Sunday, July 31, 2011

Salam Ramadan Al - Mubarak + Bulan Kemerdekaan Malaysia 2011


Salam Ramadan Al - Mubarak Azam ucapkan kepada umat islam di seluruh dunia khususnya buat pengunjung "Official Blog Azam Reddy - KeAZAMan Ditingkatkan Harapan Direalisasikan" ni..semoga segala amalan baik kita di bulan yang mulia ini diberkati oleh Allah SWT selalu..buat pengetahuan semua juga kita rakyat Malaysia pada tahun ini turut menyambut bulan kemerdekaan negara kita serentak pada bulan ramadan, makanya Azam ingin juga mengucapkan selamat menyambut bulan kemerdekaan negara kita..semoga kita menjadi warganegara yang berguna kepada agama, bangsa dan negara..Insyaallah...

"Salam ramadan al - mubarak tanda ingatan,
Buat kita semua umat islam sekalian,
Perbanyak kebaikan tambahkan amalan,
Supaya ramadan membawa keberkatan"

Sampai di sini saja Azam memberikan ucapan menyambut ketibaan bulan mulia ramadan dan bulan kemerdekaan negara kita ini..harap pembaca semua dapatlah berpuasa penuh ye...hehe..janji hepi..weeeeeee~

Thursday, July 28, 2011

Malaysia Putih Mata Di Gelanggang Sendiri


KUALA LUMPUR - Malaysia terpaksa menunggu empat tahun lagi untuk beraksi semula di peringkat kelayakan Piala Dunia apabila ditunjukkan jalan keluar oleh Singapura pada perlawanan timbal balik pusingan kedua kelayakan Piala Dunia 2014, semalam

Stadium Nasional Bukit Jalil dan 90,000 penyokong Harimau Malaya menjadi saksi detik kejatuhan Harimau Malaya apabila sekadar mencatat keputusan seri 1-1 untuk membawa kepada kekalahan agregat 6-4.

Jaringan Safee Sali pada minit ke-57 tidak mampu untuk meningkatkan semangat rakan-rakannya yang lain apabila Singapura berjaya menjaringkan gol penyamaan 13 minit kemudian melalui Shi Jiayi.

Aksi sederhana pada separuh masa pertama boleh menjadi punca utama skuad negara gagal untuk menyaingi Singapura, di tambah dengan ketiadaan pemain perancang dan ketua pasukan, Safiq Rahim.

Safiq digantung perlawanan apabila menerima kad merah pada perlawanan pertama di Stadium Jalan Besar yang menyaksikan Malaysia tewas 3-5.

Duit Syiling Baharu Malaysia Mulai 1 Januari


KUALA LUMPUR 25 Julai - Selepas 20 tahun, Bank Negara Malaysia (BNM) akan memperkenalkan siri ketiga duit syiling Malaysia yang akan berada dalam edaran pada 1 Januari 2012.

Siri ketiga duit syiling tersebut adalah bagi denominasi 5 sen, 10 sen, 20 sen dan 50 sen.

Gabenor BNM, Tan Sri Zeti Akhtar Abdul Aziz berkata, duit syiling tersebut akan menggantikan duit syiling sedia ada dan ia adalah lebih kecil dan ringan untuk memudahkan orang menggunakannya.

''Duit syiling baharu ini dibuat dengan menggunakan kemajuan terkini dalam teknologi pembuatan duit syiling dengan memasukkan ciri-ciri keselamatan lebih baik bagi mengelakkan pemalsuan.

''Sementara itu, duit syiling sedia ada akan dikeluarkan dari pasaran secara beransur-ansur bagi memudahkan semua pihak termasuk vendor dan mereka yang menguruskan mata wang.

''Vendor yang mengendalikan mesin wang tunai akan diberikan tempoh selama enam bulan untuk mengubah suai mesin mereka bagi memudahkan penggunaan duit syiling baharu itu,'' katanya.

