Thursday, November 26, 2009

Lembaran Perjalanan Dan Pengalaman


Tanggal 15 November 2009 - Hari ini cukup senang bagiku..melihat gugusan awan berarak mendung mengiringi hatiku yg acap kali dirundum perasaan yg bercampur baur..ada yg mengembirakan aku ada juga yg menyedihkan aku..hari ini selepas maghrib aku punya misi yg agak besar,lembaran perjalanan hidupku kian terbuka,aku akan meneroka UiTM Pulau Pinang..aku kebosanan di dalam bilik D201 Kolej Meranti..aku bagai mati akal..ramai rakan sebilikku sudah pulang ke kampung halaman masing masing..aku agak kelaparan pada pagi itu..namun ku biarkan perutku kosong kerana sudah hampir tengah hari,jadi baik aku teruskan menu yg patut diisi ke dalam perutku dengan hidangan tengah hari sahaja..jam hampir menunjukkan pukul 1..aku ingin keluar makan tengah hari tapi tiada teman..aku ingin mengajak rakan bilikku yg masih tinggal tetapi mereka tiada di dalam bilik,mungkin sibuk menguruskan hal ehwal “clearance room”..

Kolej Meranti yg dahulunya dipenuhi pelbagai warna warganya kini semakin kosong dan sunyi..lantas aku pun mengambil keputusan utk menghantar kiriman sms kpd abg ku abg Fayad..aku bertanya jika dia sudah makan tengah hari ataupun belum..tidak lama selepas aku mengirim sms ku,aku mendapat balasan..abg Fayad masih belum makan tengah hari dan ingin membawaku makan di restoran Nasi Lemak Cinta Sayang di sekitar Seksyen 7..aku gembira beliau tidak menolak pelawaanku dan permintaanku,maklumlah selepas ini aku sudah tidak punya peluang yg lama dan banyak utk bersama beliau..aku akan berangkat ke Pulau Pinang utk kursus selama 5 hari pd petang ini manakala abg Fayad akan ke Kajang esok utk kursus selama hampir sebulan dan kemudian beliau harus pulang ke Kedah menjalankan latihan praktikal di sana..semalam aku gembira apabila beliau sudi membawaku berjalan jalan di sekitar downtown Cheras dan bandaraya Kuala Lumpur..itu juga adalah kali pertama aku berjalan jalan di sekitar Kuala Lumpur sehingga lewat pagi seumur hidupku,aku sgt gembira..memang lama aku menantikan peluang tersebut kerana tiada sesiapa yg sudi membawaku keluar berjalan jalan apa lagi sejak ayahku meninggal dunia..

Lupakan kisah lalu,aku terus bersiap dan menunggu di perhentian bas berhadapan Medan Selera Seksyen 2..dalam pukul 2 lebih abg Fayad pun tiba dan aku pun terus menaiki keretanya menyelusuri jalan raya.beliau singgah sebentar di fakulti dan DSB atas beberapa urusan sebelum membawaku makan di restoran Nasi Lemak Cinta Sayang..itu adalah kali pertama aku menjejakkan kaki dan makan di sana..aku amat berterima kasih kpd abg Fayad kerana membawaku makan di sana..aku sudah merancang utk membelanjanya makan pd hari tersebut kerana sudah lama hatiku terdetik dan merancang sedemikian,ternyata rancangan ku gagal,resit bayaran lantas begitu cepat direntap oleh abg Fayad dr tangan ku..arrggghh..seperti selalu apabila makan bersamanya,aku gagal lagi!!huh..mengapa beliau begitu baik sekali..sukar utk menemui seorg abg sebaiknya..selepas beliau membayar segalanya di kaunter bayaran,sekali lg aku bertanyakan jumlah bayaran yg sekurang kurangnya aku perlu bayar..beliau hanya menguntum senyuman dan berkata “murah saja”..aduuhh..aku sudah tidak terkata apa apa lg,hanya terdiam seketika waktu..sekarang tiba masa utk abg Fayad menghantar ku pulang ke Kolej Meranti,dalam perjalanan pulang aku mendapat satu panggilan telefon dari pihak kolej yg mengatakan aku perlu memindahkan barang barang milikku dari bilik D201 ke bilik C204..

