Monday, July 25, 2011

MM SARAH Juara Mari Menari 2!




Isnin, 18hb Julai 2011 - Satu lagi pasangan telah mencipta sejarah apabila dinobatkan sebagai juara Mari Menari Musim Ke-2. Pasangan MM SARAH yang terdiri daripada Sarah Diana Michele Durai dan adiknya Shazrul Hudson Ashley Durai telah menewaskan pencabar terdekat mereka, pasangan MM NITA. Pasangan adik-beradik yang berasal dari Sabah ini memenangi hadiah wang tunai bernilai RM150,000 ringgit beserta trofi dan hadiah penginapan 4 hari 3 malam di Hard Rock Hotel, Bali, Indonesia bersama Kapten dan Koreografer. 



Kemuncak Mari Menari yang disiarkan secara langsung melalui Astro Ria (104) dan Saluran HD (188) telah menyaksikan 2 finalis berentap merebut gelaran juara. Finalis MM SARAH dan MM NITA telah menewaskan 2 lagi pasangan dalam peringkat separuh akhir yang diadakan sehari sebelumnya. Walaupun MM FAIZ dan MM MIZI tidak berjaya ke peringkat akhir, mereka telah menerima trofi Mari Menari untuk tempat ketiga dan keempat.Dalam Separuh Akhir Mari Menari, 4 pasangan telah diberikan 2 tugasan menyampaikan persembahan bertemakan "Gelek 1001 Malam" dan "Broadway". Secara keseluruhannya persembahan 4 pasangan ini amat mengagumkan sehingga sukar untuk juri memberikan markah. Namun gabungan markah dan undian SMS penonton menentukan segalanya. Pasangan Faiz dan Mizi terpaksa meninggalkan Mari Menari dalam peringkat separuh akhir ini.

Berikut adalah markah keseluruhan dalam peringkat separuh akhir:

1. MM SARAH - 59
2. MM NITA - 56
3. MM MIZI - 49
4. MM FAIZ - 41

Dalam Kemuncak Mari Menari pula, 2 finalis ini diberikan 2 tugasan daripada tema yang pernah mereka lakukan sebelum ini iaitu Bollywood dan Latin. Kemudian, dalam pusingan terakhir, kedua-dua pasangan ini berentap di pentas yang sama menarikan 2 jenis tarian berbeza dengan iringan lagu yang sama. Lagu Mahaguru nyanyian KRU telah dipilih sebagai lagu iringan mereka. Ternyata satu cabaran yang sangat sukar untuk mereka.

Berikut adalah peratus undian selepas talian SMS ditutup.

1. MM SARAH - 56%
2. MM NITA - 44%




Tahniah diucapkan kepada pasangan MM SARAH atas kemenangan mereka merangkul gelaran Juara Mari Menari Musim Ke-2 mengikuti jejak Pasangan MM RAZIF yang menjadi Juara Mari Menari Musim Pertama.


Sumber : Astro


P/S : Tahniah diucapkan kepada pasangan Sarah...suka tengok gelagat mereka sangat mesra lebih dari ikatan adik beradik..bila masuk MM ni bertambah kemesraan mereka..dengarnya hadiah kemenangan itu nak buat kos bagi membawa ibu bapa mereka pergi mengerjakan umrah..Alhamdulillah jika begitu..teruskan perjuangan anda..Azam nak masuk MM tapi tiada pasangan..kene tunggu jodoh sampai la kot..weeeeeeeee~

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Daisypath Happy Birthday tickers