukan dua finalis terbaik yg bakal melangkah ke peringkat akhir Top 2 nanti dari 5 finalis akhir yg bertanding.. 

Setelah beberapa ketika aku dan audiens lainnya menunggu keputusan tersebut,aku bersorak kegirangan apabila 2 nama yg telah aku jangka dari peringkat awal iaitu kak Diyana dan Fadhil telah berjaya melangkah ke peringkat Top 2 atas prestasi mereka yg aku rasakan cukup cemerlang sedari awal pertandingan lagi..akan tetapi harapan dan naluri ku lebih kuat diletakkan dan disandarkan kepada kak Diyana utk merangkul gelaran TOP HOST 2010 namun aku tetap menyokong kedua dua mereka ke peringkat akhir kerana mereka sememangnya hebat!! tugasan kedua yakni yg terakhir utk musim kali ini diberikan kepada mereka berdua, kali ini kurasakan lebih mencabar, menemubual selebriti dan diva No.1 negara, Dato’ Siti Nurhaliza yg kini telahpun bergelar seorang usahawan yg berjaya..

Aku seakan teruja mengetahui tentang tugasan terakhir tersebut,menemubual artis yang sememangnya aku minati sejak dari dulu lg memang satu kesempatan yg sangat berharga dan manis buat dua finalis TOP HOST 2010 tersebut..setelah selesai menyudahkan tugasan menemubual tersebut, dan sementara menanti keputusan akhir, penonton telah disajikan dengan klip tugasan yg belum pernah disiarkan sebelum ini iaitu kesemua 10 peserta TOP HOST 2010 yg dipecahkan kepada kumpulan lelaki dan wanita perlu melakukan tarian lagu ‘Nobody’ dari kumpulan Wondergirls…agak lucu melihat gerak dan langkah tari mereka yg kelihatan bersahaja dan spontan tetapi cukup menghiburkan pada malam itu..selepas slot iklan berakhir, detik pengumuman keputusan pemenang TOP HOST 2010 akan dilakukan oleh Dato’ Sri Farid Redzuan sendiri..

Saat kaca skrin di meja Dato’ Sri Farid memaparkan wajah kak Diyana sebagai pemenangnya aku dan lainnya bersorak kegirangan..bangga melihat pencapaian seniorku itu menjulang nama sebagai juara TOP HOST 2010..membawa pulang hadiah wang tunai bernilai RM10,000 serta bakal mengikat kontrak bersama TV3 umpama sebuah mimpi yg menjadi realiti..serasa ingin berada di tempat kak Diyana akan tetapi masih byk yg perlu aku pelajari untuk mencapai tahap seumpama itu..selesai acara penyampaian hadiah tersebut maka tamatlah siaran program pencarian bakat pengacaraan itu..aku pun bertemu dengan beberapa org finalis sebentar utk berbual sebentar sebelum mereka naik utk ke sidang akhbar..aku hanya sempat bertemu dengan abg Farell sahaja ketika itu sebelum mereka semua finalis naik ke atas..boleh saja kalau diikutkan untuk aku naik ke atas sekali bersama sama mereka tetapi aku tidak punya rasa untuk berbuat sedemikian setelah dimaklumkan..

Selesai sidang akhbar,kelihatan kelibat kak Diyana turun dari bangunan Sri Pentas menuju ke ahli keluarganya yg menunggu di luar..aku juga berada di situ menunggu dan sempat meluangkan masa berbual seketika bersama sama mereka..ucapan tahniah dan bangga aku kirimkan buat seniorku itu..selesai berbual bual dgn mereka, kak Diyana meminta diri sebentar untuk menyalin pakaian..beberapa ketika kemudian, kelihatan Aswad yg juga peserta TOP HOST 2010 turun dan ingin pulang..sapaan ku disambut baik kerana beliau juga merupakan penyampai radio sambilan, sama dengan apa yg aku lakukan sekarang..selesai berbual Aswad pun meminta diri utk pulang begitu juga dengan rakan facebook ku,Alia..

Beberapa ketika kemudiannya, turun peserta TOP HOST 2010 yg lainnya seperti Liyana,Zaim Helmi,Sri,abg Farell dan kak Diyana..aku dan yg lain nya sempat berbual seketika..saat aku menyuarakan hasrat ku utk menyertai TOP HOST yg akan datang,mereka memberikan sokongan yg padu kepadaku..aku rasa terharu dan agak bersemangat untuk mencapai keinginan dan impian tersebut..mereka menanti hasrat aku itu untuk menjadi realiti di TOP HOST 2012 insyaallah..aku berharap aku mampu kecapinya…hanya masa yg akan menentukan..