Aku akur pd arahan mudah tersebut..setibanya di hadapan pagar Kolej Meranti,aku terus menjadi sedih dan sebak..aku berterima kasih kepada abg Fayad kerana byk membantu ku saat susah dan senang serta meminta maaf kepdanya kerana aku telah byk menyusahkan beliau dan jika membuat beliau marah..hatiku tersentuh apabila beliau berkata aku tidak membuat apa apa kesalahan kepadanya,begitu baik sekali tutur bicaranya.. aku mengakhiri sesi melodramatik dlm kereta tersebut dengan meminta restu daripada abg Fayad agar beliau mendoakan perjalanan ku sepanjang ke Pulau Pinang selamat,aku bersalaman serta mencium tangannya penuh kesopanan,metafora kepada penghormatan seorang adik kepada abg nya... aku minta dan memohon agar dapat bertemu lg pd masa akan datang..aku gembira yg beliau juga mengharapkan perkara yg sama..aku turut mendoakan beliau dlm keadaan yg baik baik saja sepanjang kursus yg bakal beliau hadiri nanti..pesanan “jaga diri selalu” tidak pernah lekang dr bibirku dan abg Fayad..aku pun melangkah lesu keluar dari kereta beliau dan memasuki perkarangan Kolej Meranti sambil memberi lambaian perpisahan yg ku harapkan hanya bersifat sementara..cukuplah aku bercerita mengenai itu kerana aku tidak mahu dikatakan berlebihan..

Tepat jam 7 petang,selesai menguruskan diri,aku terus bersiap dan mengucapkan selamat tinggal kepada rakan rakan bilikku yg masih berbaki di dalam bilik..aku berharap aku akan berjumpa dengan rakan rakan bilikku lg semester depan walaupun kami berlainan kursus pengajian dan bakal tinggal berasingan nanti..aku lihat jam di tangan sudah hampir menunjukkan jam 7.30 petang..aku bergegas melangkah keluar dari Kolej Meranti utk terus menaiki bas RapidKL T603 menuju ke perhentian bas Kolej Seroja di dalam Kampus UiTM Shah Alam sebelum pukul 8 malam..aku kemudiannya menuruni bas setelah tiba ke destinasi dengan sebuah bagasi besar ditarik di tangan kiri ku dan sebuah bagasi kecil bewarna merah disandang di bahu kanan ku...fuh,nasib ku baik kerana aku menepati masa..aku cukup risau jika aku terlewat tiba dan bakal ketinggalan basku nanti..setibanya di sana aku mendaftar dan aku sudah ditauliahkan sebagai peserta kursus One Malaysia siri 4 dan dihantar berkursus selama lebih kurang 5 hari di UiTM Pulau Pinang..aku menaiki bas yg diberi nama “Echo” sama seperti nama kumpulan yg diberi utk ku disana..aku tidak boleh bercerita lebih panjang dan lanjut mengenai aktiviti dan program ku di sana..ianya agak sulit utk digembar gemburkan di sini,cukup jika aku katakan aku selesa dan senang mengikuti kursus berkenaan,menginap di kolej penginapan siswa yg diberi nama Kolej Zamrud,cukup makan yg enak dan pengisian program yg cukup berguna,bermanfaat,seronok dan menguji kreadibiliti kepimpinan yg sejati di samping aku dpt mencari lebih ramai rakan baru dari pelbagai latar dan fakulti yg berbeza..Alhamdulillah aku berjaya menyelesaikannya,dan yg penting juga aku tidak diserang oleh “Charlie” di sana..

Wednesday, November 25, 2009

Memori Semester 1 UiTM Shah Alam

KENANGAN MANIS BERSAMA RAKAN KAWAN TEMAN SAHABAT SENIOR SERTA YG SELALU AKU INGATI..

Sebahagian dari rakan rakan bilik ku D201 Kolej Meranti UiTM Shah Alam Man, Khairie, Azim..

Rakan rakan ku yg lain Khairie, Arie, Salma dan Aina..

Bersama rakan rakan juga senior senior masscomm yg mmg baik baik belaka..

Bersama senior ku abg Meor dan abg Fayadh..

Gambar kenangan kelas ku MC23S1A bersama sama dengan Mama..

Bersama dengan abg Fayadh..


Sebahagian dari warga Kolej Meranti yg byk membantu ku selama ini!!