Tuesday, July 26, 2011

Tangisan Akibat Pemergian Si Kecil Di Subuh Hari

Berada di sebelah paling kiri sekali..itulah si kecil yang disayangi...


Kini tiada lagi keletah si kecil itu ketika di dalam sangkar atau di dalam bakul yang menjadi tempatnya menyusu dan bermain bersama adik beradiknya yang lain..perasaan Azam paling tidak dapat dikawal ketika dia sudah nazak dan tidak boleh bergerak banyak..Azam berada disampingnya sambil berdoa sepanjang malam...menemani tubuh yang lemah longlai itu...membalutinya dengan sapu tangan kecil juga agar tidak diserang dingin malam...namun apakan daya Tuhan lebih menyayangi makhluk mulia ciptaan-Nya...pemergiaannya diredhai..semoga kasih sayang kami sekeluarga curahkan terhadap si kecil selama ini diakhiri oleh doanya yang mengiringi pemergiannya sentiasa..Insyaallah...

Dengan tangisan yang teresak - esak Azam menulis entri pada kali ini...ini kali kedua Azam mengeluarkan air mata kerana seekor kucing, dahulu Azam pernah kehilangan seekor kucing yang disayangi...Azam sangat sebak, sedih, emosi apabila mengenangkan apa yang terjadi kepada anak kucing itu..masih kecil..usia sepertinya patut bergerak lincah bersama - sama adik beradiknya yang lain..namun dia tidak sekuat yang lainnya..dia yang paling kecil berbanding yang lain, kurus sekali...dia telah pergi meninggalkan Azam dan yang lain - lain pada waktu Subuh dia tidak lagi bernyawa..dengan hati yag penuh ditahan dengan kesedihan yang teramat sangat..Azam membungkusnya menggunakan kain sapu tangan yang kepunyaan Azam yang dijumpai di dalam almari baju lalu Azam balut tubuh kecilnya dengan kain berwarna merah hati itu..membelainya buat kali terakhir sebelum tubuh anak kucing kecil yang sudah keras terbujur kaku itu Azam masukkan ke dalam lubang yang sudah Azam gali di bawah pohon mangga di hadapan rumah Azam..perasaan sedih hanya ditahan sekuatnya sebelum tanah itu digambus semula...

Perjalanan hidup harus diteruskan..setiap yang bernyawa pasti akan pergi meninggalkan kita..masa, detik dan waktunya sudah ditentukan oleh Allah SWT..hanya tinggal bersedia menghadapi hakikat dan realiti kehidupan itu ataupun tidak..sekian..wassalam...

Amy Winehouse Dikebumikan - Ditemui Mati Di Rumahnya



LONDON: Majlis pengebumian penyanyi pop, Amy Winehouse, yang ditemui mati di rumahnya di London, akan berlangsung hari ini dan terhad kepada ahli keluarga terdekat serta teman rapat Winehouse, kata jurucakap keluarga itu. 

Mayat Winehouse diserahkan kepada ahli keluarganya selepas hasil bedah siasat gagal mengetahui punca sebenar kematian.Penyanyi berusia 27 tahun itu akan dikebumikan mengikut tradisi yahudi.

"Pengebumian akan berlangsung hari ini dan hanya terbuka kepada ahli keluarga dan teman rapat," kata jurucakap itu. - AFP


P/S : Macam - macam cerita dan kisah yang Azam dengar mengenai kematian Amy Winehouse yang popular dengan lagu "Rehab" ni dan besar kemungkinan katanya punca kematian adalah disebabkan dadah yang diambil olehnya secara tidak terkawal..errrmmm...entah laa..dadah seperti yang kita sedia maklum jika diambil dengan tiada kawalan memang akan membawa maut dan memudaratkan..lainlah bagi tujuan perubatan kan..pelik...weeeeeeeeeee~

Tarikh Melihat Anak Bulan Ramadan


KUALA LUMPUR: Tarikh melihat anak bulan bagi menentukan permulaan puasa bagi umat Islam di seluruh Malaysia ialah pada petang Ahad ini, 31 Julai bersamaan 29 Syaaban 1432 Hijrah. 

