Sunday, May 15, 2016

Mister Planet Malaysia 2016 Final - Pentas Lahirkan Potensi Bakat Baru


Bertempat di Auditorium Utama, Kompleks Kraftangan Jalan Conlay Kuala Lumpur, Pertandingan Akhir Mister Planet Malaysia 2016 telah berlangsung meriah dengan menyaksikan Mister Pulau Pinang, Nazirul Mubin dinobatkan selaku juara bagi edisi kali ini. Kemenangan beliau meneruskan legasi juara MPM dari negeri zon utara tanah air. Diacarakan oleh wartawan Utusan Malaysia yang juga selaku penasihat bagi MPM Deegun Rahman bersama Azman Mohd Nawi, pentas akhir tersebut turut diserikan dengan persembahan dari Thalia (Mentor). Peserta Top 3 bakal mewakili Malaysia dalam beberapa acara di peringkat antarabangsa seperti Mister Global, Mister United Continents dan juga Mister Tourism World. Sekali lagi sekalung tahniah diucapkan kepada kesemua barisan peserta dan pihak penganjur yang berjaya menganjurkan edisi kali ini dengan jayanya dan akan  terus bertambah baik bagi edisi akan datang.


Deegun Rahman bersama rakan pengacara Azman Mohd Nawi



Peserta ditemubual sambil mempromosi barangan dari Kraftangan Malaysia




Barisan peserta yang memenangi anugerah sampingan yang dipertandigan selain dari anugerah utama




Persembahan lakonan hebat dari pemenang Mister Talent, Mister Terengganu Hafiz Nolan




Persembahan selingan dari Thalia (Mentor) dengan lagu Big Spender dan Memori Tercipta


Barisan peserta yang berjaya melepasi senarai Top 8 MPM 2016


Mister Perlis, Mister Pulau Pinang dan Mister Kuala Lumpur Top 3 MPM 2016


Saat kemenangan Mister Pulau Pinang, Nazirul Mubin yang mewakili Malaysia ke Mister Global

Klik di SINI untuk lebih banyak gambar.
KENYATAAN AKHBAR PERINGKAT AKHIR MISTER PLANET MALAYSIA

Setelah lapan bulan program Mister Planet Malaysia 2016 (MPM2016) dijalankan bermula 5 November 2015, akhirnya pada 8 Mei lalu, wakil Pulau Pinang, Nazirul Mubin, 26, dinobatkan sebagai juara musim ketiga penganjurannya.

Mempunyai kelulusan Ijazah Sarjana Sains Pengurusan Pembinaan Kejuruteraan Awam daripada Universiti Teknologi Malaysia (UTM), kemenangan Nazirul itu sekali gus menewaskan 15 lagi pencabarnya yang bersaing dalam pertandingan tersebut.

Berlansung di Kompleks Kraftangan Malaysia, Jalan Conlay Kuala Lumpur, Nazirul mengetepikan pencabar terdekatnya, wakil Kuala Lumpur, Asyraf Dasley, 25, di tempat kedua, manakala wakil Perlis, Fauzi Mohamad, 28, di tempat ketiga.

Dengan kemenangan tersebut, Nazirul membawa pulang hadiah wang tunai RM3,000, sumbangan EADA Dermasthetics, trofi tajaan Dean Daud Design serta pelbagai hadiah iringan lain bernilai kira-kira RM10,000 termasuk peluang mewakili negara ke pertandingan bertaraf dunia, Mister Global 2017 di Thailand.

Antara penaja utama adalah Magnetica, Need A Cut Barber, Sadomen Spa, MD Legacy, UA Fitness Centre, Tanamera, 92 Hair Salon, Touch Gallery, Dewamor dan Armeill Group of Companies selain Tourism Malaysia sebagai agensi kerajaan yang menyokong penganjuran program ini.