Semester ini berakhir dengan pelbagai perasaan yang berbaur..aku sendiri tak tahu harus diungkapkan bagaimana..kadang aku rasa gembira dan kadang juga aku berasa sedih..sungguh pantas masa berlalu,meragut byk kenangan dan memori dlm diari hidup ku..dunia ini ku rasa hampir berlaku kejam ke atas ku..belum sempat aku ingin menikmati dan menyesuaikan diri dengan keadaan di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam bagi semester pertama sebagai mahasiswa jurusan Komunikasi dan Pengajian Media (Penyiaran) ini ianya berakhir begitu sahaja..ya,mungkin ramai yg boleh mengatakan aku masih punya byk peluang serta perjalanan ku masih jauh tapi mereka langsung tidak mengerti apa yg terisi dlm semester satu ini 

Bagi diriku yg telah memberikan kesan,satu emosi dlm diriku..aku telah mengenali ramai rakan rakan baru..dari rakan rakan sebilik ku di bilik D201 Kolej Meranti sehingga lah dlm kelasku sendiri usah diwarwarkan lagi mmg kesemuanya sudahpun menjadi rakan karibku..aku sayangkan kelas MC23S1A (Sesi Julai - November 2009) semoga kita berjumpa lagi semester hadapan!! Rakan rakan ku dari sequence yg lain seperti Salma, Arie serta beberapa nama yg terlampau ramai utk ku sebutkan di sini..terima kasih kerana sudi menjadi rakan baik ku di sini..juga kepada senior – senior ku yg cukup aku senangi di fakulti ku ini seperti abg Meor,kak Ella,kak Fifi,kak Ema,kak Wawa,kak Ain,kak Caca,terlampau ramai..juga tidak aku lupakan semasa aku mula mula menapak di UiTM Shah Alam ini sewaktu program MMS berlangsung di Kolej Meranti seperti abg Ranie,abg Zarul,Shamil, Afiq dan lain lain lagi membuat aku berasa lebih selesa berada di UiTM yg pasti nya aku rasakan memberi satu cabaran yg besar buat org baru sepertiku..ruangan ini mungkin terlampau sedikit utk ku senaraikan nama nama mereka yg lain yg byk berjasa dan membantu ku selama ini dan....

Aduh berat sungguh utk ku menyebut nama nama mereka,kebanyakan mereka sudahpun hampir berjaya menamatkan pengajian mereka di UiTM ini,mereka byk membantu ku tidak kira masa,maklum lah aku hanya seorang junior..terima kasih jasa anda semua tidak dapat dibalas dengan kata kata,tuhan sahaja yg mampu membalasnya..tetapi ada seorang senior yang aku cukup rapat dan merasai kehilangannya pd tahun (semester) hadapan..dialah yg byk membantu ku selama ini,memberikan tunjuk ajar dan sudah ku anggap seperti abg kandung ku sendiri kerana latar keluargaku sendiri aku tidak mempunyai seorang abg dlm keluargku dan kehilangan ayah ku yg kembali ke rahmatullah sejak aku di bangku sekolah rendah lg mmberikan kesan yg mendalam dlm hidupku,hanya akulah seorang yg bergelar lelaki yg tinggal dlm keluargaku..dia byk membantu ku,menjaga aku seperti seorang adik..aku senang..aku amat berterima kasih kepada – Nya kerana mengurniakan seorang senior atau senang ku panggil abg yg cukup baik dan mengambil berat ke atasku..tp sayang nya semester ini adalah semester terakhir baginya sebagai pelajar jurusan Kewartawanan di UiTM sebelum beliau meneruskan latihan praktikal beliau di tempat lain..aku agak sedih dan terkilan kerana begitu singkat masa yg diperuntukkan utk ku mengenalinya sejak berada di UiTM ini saat pertama kali aku menemuinya dan mengenalinya di fakulti semasa induksi MMS kami sebagai pelajar baru yg pertama di tingkat 3 berhampiran Dewan Kuliah 2 dan seterusnya di Dewan Sri Budiman berakhirnya sesi MMS..aku sentiasa berharap dan berdoa supaya abg ku itu sentiasa berada dalam keadaan yg baik di mana sahaja beliau berada dan tidak akan lupa akan keberadaanku di sini..aku ingin menjadi sepertinya suatu hari nanti,aku juga sentiasa berharap agar aku dapat menemuinya lagi pd masa hadapan..terima kasih kepada Ahmad Fayadh Abdul Manaf atau aku lebih senang memanggilnya dengan panggilan abg Fayad,terima kasih byk!! 