Menurut kenyataan Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia, tempat melihat anak bulan adalah Pontian Kecil di Johor; Kompleks Falak Al-Khawarizmi, Tanjung Bidara (Melaka); Teluk Kemang (Negeri Sembilan); Bukit Melawati (Selangor); Pulau Angsa (Selangor); Bukit Jugra (Selangor), Balai Cerap Selangor, Sabak Bernam (Selangor); Pantai Pasir Panjang (Perak); Pusat Falak Sheikh Tahir, Pantai Aceh (Pulau Pinang); Kampung Pulau Sayak, Kuala Muda (Kedah); Pemandangan Indah, Pulau Langkawi (Kedah); Menara Alor Setar (Kedah).

Selain itu, Bukit Besar, Kuala Terengganu (Terengganu); Bukit Kemuning, Kemaman (Terengganu); Pulau Perhentian (Terengganu); Balai Cerap KUSZA, Setiu (Terengganu), Bukit Peraksi, Pasir Puteh (Kelantan); Bukit Kampung Tembeling, Kuala Krai (Kelantan); Menara Bangunan SEDC, Kota Bharu (Kelantan).

Lokasi lain adalah Tanjung Lubang, Miri (Sarawak); Teluk Bandung, Kuching (Sarawak), Tanjung Batu, Bintulu (Sarawak); Balai Cerap Al-Biruni, Putatan, Sabah; Bukit Tanjung Batu, Nenasi (Pahang); Gunung Berincang, Cameron Highlands (Pahang); Bukit Pelindong, Kuantan (Pahang). 

Selain itu, tempat melihat anak bulan turut meliputi Menara Universiti Malaysia Sabah (Labuan); Menara Kuala Lumpur (Kuala Lumpur); Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya, dan Kuala Sungai Baru, Simpang Empat (Perlis). 

Majlis Raja-Raja mempersetujui bahawa cara menetapkan tarikh permulaan puasa adalah berdasarkan Rukyah dan Hisab, dan pengisytiharan tarikh permulaan puasa akan dibuat oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia melalui radio dan televisyen pada malam itu juga. - BERNAMA 


P/S : Menunggu pengumuman dari Penyimpan Mohor Besar Raja - Raja Malaysia mengeluarkan ayat yakni tarikh permulaan puasa bagi umat Islam...pastinya detik itu akan dinantikan dengan penuh semangat oleh seluruh umat Islam bukan sahaja di Malaysia malahan di seluruh dunia...Salam Ramadan Al - Mubarak semua pembaca blog Azam Reddy...weeeeeeeeeeee~

Monday, July 25, 2011

Thailand Tiada Tandingan - Kuasai ISTAF 2011


Sapu bersih juara regu lelaki, wanita Piala Dunia ISTAF

THAILAND ternyata masih bukan tandingan buat Malaysia apabila negara Gajah Putih itu membenam regu lelaki kebangsaan 3-0 dalam aksi final Piala Dunia Persekutuan Sepak Takraw Antarabangsa (ISTAF) di Stadium Titiwangsa, semalam. 

Skuad wanita Thailand turut cemerlang untuk memberikan kejuaraan berganda selepas menundukkan Vietnam 3-0.
Biarpun beraksi di hadapan penyokong tempatan, skuad negara kelihatan hilang fokus dan kerap kali melakukan kesilapan terutama dalam melakukan servis yang membuahkan mata percuma kepada pihak lawan pada set pertama dan kedua.

