Monday, July 25, 2011

Liverpool Pesta Gol 6 - 3 Menentang Malaysia

        

KUALA LUMPUR - Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah menegur kelalaian barisan pertahanan skuad Harimau Malaya, sehingga dibolosi enam gol ketika aksi persahabatan dengan Liverpool, Sabtu lalu.Menurutnya, beliau tidak gembira dengan bahagian pertahanan skuad Datuk K. Rajagobal apabila kalah 3-6 Sabtu lalu, setelah tewas 0-4 kepada Arsenal sebelum itu, sebaliknya memuji rangkaian serangan yang menunjukkan peningkatan.

"Saya tidak beberapa gembira selepas kita tewas dengan Arsenal, kemudian pada perlawanan menentang Liverpool ada sedikit peningkatan melalui rangkaian serangan.


"Namun barisan pertahanan seperti terlupa bagaimana mahu bermain secara bertahan," katanya pada pelancaran Logo Ulang Tahun Ke-25 UFL di sini, semalam.


Jelasnya, pemain pertahanan perlu segera bangkit untuk perlawanan penting Sabtu ini dan Khamis minggu depan menentang Singapura dalam perlawanan kelayakan Piala Dunia 2014 pusingan kedua.

"Kita perlu mencari jalan terbaik untuk mempertingkatkan mutu rangkaian pertahanan tetapi sekurang-kurangnya kita boleh berasa lega dengan ketajaman barisan serangan selepas berjaya merobek gawang Liverpool Sabtu lalu melalui jaringan penyerang, Safee Sali dan ketua pasukan, Safiq Rahim.

"Saya juga berharap ketika bertemu Singapura Sabtu ini, pemain tengah mampu untuk menunjukkan permainan yang lebih kreatif untuk mencari jaringan sebagai bekalan bagi perlawanan timbal balik di Kuala Lumpur," katanya.

Katanya, semua pemain harus kekal fokus dan beliau yakin Rajagobal mempunyai ramuan tersendiri untuk mencatat keputusan terbaik seterusnya melangkah jauh dalam saingan kelayakan Piala Dunia 2014.

"Saya juga mengharapkan masalah kecederaan yang menghantui pemain skuad kebangsaan dapat diatasi dengan segera, bagi membolehkan kita membariskan skuad terkuat bertemu pasukan negara jiran ini," katanya.

Beliau juga mengharapkan skuad Olimpik mampu memberikan persembahan terbaik menentang Chelsea dalam satu lagi perlawanan persahabatan siri jelajah pra-musim kelab Liga Perdana England yang akan berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil Khamis ini.

"Saya harap pasukan bimbingan Ong Kim Swee mampu mempamerkan permainan terbaik dan menimba pengalaman sebanyak mungkin, mereka perlu bertindak bijak dalam membuat keputusan bila untuk bertahan dan bagaimana hendak menyerang.

"Chelsea memang lawan yang sukar malah kita juga tidak mengharapkan kejutan, tetapi saya tidak risau ini adalah masa untuk mereka belajar, mereka harus bersedia menjelang misi yang lebih besar September ini," katanya.

Skuad Olimpik akan menyambung misi kelayakan ke London 2012 September ini selepas diundi bersama pasukan gergasi Asia, Jepun selain Bahrain dan Syria dalam Kumpulan C.






Sumber : Utusan Malaysia Online

P/S : Nampak seolah - olah Liverpool berpesta gol di Bukit Jalil namun hakikatnya Malaysia bekerja keras bagi mengukuhkan kedudukan mereka..dan tugas itu nampak membara di tangan pemain seperti Safee Sali..pertahanan Malaysia harus diperkukuhkan lagi..apapun yang terjadi, Malaysia harus mengambil iktibar dari setiap perlawanan untuk menjadi lebih baik..weeeeeeee~

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Daisypath Happy Birthday tickers