Selain gelaran juara, Nazirul turut memenangi anugerah sampingan iaitu Mister Photogenic dan Best Smile yang melayakkannya menerima dua hamper bernilai RM1,000 tajaan Hanni And Co.

Sementara itu, selaku naib juara, Asyraf mendapat wang tunai RM2,000 sumbangan EADA Dermasthetics, trofi, hadiah iringan bernilai RM7,000, serta kelayakan automatik ke pertandingan antarabangsa, Mister United Continent 2016 di Filipina.

Asyraf juga dianugerahkan sebagai Mister Fitness dan Mister Popular, sekali gus dihadiahkan dua hamper bernilai RM1,000.

Pemenang tempat ketiga, Fauzi pula berpuas hati dengan wang tunai RM1,000, trofi, hadiah iringan bernilai RM5,000 serta tiket ke pertandingan global Mister Tourism World 2016 di Indonesia.

Di samping itu, Fauzi juga memenangi gelaran sampingan Mister Physic untuk membawa pulang hamper RM500 dan Best in Social Media, secara tidak langsung mendapat tiket percutian ke Bali, Indonesia serta dilantik menjadi duta jenama minyak masak rendah kolestrol di bawah syarikat Armeill Group of Companies bernilai RM20,000.

Pertandingan tersebut diadili oleh enam juri profesional yang diketuai Datuk Mahadzir Lokman, Norish Karman, Ruby Othman, Hideaki Lim, Mrs. Precious Anne Medina dan Mister International Filipina.

Antara selebriti yang hadir memeriahkannya ialah Nasha Aziz, Amelina, Thalia, Syafeek Ikhwan, Aesar Mustafar serta beberapa pereka fesyen terkenal termasuk Ezuwan Ismail, Waridi Hamdan dan Qamel Ayop.

MPM edisi kali ini adalah yang ketiga selepas musim pertama menjadi milik wakil Kedah, sementara musim kedua pula dimenangi wakil Perlis dan ia dianjurkan oleh Malaysian United Nations Pageants.

Berikut adalah senarai penuh keputusan Mister Planet Malaysia 2016 peringkat akhir:

5 Terbaik
Mister P. Pinang (Nazirul Mubin)
Mister K. Lumpur (Asyraf Dasley
Mister Perlis (Fauzi Mohamad)
Mister Terengganu (Hafiz Nolan)
Mister Melaka (Zarul Zaqwan)

8 Terbaik
Mister Selangor (ErfanHanif Said)
Mister Kelantan (Fitry Mustafa)

16 Terbaik
Mister Pahang (Azwan Aabas)
Mister N. Sembilan (Tuan Ahmad Faiz Azharan)
Mister Johor (Ikhwan Ibrahim)
Mister Labuan (Khaza Mizty
Mister Putrajaya (Amirrul Shah)
Mister Kedah (Faez Baharuddin)
Mister Sabah (Shahrul Azhar)
Mister Perak (Wazien Adil)

Gelaran Sampingan
Mister Photogenic: P. Pinang
Mister Intelligent: Melaka
Mister Congeniality: Sabah
Mister Charming: N. Sembilan
Mister Top Model: Johor
Mister Personality: Terengganu
Mister Charity: Kelantan
Mister Cool: Perak
Mister Macho: Selangor
Mister Creative: Putrajaya
Mister Optimistic: Sarawak
Mister Sporty: Labuan
Mister Physic: Perlis
Mister Fitness: K. Lumpur 
Mister Sweet Heart: Pahang
Mister Sexy: Kedah

Anugerah Pilihan Juri
Mister Talent: Terengganu
Mister Affability: Kelantan
Best Smile: P. Pinang
Best Social Media: Perlis
Best Commitment: Melaka
Best Dicipline: Pahang

People's Choice Awards:
Mister Popular: K. Lumpur
MMP's Favourite: Selangor
Dominasi Lelaki Trophy: Pahang
Pilihan Blog Azam Reddy: N. Sembilan

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...