Singapura Gah Di Tempat Sendiri Menentang Malaysia 5 - 3


“JURANG dua gol bukan terlalu sukar dan saya yakin skuad negara mampu bangkit dan mara ke pusingan ketiga kelayakan Piala Dunia 2014,” kata jurulatih Negeri Sembilan, Mohd Azraai Khor Abdullah mengenai peluang skuad negara dalam perlawanan timbal balik di Stadium Nasional Bukit Jalil, Khamis ini. 

Bekas jurulatih skuad Harimau Muda A itu berkata, kekalahan 5-3 kepada Singapura di Stadium Jalan Besar kelmarin, mampu ditebus sekiranya Harimau Malaya kembali mengamalkan corak permainan sebenar dan memperbaiki segala kelemahan, terutama barisan benteng yang masih goyah.

Chelsea Tabik Malaysia - Menang Hanya Dengan Satu Gol Kontroversi



KUALA LUMPUR - Chelsea perlu tabik kepada skuad Pilihan Malaysia apabila status gah mereka selaku naib juara Liga Perdana Inggeris musim lalu sekadar menyaksikan mereka menang 1-0 pada aksi persahabatan di Stadium Nasional Bukit Jalil, semalam.

Skuad Blues hanya menang hasil jaringan kontroversi Didier Drogba, apabila penjaga garisan, M. Sivanesan membenarkan jaringan hasil sepakan percuma penyerang sensasi Chelsea itu pada minit ke-78.

Bola sepakan Drogba yang dilakukan dari jarak 20 meter, jelas belum melepasi garisan gol selepas terkena palang dan melantun semula kembali ke arah penjaga gol, Mohd. Izham Tarmizi namun Sivanesan mengangkat bendera bagi mengesahkan jaringan tersebut.

Liverpool Pesta Gol 6 - 3 Menentang Malaysia

        

KUALA LUMPUR - Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah menegur kelalaian barisan pertahanan skuad Harimau Malaya, sehingga dibolosi enam gol ketika aksi persahabatan dengan Liverpool, Sabtu lalu.Menurutnya, beliau tidak gembira dengan bahagian pertahanan skuad Datuk K. Rajagobal apabila kalah 3-6 Sabtu lalu, setelah tewas 0-4 kepada Arsenal sebelum itu, sebaliknya memuji rangkaian serangan yang menunjukkan peningkatan.

"Saya tidak beberapa gembira selepas kita tewas dengan Arsenal, kemudian pada perlawanan menentang Liverpool ada sedikit peningkatan melalui rangkaian serangan.

MM SARAH Juara Mari Menari 2!




Isnin, 18hb Julai 2011 - Satu lagi pasangan telah mencipta sejarah apabila dinobatkan sebagai juara Mari Menari Musim Ke-2. Pasangan MM SARAH yang terdiri daripada Sarah Diana Michele Durai dan adiknya Shazrul Hudson Ashley Durai telah menewaskan pencabar terdekat mereka, pasangan MM NITA. Pasangan adik-beradik yang berasal dari Sabah ini memenangi hadiah wang tunai bernilai RM150,000 ringgit beserta trofi dan hadiah penginapan 4 hari 3 malam di Hard Rock Hotel, Bali, Indonesia bersama Kapten dan Koreografer. 

Saturday, July 16, 2011

Selamat Ulangtahun Kelahiran - Ibu & Fatin



P/S : Agak terlambat gak actually nak post entri ni tapi selagi masih diberi kesempatan nak juga post..khas untuk ibu Azam yang tercinta, Rosilawati Bt Rosli yang menyambut ulangtahun beliau pada 13/07 yang lalu dan adik perempuan Azam, Nur Fatin Syamimi yang menyambut ulangtahun pada 07/07 yang lalu..yang ke berapa?? biarlah rahsia..hehe..semoga mereka terus panjang umur dan dimurahkan rezeki selalu...Amin...Azam belum sempat memberikan mereka hadiah..hanya mampu belanja mereka makan Pizza Hut saja...weeeeeeeee~

Friday, July 15, 2011

APM 2011 - Penguasaan Sedekad Dato' Siti Nurhaliza

Anugerah Planet Muzik (APM) 2011 baru melabuhkan tirainya sebentar tadi. Untuk edisi ke-10 APM, Singapura dipilih menjadi tuan rumah dengan Max Pavillion Singapore Expo sebagai lokasi majlis.