Juga ku rakamkan jutaan terima kasih kepada para pensyarahku yg telah byk menaburkan ilmu kepadaku di dalam kelas tanpa penat dan jemu juga tidak mengira masa seperti Pn. Bariah Ismail (Introcom), En. Norsham Firdaus (Sociology), Pn. Noriza Daud (BBM), Ustaz Jailani Sidek (TITAS), Cik Faizah Din (Photocom), Prof Bukhory (Effective Speaking), Dr Mariah Muda (Radio & TV) serta tidak dilupakan Pn. Hariyati Ariffin atau lebih mesra ku sapa dengan panggilan “Mama” (Thinking & Writing) yg telah byk mengajarku tentang erti kehidupan yg sebenar sebagai seorang pelajar universiti…aku ingin memohon jutaan ampun dan maaf andai aku membuat kekhilafan atau melukakan hati seseorg tanpa ku sedari kerana sesungguhnye yg baik itu dtg dari Allah SWT dan yg buruk itu dtg nya dari diri saya sendiri..sememangnya memori yg terpalit sepanjang perjalanan semester 1 ini tidak akan mudah diluputkan mahupun luntur terus dr ingatan serta sanubariku…apa yg aku harapkan semester hadapan akan menjadi semester yg lebih baik bg diriku dan aku dpt bertemu kembali dgn org2 yg ingin ku temui..Insyaallah…TERIMA KASIH SEMUA!!SALAM KEAZAMAN dariku buat anda semua..

Saturday, November 7, 2009

Thursday, November 5, 2009

Sajak - Bunga Pasrah Yang Tiada Penghujungnya


bunga pasrah yang tiada penghujungnya

sajak ini telah saya ambil untuk menggambarkan betapa sakit nya saya terpaksa menghadapi realiti kehidupan yg sungguh kejam..pasrah sahaja pada ketentuan tuhan..hanya tuhan yg tahu apa yg terbaik utk umatnya..sukarnya meramal fikiran manusia..





lama ku patri
kepasrahan dalam diri
biar pun ujian ilahi
melanda setinggi gunung
ku tetap selam erti pasrah
dalam redha yang tak bertepi


telah lama jua aku mengerti
bahawa tidak indah kehidupan
tanpa pengorbanan
tanpa kepasrahan pada tuhan


ku renung kembali
kisah2 lama
perjalanan hidupku ini
tak pernah berhenti
dari duka dan gmbira
yg bersilih ganti
bagai putaran roda


tanpa kepasrahan
siapalah aku utk menghadapi
onak duri ranjau ini...
dgn kesabaran dan kegigihan


telah jua kusemadikan
rasa sesal yang melanda di jiwa
agar aku bisa kemudikan layarku
dan taburkan bunga tawakal
serta sirami ia
dgn bunga pasrah
yang tiada pengujungnya



Wednesday, November 4, 2009

Lawatan ke Rumah Perlindungan Anak Yatim YPIN

Tanggal 15 Oktober 2009 (Khamis)


Satu pagi yang cukup dingin, aku langsung tidak tidur kerana risau terlewat bangun dan pada masa itu juga aku baru sahaja menyudahkan tugasan subjek “Sociology” ku serta tugasan tugasan lain yg agak banyak. Aku pun meneruskan langkah ku meluru ke kamar mandi, aku capai tualaku dengan gegas dan gesanya lalu memberus gigiku dan membasahi tubuhku dengan air pili yang kesejukannya memang mencengkam tulang temulangku. Sesudah itu, aku sarungkan baju kelas ku yg aku reka khas logonya utk cetakan t-shirt kelas Puan Hariyati Ariffin atau lebih mesra kami sapa dengan panggilan Mama iaitu kelas “Thinking & Writing Strategies”.