Sesudah itu, aku pun meminta diri kepada abg Farell dan Sri yg masih berada di situ untuk aku dan Salma pulang ke Seremban semula..Afiq rakan sekelasku semasa di sekolah telah menunggu di luar pagar bangunan Sri Pentas..kami pun menaiki kereta yg dipandu Afiq lalu meninggalkan Sri Pentas Bandar Utama dengan seribu satu kenangan yg terpalit pada satu malam akhir yg bermakna…persoalan masih terngiang ngiang di benakku








Hati Manusia Yang Tidak Pernah Berhenti Untuk Berperasaan – Dilupakan dan Melupakan


Tanggal 9 Jun 2010 (Rabu) - Aku seakan menghilangkan diri buat seketika..serasa kecewa dan kesedihan menyelebungi beberapa minggu belakangan ini..dalam proses itu juga banyak yg aku telah pelajari tentang erti kehidupan..aku juga seperti yg lainnya punya hati dan perasaan..terkadang aku rasa mahu jadi seorang yg pemarah,pendendam,pembenci dan sifat searas dengannya tp aku belum mampu utk menjadi seperti itu..hipokrasi diri tidak sesekali aku terapkan dalam jiwa aku..mengapa perlu menjadi org lain sedangkan kita punya sifat sendiri, cuma kita tidak tahu adakah keperibadian kita itu disenangi orang ataupun tidak..kita tidak boleh memuaskan hati semua pihak..

Benar kata orang, bila sesuatu itu ada di depan mata saat kita tidak memerlukannya,langsung dan sedikit pun tak dihargai atau terdetik di hati untuk memerhati,pabila kita mulai rasa terpinggir dan menjauh kita akan membiarkan diri dihanyuti arus perasaan yg kadangnya kita sendiri tak tahu apa yg harus dilakukan..saat orang memerlukan kita baru lah mereka akan mencari dan menghargai..saat itu juga aku tidak mampu untuk berkata tidak tapi aku tidak rasa saat itu telah tiba..perasaan tidak dihargai itu masih menebal dalam diri ini..aku jenis yang agak sensitif serta mudah tersentuh jiwanya..orang kata aku agak rapuh,tapi itu memang diriku yg sebenar..tidak perlu mengubah persepsi diriku untuk orang lain dalam hidup ini..aku seakan mudah mempercayai orang,bila sudah terkena aku rasa tertipu tapi aku masih tidak belajar apa itu erti ‘serik’ dan ‘bodoh’..aku masih membiarkan situasi ini berjalan seperti biasa melewati batas waktu sehingga ianya akan menunjukkkan hasilnya kelak,situasi yg aku inginkan pengakhirannya mengembirakan atau menyenangkan bukan sahaja aku, tetapi juga orang disekeliling aku dan juga yg berkenaan..tapi dalam pada aku menghilang aku masih lagi menunggu dan menanti apa yg akan terjadi..

Aku rasa jika aku tiada pun tak ada apa pun perubahan besar yg bakal berlaku..seperti sekarang,jika aku mengambil pendekatan utk menghilangkan diri dan tidak lagi mengemaskini status ku di laman maya “facebook” utk seketika, aku rasakan tiada yg ambil peduli atau kisah,malah aku faham yg mereka atau sesiapa pun punya tugas mereka yg tersendiri,mengapa perlu memerhatikan aku,tak penting dan beerti langsung..aku saja yang seolah olah terhegeh hegeh bak kata orang “mencari publisiti murahan” di internet…jadinya sekarang aku sudah tidak tahu lagi harus menulis apa..kerana aku hanya pasrah dan redha..mengenali beberapa orang di sekeliling aku sejak kebelakangan ini membuatkan aku makin tersedar yang mana yg aku boleh anggap atau gelar sebagai Abang, Akak, Sahabat, Kawan atau TEMAN…TEMAN satu perkataan yg sgt dekat pada platform ikatan dan jalinan..biar lima aksara yg mendukungnya,walau seringkas dua suku kata tapi aku rasa berat dan sukar mencapai dan mencari TEMAN sejati itu..datang dan pergi..satu situasi yg normal…tak perlu mencari kalau memang orang tidak sudi..”Melukut Di Tepi Gantang”??pengertiannya??berfikir dan terus berfikir mengenai persoalan itu….

SEKIAN….
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...