Acara yang mengambil masa hampir 3 jam ini melihat Hady Mirza dan Hafiz muncul sebagai pemenang anugerah paling banyak, apabila masing-masing membawa pulang tiga dan dua anugerah.

Selain dinobatkan Artis Singapura Paling Popular, Hady juga menjulang trofi untuk kategori Lagu Singapura Paling Popular dan Lagu Serantau Paling Popular buat lagu "Angkasa".

Bersandarkan kekuatan "Awan Nano", Hafiz membawa pulang anugerah Lagu Terbaik dan Lagu Terbaik Malaysia.

Thursday, July 14, 2011

Transformers 3 Dark of the Moon - Cubaan Yang Memuaskan


Beberapa tahun selepas perang robot di Mesir, geng-geng Autobot terkejut apabila mendapati kapal yang membawa teknologi dari Cybertron (planet asal mereka) sebenarnya telah ditemui oleh manusia ketika mereka pertama kali menjejak kaki ke bulan. Menurut Optimus, kapal itu adalah harapan mereka kerana ia mempunyai teknologi yang mampu mengalahkan Decepticon yang jauh lebih ramai itu. Lantas mereka pergi ke bulan dan di dalam kapal tersebut mereka telah menghidupkan semula kuasa Sentinel Prime (pemimpin agung Autobot sebelum Optimus).

Membawa Sentinel Prime ke bumi dengan harapan Autobot akan menjadi lebih kuat sebenarnya merupakan punca kepada konflik utama filem ini kerana sesuatu telah terjadi kepada Sentinel yang mengejutkan semua Autobot. Decepticon mempunyai rancangan untuk membawa planet Cybertron (tempat asal mereka) ke atmosfera bumi melalui teknologi 'teleport' dengan bantuan manusia. Lantas, Decepticon mengambil peluang ini untuk menakluk bumi dan ketika saat semuanya hampir musnah, seperti biasa Optimus selaku ‘peranan utama’ berjaya menyelesaikan konflik yang berlaku bersama rakannya yang lain. Dalam Transformers 3, terdapat beberapa karakter baru termasuk karakter jahat dalam bernama "Shockwave". Karakter tersebut sudah lama digunakan dalam Transformers yang mana ia merupakan pemimpin Cybertron apabila Autobots melawan Decepticons di angkasa. Ingin tahu lebih lanjut, saksikan di pawagam berhampiran anda... 

Arsenal Benam Harimau Malaya 4 - 0


KUALA LUMPUR - Belum terlambat buat Harimau Malaya mencari kesilapan setelah dibelasah 0-4 oleh kelab gergasi Liga Perdana England, Arsenal di Stadium Nasional Bukit Jalil, semalam.

Memang benar kekalahan yang dialami oleh pasukan negara bukan satu perkara yang mengejutkan, namun apa lebih mustahak, perlawanan 90 minit yang dilalui skuad negara berdepan pemain-pemain berkelas dunia ternyata menjadi bekalan berguna bagi menghadapi Singapura pada pusingan kedua kelayakan Piala Dunia 2014.

Corak permainan pantas dan hantaran tepat, dua elemen penting yang boleh dipelajari oleh anak-anak buah Datuk K. Rajagobal daripada Arsenal.