Aku kemudiannya bergegas menunggu bas di perhentian bas di seksyen 2 Shah Alam berdekatan kolej kediamanku, Kolej Meranti. Bas RapidKL T603 ku naiki setelah ku hulurkan not RM1 kepada pemandu berkenaan yang usianya kira kira lewat 30-an. Aku pun mencari tempat duduk yang masih kelihatan kosong untuk menuju ke fakulti ku iaitu Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media, UiTM. Bas yang aku naiki pada pagi itu dipandu agak cermat menyelusuri selok jalan raya ke perhentian bas fakulti ku. Setibanya di perhentian bas kurang dari 5 minit aku pun turun dan mendapatkan rakan rakan kelas ku yang sudah pun menunggu di situ awal pagi. Sekarang kami hanya perlu menunggu ketibaan Mama untuk meneruskan misi kami ke sebuah lokasi yang telah ditetapkan

Rasa teruja masih menebal di hatiku, aku segera ingin tahu bagaimana agaknya suasana yang bakal aku lihat dan alami di sana nanti. Sementara menunggu ketibaan Mama, kami sempat mengabadikan beberapa foto sebagai kenangan sebelum bertolak dan menaiki bas. Lebih kurang beberapa minit menunggu, Mama pun tiba di perhentian bas berhadapan fakulti tempat kami setia menunggu. Sebelum menaiki bas yang sudahpun tiba, kami bersama same membuat persiapan terakhir iaitu menyemak barang barang yang perlu kami bawa ke sana nanti seprti baldi, penyapu, kain buruk serta perkakas membersih yang lain serta makanan untuk dibuat pengalas perut di dalam bas semasa perjalanan nanti. Mama juga sempat menyuruh kami memeriksa rakan rakan ku yang lain jika masih ada yang belum sampai atau tertinggal sebelum bas tersebut bertolak.

Setelah diteliti dan disemak oleh kami semua mengenai status kehadiran rakan rakan sekelas, ternyata masih ada seorang yang belum tiba iaitu Sue. Ada juga antara rakan rakan kami yang lain yang telah diberikan pengecualian oleh Mama untuk tidak mengikuti program pada hari tersebut kerana perlu menduduki kertas peperiksaan pertengahan semester subjek “Introduction to Mass Communication” yang berlangsung pada pagi tersebut. Sepatutnya, peperiksaan tersebut perlu kami duduki pada keesokkan harinya iaitu hari Jumaat tetapi disebabkan mereka yang diberikan pengecualian oleh Mama menghadapi kesulitan untuk menduduki peperiksaan pada tersebut kerana beberapa masalah maka kertas mereka terpaksa diawalkan sehari. Setelah barang barang yang dibawa dimasukkan ke dalam bas, kami pun menaiki bas dan bergerak menyelusuri bukit di Menara Sains & Teknologi lalu berhenti sebentar di perhentian bas berhampiran Kolej Melati dan Dataran Cendekia untuk menunggu rakan kami yang masih tertinggal iaitu Sue.

Setelah beberapa minit menanti, kelihatan Sue berlari lari anak dan sedikit kepenatan mengejar bas yang akan bergerak keluar dari UiTM Shah Alam ini. Setelah semua rakan rakan kelas ku sudah berada di dalam bas, bas tersebut mulai bergerak menuju keluar menerusi Gate B UiTM. di dalam bas, kami diedarkan dengan dua potong sandwich setiap seorang dan sebotol air mineral untuk menjadi pengalas perut sebelum tiba ke destinasi. Aku pun membuka sampul sandwich yang dibalut rapi itu lalu memasukannya ke dalam mulutku, memang enak tambahan pula perutku agak kozong pada pagi itu. Sesudah itu, aku hanya melemparkan pandangan ku ke luar tingkap. Rasa mengantuk memang tidak dapat dibendung lagi, perjalanan pada ku masih lagi jauh berbaki, lantas aku pun tertidur seketika. Sepanjang perjalan aku lihat beberapa rakan ku turut tertidur mungkin kerana kebosanan atau kurang tidur akibat tugasan yang terlampau banyak yang diberikan oleh pensyarah untuk disiapkan, ada juga yang masih aktif mengambil gambar dan berbual bual.

