Monday, November 2, 2009

Majlis Pelancaran Pameran Filem Bangsawan & Lagenda 2009

Tanggal 31 Oktober 2009 (Sabtu)

Satu majlis Pelancaran pameran Filem Bangsawan & Lagenda 2009 telah diadakan di Galeri Perfileman FINAS, Kuala Lumpur pada 31 Oktober 2009 (Sabtu). Majlis yang bermula jam 11.30 pagi itu telah dirasmikan Yang Berbahagia Pengerusi FINAS Dato’ Wong Kam Hoong dengan simbolik paluan gong sebanyak 3 kali. Antara artis veteran yang sempat hadir pada majlis pelancaran tersebut ialah Senator Tan Sri Jins Shamsudin, Dato’ Mustapha Maarof, Dato’ Sarimah serta seniman dan seniwati yg lain seperti Mariani, Kuswadinata, Rosnani serta Jamil Sulong. Selesai makan tengahari, para tetamu dihidangkan persembahan – persembahan tarian daripada lagu Filem Melayu Klasik, lagu iringan Band Muzik serta penyampaian bercerita Kisah Lagenda. Para tetamu kemudiannya diberikan peluang untuk beramah dan bergambar bersama sama Bintang Filem Melayu Klasik yang hadir serta dibawa melawat di sekitar Galeri Perfileman FINAS untuk melihat sejarah dan perkembangan filem filem Melayu pada zaman dahulu sehingga ke hari ini. Selesai membuat lawatan di dalam bangunan, para tetamu dibawa menonton Filem Melayu Klasik – “Indera Bangsawan” lakonan utama Senator Tan Sri Jins Shamsudin. Tayangan filem itu mengakhiri majlis yang tamat sekitar jam 5.30 petang sebelum para tetamu bersurai.

Sekalung tahniah diucapkan kepada FINAS yang telah berjaya menganjurkan majlis seumpama ini. Pameran seperti ini dapat memumpuk semangat cintakan filem filem Melayu dengan lebih dalam lagi disamping dapat mengenali dan mendalami budaya serta sejarah perfileman filem Melayu dengan lebih terperinci terutamanya buat generasi muda seperti para pelajar universiti.

KOLEKSI GAMBAR SEMASA MAJLIS BERLANGSUNG..



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Daisypath Happy Birthday tickers