Al-Hijab - Filem Seram Taruhan Terbaru Pierre Andre



Sinopsis: Rafael merupakan seorang pelakon yang tidak mempercayai kewujudan hantu. Suatu hari dia ditawarkan watak utama untuk membintangi sebuah filem seram. Dia yang terkejut dengan tawaran tersebut sangat teruja dan berusaha untuk menjiwai peranannya sebaik mungkin. Malangnya Rafael tidak berjaya memperolehi perasaan takut yang dapat memuaskan hatinya. Puas dia berkunjung ke tempat-tempat yang dikatakan berhantu tetapi tidak pernah melihat kelibat makhluk itu. Teman wanita Rafael, Qiss yang pelik dengan Rafael itu mengadu perkara tersebut kepada ibunya. Ibu Qiss kemudiannya memberitahu Rafael mengenai apa itu hijab. Rafael berpeluang untuk melihat makhlus halus jika hijabnya dibuka. Namun, hanya orang tertentu saja mampu membuka hijab tersebut. Rafael yang semakin buntu mencari seseorang yang boleh membuka hijabnya akhirnya menerima mesej aneh yang mengarahkan dia untuk pergi ke suatu tempat. Hanya di tempat tersebut hijabnya akan dapat dibuka. Sejurus sampai di tempat yang dikatakan, Rafael disambut oleh seorang makcik tua bersama anak perempuannya. Rafael hairan bagaimana makcik tua itu mengetahui hajatnya untuk membuka hijabnya. Rafael dibawa ke suatu tempat di ceruk hutan. Di situ makcik tua tersebut mula membuka hijab Rafael. Dari pandangan yang kabur, perlahan demi perlahan akhirnya Rafael dapat melihat sesuatu yang menggerunkan. Dia berasa cukup gembira berbaur takut. Rafael meminta masa sehari untuk dia menggunakan ‘kelebihan’ yang ada pada dirinya itu untuk tujuan menjiwai watak lakonannya. Pulang kembali ke rumahnya, Rafael tidak menyedari ada ‘sesuatu’ turut menumpangnya pulang. Mula berasa tidak selesa, Rafael cuba untuk tidur namun gagal. Ada saja benda yang seperti mengganggunya. Setelah hampir 24 jam hijabnya dibuka, Rafael kembali ke rumah makcik tua tersebut untuk menutup kembali hijabnya. Berjayakah hijab Rafael ditutup semula atau dia terpaksa meneruskan hidupnya dengan ‘anugerah’ itu?




P/S : Filem seram Al - Hijab ni agak menarik untuk ditonton jika dilihat dari segi trailer yang dipromosikan kepada khalayak semasa Malam Gala SimplySiti di UiTM yang lalu..kira mampu membangkitkan seram sejuk penonton juga la..ada yang sampai terkejut katanya..hehe...jadi sama - sama kita menonton filem ini di pawagam berhampiran anda!! weeeeeeee~


Sunday, July 10, 2011

Malam Gala SimplySiti UiTM - Siti Lanjut Pelajaran di UiTM




SHAH ALAM – Penyanyi tersohor negara Datuk Siti Nurhaliza Tarudin bakal mengikuti pengajian di Universiti Teknologi Mara (UiTM) di sini tidak lama lagi.


Meskipun mengambil keputusan meneruskan kerjaya sebagai penyanyi selepas tamat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), beliau berkata cita-cita melanjutkan pengajian ke peringkat lebih tinggi tidak pernah padam sejak lebih 10 tahun lepas.

Bidang muzik menjadi pilihan memandangkan ia seiring dengan kerjayanya sebagai penyanyi, dan beliau percaya UiTM merupakan tempat terbaik untuk menggenggam sekurang-kurangnya segulung diploma dalam bidang berkenaan.

“Siti sedang berbincang dengan pihak UiTM, dan insya-Allah sekiranya semuanya berjalan lancar, Siti akan meneruskan pengajian seperti yang dirancang,” katanya pada sidang akhbar selepas mengadakan persembahan pada Malam Gala dan Karnival SimplySiti.

Perkara itu turut disahkan Naib Canselor UiTM Profesor Datuk Dr Sahol Hamid Abu Bakar pada sidang akhbar berkenaan.