Hampir satu jam lebih perjalanan menuju ke destinasi kami iaitu Banting, Selangor, kami pun tiba di Rumah Amal Anak Yatim Yayasan Pembangunan Insan Nasional (YPIN). Kami pun menuruni bas dan mengambil barang barang keperluan yang dibawa untuk bergotong royong nanti. Kami berjalan beramai ramai masuk ke perkarangan rumah anak yatim tersebut dengan diketuai oleh Mama. Kami duduk di kerusi yang disediakan berhadapan pentas sementara menunggu pihak dari YPIN. Ternyata kehadiran kami pada pagi tersebut telah disambut baik oleh Ustaz Yusof. Program pada pagi itu dimulakan dengan ucapan alu aluan oleh Ustaz Yusof diikuti ucapan oleh Mama yang menyatakan rasa terima kasih bagi pihak kami kerana sudi menerima tetamu seperti kami ke YPIN. Program kemudian diteruskan dengan penerangan ringkas mengenai aktiviti gotong royong yang bakal kami lakukan pada pagi tersebut.

Kami dipecahkan kepada empat kumpulan iaitu kumpulan pertama dikehendaki memasak dan membantu di bahagian dapur, kumpulan kedua perlu mengangkat dan membaiki katil katil rosak yang dirasakan masih boleh digunakan untuk diangkat ke dalam semula. Kumpulan ketiga perlu membersihkan stor di belakang rumah manakala kumpulan empat perlu mencari bahan bahan yang boleh digunakan untuk menutup lubang lubang yang terdapat di pagar pagar di sekeliling rumah berkenaan bagi menjaga keselamatan anak anak di rumah perlindungan ini. Aku telah dimasukkan ke dalam kumpulan kedua oleh Mama bersama kebanyakkan rakan kelas lelaki yang lain. Sebelum memulakan tugas khidmat masyarakat kami pada pagi itu, kami sempat bersarapan pagi dengan hidangan bihun goreng serta kuih muih hari raya yang masih ada yang telah disediakan oleh pihak YPIN. Selesai menjamu selera dan mengisi perut, kami pun memulakan tugas mengikut kumpulan masing masing.

Aku pun bergerak mengikut kumpulan ku menuju ke belakang rumah, aku lihat banyak rangka rangka katil bertingkat yang bersusun di situ. Aku pun lantas membantu rakan rakan ku bersama sama mengangkat serta memilih rangka katil yang masih boleh digunakan dan elok untuk dipakai dan dibaiki semula. Setelah beberapa lama, kami pun menjumpai beberapa rangka katil yang masih elok untuk membina sebuah katil dua tingkat. Selesai bertukang dan memasang rangka rangka katil tersebut, aku pun membersihkan katil tersebut bersama sama dengan Zaidi. Katil tersebut kelihatan baru dah bersih kembali. Kami kemudiannya beralih kepada kerja lain iaitu mengangkat mana mana bahagian katil dan besi besi buruk yang sudah tidak boleh digunakan lagi ke atas lori yang disediakan untuk dibuang dan dijual.

Selesai tugas tugas membersih dan membaiki tersebut, aku dan rakan rakan ku pun berehat di hadapan dan di dalam rumah. Aku lihat masih ada rakan perempuan rakan kelas ku yang masih takut takut untuk membersihkan stor kerana takut akan kehadiran lipas atau tikus berlegar legar di dalam stor tersebut. Aku kemudiannya terbau bau masakan yang cukup enak, perutku mulai berkeroncong minta diisi. Rakan rakan ku yang membantu di dapur sudah mulai kelihatan membawa hidangan lauk pauk serta nasi putih. Hidangan utama untuk menu makan tengah hari ialah Ayam Masak Merah yang memang kelihatan cukup menyelerakan. Selesai dihidangkan di atas meja, sebelum kami dibenarkan untuk mengambil makanan, aku telah dipilh oleh Mama untuk mengetuai bacaan doa makan pada waktu tersebut. Selesai membaca doa, aku dan rakan rakan ku yang lain pun mulai beratur untuk menjamu selera kerana masing masing pastinya sudah kelaparan dan kepenatan akibat melakukan kerja sepanjang pagi tadi. Sesudah mengambil nasi dan lauk yang yang aku inginkan beserta secawan air sejuk, aku pun duduk bersama sama rakan ku yang lain di atas lantai dan menikmati hidangan makan tengah hari kami.

