Tuesday, September 25, 2012

Hero Remaja 2011/2012 - Platform Terbaik Julang Nama Bakat Baru Industri


Salam kembali...tuan tanah blog ni AR kembali lagi..hahaha..kali ni AR nk berkongsi cerita mengenai Pentas Akhir Pencarian Hero Remaja 2011/2012 (HR) yang berlanngsung di Dewan Wisma MCA di Jalan Ampang KL baru - baru ini...bertemakan "Super Hero dengan warna utama Merah Biru dan Putih"

AR hadir ke majlis tersebut dengan mengenakan pakaian sposor eh bukan..haha..sendirian berhad je mampu..takde designer nak taja..bukan artis kan..ok...AR hanya mengenakan baju kemeja berwarna merah jambu bersama blazer berwarna putih...(masa tu mmg terlupa dan tak tau langsung pasal tema,nasib ade kaler putih) AR hadir bersama kawan baik yang baru - baru juga AR berkenalan dengannya Shahzril Ahmad (beliau juga antara calon awal Hero Remaja 2012) bersama - sama rakannya yang lain..dengan tiket yang mampu dimiliki, kami pun masuk dan mengambil tempat duduk belakang kiri pentas..


Suasana hangat dengan penampilan barisan Hero Remaja 2011/2012 memperkenalkan diri mereka masing - masing..pengacara pada petang itu adalah Awal Ashaari (idola AR dlm pengacaraan tu)..AR hadir sebagai penyokong Azfar (bertambah gamat dengan sorakan penyokong - penyokong beliau yg sgt ramai dalam dewan itu) suasana tambah meriah dengan penampilan artis jemputan membuat persembahan seperti Awi Rafael, Kaka dan juga kumpulan VIP...daripada 22 orang peserta yang berentap pada petang itu, barisan juri antaranya terdiri daripada latar pensyarah, artis terkenal seperti Erra Fazira, Aznil Hj Nawawi...

Sesudah pemilihan Top 12 dan sesi IQ Test dijalankan, saat keputusan diumumkan oleh Awal, ternyata Azfar yang AR sokong tidak pulang dengan tangan kosong apabila beliau berjaya memenangi hati peminat dan pembaca majalah Remaja dengan membawa pulang anugerah "Hero Favourite" dan kategori "Hero Macho" dimenangi oleh Nazrief Nazri..bagi tiga hadiah utama bermula dengan tempat Ketiga disandang oleh Syarul Ridzwan, Kedua pelakon baru yang sedang menempa nama, Syafiq Kyle dan juara Hero Remaja pada kali ini jatuh kepada jejaka bernama Abdul Fattah disampaikan oleh bekas Hero Remaja 2007/2008 Kamal Adli..apa yang lebih membanggakan juara edisi kali ini adalah dari UiTM dan kebanyakan peserta kali ini pun khabarnya ramai dalam kalangan pelajar UiTM...tahniah!! hehe..lagi best dan kelakar bila Ariel Zafrel tegur AR tanya AR ni designer ke...haha...

Bersama Juara Hero Remaja (kanan) Abdul Fattah dan Naib Juara (kiri) Syafiq Kyle

Selesai sesi penyampaian hadiah, mereka kesemuanya ke sesi sidang media dan 'post-party' di tingkat 13..AR yang tidak ke 'post-party' hanya menunggu di luar kawasan dewan...setelah selesai kesemua finalis HR turun semula ke luar dewan utk sesi fotografi dan kesempatan itu AR gunakan sebaik mungkin utk mengambil gambar mereka...(koleksi gambar di bawah atau di facebook AR)..harapan AR untuk kesemua finalis supaya mereka akan terus berjuang menonjolkan lagi bakat mereka di dalam industri seni ini..platform sudah tersedia, yang tinggal hanya sedikit usaha keras daripada mereka selepas ini bagi menentukan masa depan mereka..apapun syabas buat kesemua 22 finalis HR pada kali ini...Insyaallah...



Bersama Hero Favourite (kiri) Azfar dan Hero Macho (kanan) Nazrief


Bersama salah satu Hero Remaja yang AR sokong, Jack Hafiz

P/S : Azfar mmg sempoi..terbaik...letak juga harapan pada Azfar dan seorang lagi Jack Hafiz untuk menang dan mendapat tempat dlm pertandingan at least...apapun mereka dah lakukan yang terbaik...proud of them!!weeeeee~ 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Daisypath Happy Birthday tickers