Dr Sahol Hamid berkata UiTM sedang berbincang mengenai perkara itu dan sedia menerima Siti Nurhaliza yang berhasrat menyambung pengajiannya.

Perhimpunan BERSIH Gagal Capai Target - KL Kembali Tenang



KUALA LUMPUR 10 Julai - Keadaan sekitar ibu negara kembali tenang dengan semua urusan harian orang ramai berjalan seperti biasa hari ini sejurus berakhirnya perhimpunan haram di sini, petang semalam. 

Perniagaan dan pengangkutan awam kembali beroperasi seperti biasa sejak pukul 5 petang semalam, bagaimanapun pihak polis masih meneruskan kawalan keselamatan di beberapa lokasi di ibu negara sebagai langkah berjaga-jaga bagi mengelakkan kejadian sama berulang. 

Pemangku Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Amar Singh Ishar Singh berkata, orang ramai termasuk pelancong dari dalam dan luar negara mula membanjiri pusat-pusat tumpuan di sekitar ibu negara tanpa rasa bimbang. 

"Tiada sekatan jalan raya hari ini selepas ia berakhir kira-kira pukul 7 petang semalam manakala semua perkhidmatan pengangkutan awam yang tergendala kira-kira tiga jam mula beroperasi pada pukul 5 petang semalam. 

"Penempatan anggota polis adalah sebagai tindakan susulan bagi memastikan keselamatan awam terus terjamin, ia adalah rutin biasa," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini. 

Semalam, langkah pencegahan awal yang diambil Polis Diraja Malaysia (PDRM) berjaya menggagalkan usaha penganjur Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) untuk berarak dan berhimpun secara haram di ibu negara. 

Langkah polis membuat sekatan jalan raya selain menutup laluan utama menuju ke Kuala Lumpur membolehkan keadaan di ibu negara terkawal meskipun peserta perhimpunan haram terus berdegil dengan cuba merempuh sekatan polis untuk meneruskan perarakan. 

Polis menahan seramai 1,697 orang yang menyertai perhimpunan haram itu termasuk pemimpin kanan parti pembangkang, penganjur Bersih, Datuk S. Ambiga dan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin. 

Sumber : Utusan Online

P/S : Alhamdulillah tiada kemalangan jiwa yang serius dilaporkan..Azam naik risau juga dengan isu Perhimpunan Bersih ni..takut akan menganggu gugat keselamatan dan keharmonian negara kita..imej negara pasti akan terjejas..dari target Bersih nak capai seramai 300,000 orang berhimpun, hanya 6,000 orang sahaja yang menyertainya..weeeeeee~ 


UiTM Pertahan Status - Selaku Juara Piala Menteri Pengajian Tinggi 2011



SKUAD UiTM dinobatkan selaku juara Piala Menteri Pengajian Tinggi 2011 di Stadium UiTM, Shah Alam malam tadi.
UNIVERSITI Teknologi Mara (UiTM) berjaya mempertahankan kejuaraan setelah menewaskan Kolej Komuniti Kedah menerusi sepakan penalti 5-4 pada aksi final kejohanan bola sepak Piala Menteri Pengajian Tinggi 2011 di Stadium UiTM, Shah Alam malam tadi.

Perlawanan penuh dramatik itu berkesudahan dengan kedua-dua pasukan terikat tanpa jaringan pada 90 minit masa sebenar disusuli 30 minit masa tambahan.

Pada penentuan sepakan penalti, kedua-dua pasukan terpaksa mengambil sehingga tujuh sepakan.

Sepakan pertama UiTM menerusi Hidayat Kamaruddin terkena palang manakala sepakan keenam oleh Amiridzwan Taj diselamatkan penjaga gol KK Kedah, Muhaimin Mohamad.