Sesudah perut diisi dengan kenyang, aku pun duduk beristirehat sementara menunggu rakan rakan ku yang lain selesai makan untuk mendirikan solat zuhur secara berjemaah sebantar lagi. Aku hampir hampir saja tertidur kerana kepenatan. Aku pun kemudiannya bergerak ke surau bersama sama rakan ku yang lain untuk mengambil wuduk dan menunaikan kewajipan kami sebagai umat islam. Habis bersembahyang zuhur, kami pun tiba di aturcara program yang terakhir iaitu sesi mengambil gambar kenangan bersama sama Mama serta wakil dari YPIN. Kami pun menyusun kedudukan masing masing supaya kelihatan cantik di dalam gambar. Kamera kamera yang dibawa pada hari tersebut yang aku kira kira agak banyak telah digunakan dengan sepenuhnya serta sebaik baik nya untuk sesi fotografi pada tengah hari tersebut.

Sesi fotografi pun berjalan lancar dengan gelak ketawa warga kelas ku dan pihak dari YPIN juga turut berasa senang dengan telatah kami semasa sesi tersebut berlangsung. Sesudah selesai sesi terakhir tersebut, kami pun memohon kebenaran untuk pulang, sebelum pulang, kami sempat menyediakan serta memberikan sedikit cenderahati sebagai tanda kenang kenangan untuk diberikan kepada pihak YPIN dengan diwakili oleh Mama. Selepas upacara penyampaian cenderahati, kami pun beransur untuk pulang menaiki bas yang telah pun menunggu kami di luar rumah untuk membawa kami pulang ke Shah Alam. Dengan langkah yang longlai serta kepenatan kami pun melambai lambai ke luar tingkap mengucapkan selamat tinggal kepada rumah anak yatim berkenaan sejurus bas yang kami naiki bergerak.

Ternyata lawatan pada kali ini bersama sama dengan Mama telah membawa seribu satu makna dan rasa kepada seluruh rakan rakan kelas ku termasuklah aku sendiri. Perasaan ku sudah cukup bercampur baur dengan perasaan gembira, sedih, kepenatan, teruja dan macam macam lagi. Memang tidak dapat aku gambarkan dengan kata kata. Tetapi yang nyata aku telah membuat satu kerja amal walaupun agak sedikit kepenatan, itu perkara biasa. Aku hanya duduk di kerusi bas bertemankan hawa dingin yang cukup sejuk dan nyaman. Suasana dalam bas yang ingin pulang ke Shah Alam agak sunyi dan sepi berbanding sewaktu perjalanan pergi sebelum ini. Mungkin semua sudah tertidur akibat keletihan.sedang asyik melemparkan pandangan ku ke luar jendela bas, tanpa disedari aku pun turut terlena sehinggalah bas tersebut tiba di perhentian bas berhadapan fakulti ku kembali di UiTM Shah Alam pada jam 3 petang.

Monday, November 2, 2009

Majlis Pelancaran Pameran Filem Bangsawan & Lagenda 2009

Tanggal 31 Oktober 2009 (Sabtu)

Satu majlis Pelancaran pameran Filem Bangsawan & Lagenda 2009 telah diadakan di Galeri Perfileman FINAS, Kuala Lumpur pada 31 Oktober 2009 (Sabtu). Majlis yang bermula jam 11.30 pagi itu telah dirasmikan Yang Berbahagia Pengerusi FINAS Dato’ Wong Kam Hoong dengan simbolik paluan gong sebanyak 3 kali. Antara artis veteran yang sempat hadir pada majlis pelancaran tersebut ialah Senator Tan Sri Jins Shamsudin, Dato’ Mustapha Maarof, Dato’ Sarimah serta seniman dan seniwati yg lain seperti Mariani, Kuswadinata, Rosnani serta Jamil Sulong. Selesai makan tengahari, para tetamu dihidangkan persembahan – persembahan tarian daripada lagu Filem Melayu Klasik, lagu iringan Band Muzik serta penyampaian bercerita Kisah Lagenda. Para tetamu kemudiannya diberikan peluang untuk beramah dan bergambar bersama sama Bintang Filem Melayu Klasik yang hadir serta dibawa melawat di sekitar Galeri Perfileman FINAS untuk melihat sejarah dan perkembangan filem filem Melayu pada zaman dahulu sehingga ke hari ini. Selesai membuat lawatan di dalam bangunan, para tetamu dibawa menonton Filem Melayu Klasik – “Indera Bangsawan” lakonan utama Senator Tan Sri Jins Shamsudin. Tayangan filem itu mengakhiri majlis yang tamat sekitar jam 5.30 petang sebelum para tetamu bersurai.

