Monday, May 16, 2016

Tuan Ahmad Faiz Azharan - Pemenang Anugerah Mister Planet Malaysia 2016 Pilihan Pembaca Blog Azam Reddy


Sekalung tahniah diucapkan kepada Tuan Ahmad Faiz Azharan (Mister Negeri Sembilan) kerana menjuarai carta undian bagi "Anugerah Mister Planet Malaysia 2016 Pilihan Pembaca Blog Azam Reddy" dan seperti yang dijanjikan, Tuan Ahmad Faiz akan menghiasi ruangan post Blog Azam Reddy untuk kali ini. Jom kita berkenalan dengan lebih rapat bersama Mister Negeri Sembilan ini.




Gambar sekitar Pertandingan Akhir Mister Planet Malaysia 2016

Nama penuh yang diberi kepada anak muda ini ialah Tuan Ahmad Faiz bin Tuan Azharan. Lahir pada tanggal 5 Disember 1994 di Seremban, Negeri Sembilan anak jati negeri penuh beradat ini mempunyai ketinggian 182 cm dan berat 70 kg. Hobi beliau ketika di waktu lapang dihabiskan dengan aktiviti memancing dan bermain ragbi. 


Mendapat pendidikan sehingga Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) di SMK King George V Seremban, antara pencapaian Tuan Ahmad Faiz adalah beliau merupakan johan dalam kategori "Plate" di Pertandingan Ragbi Antarabangsa 7 Side di Singapura dan Thailand. Beliau yang sememangnya aktif dalam sukan ragbi ini mewakili Negeri Sembilan dalam pasukan ragbi dan turut menjadi olahragawan semasa di bangku sekolah lagi.


Merupakan anak ke 3 dari 4 orang adik beradik lelaki kesemuanya, beliau berpegang kepada prinsip hidup sentiasa berfikiran positif. Jika sesetengah orang tidak suka menerima kata hinaan atau teguran, akan tetapi bagi Tuan Ahmad Faiz, beliau lebih gemar jika orang menegur atau menghina kerana bagi beliau setiap kata - kata hinaan itu menjadi dorongan buat beliau untuk menjadi seseorang yang lebih baik dan sempurna.


Beliau juga mempunyai harapan untuk melihat kedua ibu dan bapa beliau tersenyum melihat kejayannya dan mampu membanggakan nama keluarga yang disayangi. Pengalaman yang paling diingati sepanjang hidup beliau adalah ketika menikmati bijirin "Coco Crunch" dan tidak sedar di dalam hidangan itu terdapat cicak yang besar dan juga lipas. 


Perkara yang paling ditakuti oleh Tuan Ahmad Faiz Azharan adalah melihat insan yang disayangi menemui ajal terlebih dahulu sebelum beliau dan beliau juga takut akan lipas yang terbang. Impian beliau adalah untuk menjadi pelakon drama TV3 supaya ibu kesayangan beliau boleh melihat lakonan beliau di kaca televisyen kerana ibu beliau amat gemar menonton drama tempatan pada waktu petang.


Pencapaian Tuan Ahmad Faiz semasa berada di Pertandingan Mister Planet Malaysia 2016 adalah beliau telah berada dalam senarai peserta Top 16 dan turut memenangi "Anugerah Mister Charming" dan sekaligus melayakkan beliau terpilih menjadi duta bagi jenama wangian terkemuka yang juga salah satu penganjur kepada MPM 2016 iaitu "Magnetica". Beliau juga turut mendapat undian tertinggi bagi pembaca blog Azam Reddy ini dan melayakkan beliau menjadi pemenang "Anugerah Mister Planet Malaysia 2016 - Pilihan Pembaca Blog Azam Reddy". Sekalung tahniah diucapkan sekali lagi kepada Tuan Ahmad Faiz Azharan!! Semoga terus berjaya dan mengukir nama dalam industri seni tempatan mahupun ke peringkat yang lenoh tinggi. 

Sumber gambar Facebook :

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Daisypath Happy Birthday tickers