Tuesday, July 5, 2011

Seminar Memperkasakan Generasi Muda (SMGM) di UiTM Shah Alam - Coretan Seorang Mentor



Pasti ramai yang tertanya - tanya apakah Seminar Memperkasakan Generasi Muda ini??tiba - tiba ada dalam entri blog Azam Reddy pada kali ini..huhu..jangan terkejut..Azam sebenarnya sedang mengikuti program ini selama lebih kurang 1 minggu di UiTM Shah Alam..maknanya Azam berkampung kembali di Shah Alam setelah bertapa sekian lama tanpa berbuat apa - apa di Seremban...Ringkasannya program ini umpama program Mentor - Mentee..kita sebagai Mentor membantu dan membimbing pelajar - pelajar dari sekolah menengah yang bakal menduduki SPM atau STPM merasai kehidupan di dunia kampus..jika sebelum ini dilakukan di UPM dan UTHM, kali ini IPTA terbesar di Malaysia iaitu UiTM telah terpilih sebagai tuan rumah bagi sesi penganjuran kali ini...maklumat lebih lanjut baca sehingga habis entri kali ini ya..

Sunday, July 3, 2011

Syabas Skuad Kebangsaan Mara Bertemu Singapura!!


K. Rajagobal mendakap Aidil Zafuan Abd. Razak yang berjaya menjaringkan gol pertama skuad negara pada pertemuan kedua pusingan pertama kelayakan Piala Dunia 2014 menentang Taiwan di Taipei, malam tadi. Malaysia tewas 2-3 tetapi terikat 4-4 secara agregat yang melayakkan Harimau Malaya ke pusingan kedua berdasarkan peraturan kelebihan gol di tempat lawan

KUALA LUMPUR - Malaysia mara ke pusingan kedua kelayakan Piala Dunia 2014 berdasarkan peraturan kelebihan gol di tempat lawan sekalipun tewas 2-3 kepada Taiwan, semalam.

Dengan agregat yang terikat 4-4, dua gol yang dijaringkan di Stadium Perbandaran Taipei sudah cukup untuk meletakkan skuad Harimau Malaya menempah pertemuan seterusnya dengan Singapura pada 23 Julai ini.

Anak-anak buah Datuk K. Rajagobal bakal menentang pasukan jiran di Singapura dalam aksi awal manakala perlawanan kedua dilangsungkan di Stadium Nasional Bukit Jalil, 28 Julai ini.

Perlawanan semalam, menyaksikan skuad senior kebangsaan tumpas buat pertama kali sejak menjuarai Piala Suzuki AFF pada tahun lalu.

Kekalahan itu wajar dijadikan satu pengajaran berguna buat barisan pemain Malaysia memandangkan lawan yang bakal mereka tentang selepas ini bukan calang-calang pasukan.

Ketika ditemu-ramah oleh Astro Arena, Rajagobal berkata, walaupun skuad kebangsaan berjaya ke pusingan kedua, namun, beliau masih tetap tidak berpuas terhadap persembahan yang dipamerkan anak-anak buahnya.

Tahniah Juara Imam Muda Musim 2 Hassan!!



KUALA LUMPUR: Mohd Hassan Adli Yahaya @ Yahuza (Hassan), 26, dinobatkan sebagai juara program pencarian Imam Muda musim kedua (IM2) selepas mengetepikan Nazrul Izwan Zolkiflee (Nazrul), 26, pada malam kemuncak yang berlangsung di Dewan Muktamar, Pusat Islam Jabatan Agama Islam Wilayah, di sini, Jumaat.

Menurut Mudir (Pengetua) Datuk Hassan Mahmood Al-Hafiz yang mengetuai penjurian dua finalis tersebut, Hassan dipilih sebagai pemenang berdasarkan prestasi yang konsisten dan sahsiah diri yang menyenangkan.

“Sebenarnya markah penilaian antara Hassan dan Nazrul tidak jauh berbeza. Cuma Hassan mempunyai kelebihan lima markah saja.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...