Sekalung tahniah diucapkan kepada FINAS yang telah berjaya menganjurkan majlis seumpama ini. Pameran seperti ini dapat memumpuk semangat cintakan filem filem Melayu dengan lebih dalam lagi disamping dapat mengenali dan mendalami budaya serta sejarah perfileman filem Melayu dengan lebih terperinci terutamanya buat generasi muda seperti para pelajar universiti.

KOLEKSI GAMBAR SEMASA MAJLIS BERLANGSUNG..



Tayangan Perdana Filem “KALUT” dan “ALONG & KAK LONG” Oleh Pelajar Fakulti Teknologi Kreatif dan Artistik (TEKA)

Tanggal 30 Oktober 2009 (Jumaat)

Satu tayangan perdana atau pratonton filem “Kalut” dan “Along & Kak Long” anjuran dan terbitan para pelajar Fakulti Teknologi Kreatif dan Artistik (TEKA) UiTM telah diadakan di Dewan iLQAM, Fakulti Pengurusan Perniagaan, UiTM Shah Alam. Majlis ini yang bermula pd jam 8.00 malam ini telah dihadiri oleh Dekan Fakulti Teknologi Kreatif & Artistik sendiri, Prof. Dr. Hatta Azad Khan serta Ahmad Puad Onah,wakil Grand Brilliance Sdn. Bhd. 

Tayangan pada malam tersebut dimulakan dengan tayangan filem Along & Kak Long arahan Hisyamudin Ahmad serta penerbitnya Fishah yang mengisahkan tentang peniaga nasi lemak kukus yang senang dengan gelaran Kak Long (Mislina Mustafa) terpaksa berurusan dengan seorang peminjam wang haram atau Along (Azim Sharim) yang sering berkunjung ke gerainya akibat perbuatan suaminya..saksikan sendiri bagaimana Kak Long menguruskan Along tersebut..tayangan filem seterusnya ialah filem “Kalut” arahan Faliq Sharif yang diadaptasikan daripada teater “Run For Your Wife” (Ray Cooney) serta penerbitnya Fariz yang mengisahkan Selamat (Azhar Zainal), seorang pemandu teksi di Kuala Lumpur. Selamat mempunyai dua orang isteri iaitu Bibi (Ameera Ramlee) dan Mimi (Fazleena Hishamuddin). Mereka berdua tidak mengetahui akan mereka telah dimadukan oleh Selamat. Bagi mengaburi mata kedua-dua isterinya itu, Selamat bekerja sebagai pemandu teksi dan pada tiap-tiap hari dan waktu Selamat mempunyai “kod rahsia” yang akan memastikan Selamat tiba pada waktu yang tepat ke rumah Bibi dan Mimi. Kekalutan berlaku apabila Bibi dan Mimi membuat laporan akan “kehilangan” Selamat apabila Selamat tidak pulang ke rumah kedua-dua isterinya mengikut jadual yang telah ditetapkan. Kekalutan itu dapat diselesaikan dengan wujudnya watak “Mimi 2” yang menyelamatkan Selamat dan rumah tangganya dari bercerai. Tayangan filem yang berakhir sekitar jam 11 malam tersebut diakhiri dengan sesi soal jawab dan beramah mesra serta bergambar bersama krew filem “Kalut” dan “Along & Kak Long”..

Sekalung ucapan tahniah diucapkan kepada para pelajar Fakulti Teknologi Kreatif dan Artistik (TEKA) UiTM kerana telah berjaya menghasilkan dua buah filem yang menarik untuk ditonton. Sebagai permulaan, filem seumpama ini dilihat berpotensi untuk diluaskan lagi tontonannya kepada audiens yang lebih besar disamping dapat meningkatkan kualiti penerbitan filem tempatan dalam melahirkan generasi baru bidang perfileman yang berbakat besar serta berkualiti tinggi..

Barisan krew filem "Kalut" dan "Along & Kak Long" yang sempat hadir..


Bersama penerbit filem "Kalut", saudara Fariz..


Sedutan dari filem "Kalut" (atas) dan "Along & Kak Long" (bawah)


Berada di Dewan iLQAM dimana tayangan perdana diadakan..


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...