Thursday, September 27, 2012

MDS September 2012 - Kebahagiaan Dalam Perpisahan




waahh..entri kali ni macam tajuk lagu Shahir la pulak kan...hehe..AR kembali lagi menulis kali ni AR nak bercerita mengenai Minggu Destini Siswa (MDS) sesi September 2012 UiTM Shah Alam yang dahpun melabuhkan tirainya dengan selamat..fuh..perasaan lega tu memang tak terkira la tahapnya tapi perasaan sedih itu lebih lagi kerana ini merupakan MDS yang terakhir yg boleh AR join..ok mari kita bercerita daripada awal..bagi MDS kali ini, kami semua diberikan kursus terlebih dahulu (seperti biasa) akan tetapi yg buat kursus PMDS kali ni cukup istimewa kerana lokasi kursus yg cukup menarik iaitu di Pusat Latihan UiTM Kampung Gajah Perak..kedengaran macam tak best kan, kat kampung lak tu…akan tetapi sekali masuk biliknya pasti anda akan seronok…hehe…ok AR tak nak bercerita panjang mengenai kursus PMDS tu tapi yg pasti AR seronok bersama kawan – kawan Pemimpin Mahasiswa (PM) yg lama dan baru semasa musim raya ni kene korbankan cuti raya bersama keluarga…sobs sobs..haha…banyak gak la air mata yang tumpah di sana..ok tutup cerita kursus..

Sampai di UiTM Shah Alam, AR macam biasa lagi diletakkan di bawah Biro Program, Protokol dan Fasilitator (dah 8x pegang biro sama) di bawah kendalian Koordinator kami Kak Hanis Liyana dan ketua Azraful dan Hajar…huhu…macam tak bosan kan tapi mmg seronok bukan auta tapi fakta…rasa lagi dekat dengan Pelajar Baru (PB) kot…hehe..tapi kan agak terkejut sebab tak pernah sangka dan mintak pun utk jaga Kolej Perindu…hahaha..alih – alih boleh dicampakkan ke sana sebab AR mintak utk jaga Kolej Meranti (pulak ada junior Masscomm kat situ)..tapi apapun keputusan redha je pasti ada hikmahnya kan utk MDS terakhir kali ni ambik pengalaman kat tempat baru lak..huhu..AR diletakkan di bawah selian pengarah Kolej Perindu iaitu saudara Eric Jawan, abg EC FSR kite..hehe….suasana di Perindu agak baik..harmoni la senang cerita..waaahh..hahaha…

Then bermula la MDS hari pertama, semakin ramai PB yang hadir mendaftar dan AR ditempatkan di kaunter hebahan atau DJ so tugasannya apa lagi tak lain dan tak bukan menyampaikan pengumuman, hebahan maklumat, mainkan lagu raya (masa tu mood raya lg) mcm seorang DJ…tapi dlm keadaan terkawal la sebab tak boleh ckp sebarangan..pulak tu Perindu menerima kunjungan daripada Naib Canselor UiTM, Dato’ Prof. Ir. Dr. Sahol Hamid Abu Bakar…huhu..keadaan masa tu hanya tuhan yang tau, dengan panas terik matahari di atas kepala, walaupun stage kat Dataran Perindu tu berbumbung dan berkipas tapi terasa bahangnya makin ditiup – tiup oleh kipas tu..adeh…

Selesai urusan pendaftaran MDS pun berjalan seperti biasa, taklimat dan taklimat lagi dan taklimat lagi..huhu…ada la sikit – sikit ajar cheers, tepuk sana tepuk sini joget sana joget sini kan…standard la Biro Program..hahaha..di kolej memang kami Biro Program tak byk masalah sebab cabarannya bermula bila adanya program di Dewan Agong Tuanku Canselor (DATC)…ayyyoo…penat dan peningnya tak payah cerita laaa…sgt laaaa teeeett…tapi mmg rindukan suasana kat backstage tu!!hahaha…MDS kali ni gak AR diamanahkan menjadi pengacara majlis utk kebanyakan acara dan diselang seli kan dengan Wan Mohd Shaiful…so PB pun mesti muak tgk muka kami je jd MC..hahaha..menarik juga MDS kali ni kerana AR perlu menjadi MC utk acara Malam Aspirasi Seni yang ala – ala Anugerah Juara Lagu (AJL) tu..temanya Merdeka Raya..haha..so kami nakkan konsep AJL jadi kami pun memilih 4 orang pengacara pada malam itu iaitu AR sendiri sebagai Azam Ashaari (banyak gak la pujian daripada PB yg cakap AR mmg hampir sama dengan style Awal..haha…TQ..segan suda..macam Akhir ade la kot..ade yang kata mcm Ally Iskandar), Jannah sebagai Jannah Al-Yahya, Aimie sebagai Aimie Surihani dan Shah sebagai Shah Yusry…


Agak gamat la suasana malam tu sebab masing – masing mainkan peranan masing – masing menggedik atas stage tu…haha..dengan takde rehearsal langsung utk MC, tanpa skrip dan keadaan yg kelam kabut belakang stage tu kami redah dan merapu je bersama dan Alhamdulillah feedback postif diterima dari banyak pihak terutama En.Shukor, ketua pegawai daripada Unit Kebudayaan..pendek kata semuanya ‘having fun’ la kan…kami juga kene mengacara Malam Bersama PM (Seribu Memori Tercipta) iaitu malam terakhir bersama PB..kali ni pasangan tetap sama Jannah cuma kali ni Shah dan Aimie ditukar kepada Nad dan Wan…konsep kali ni kalau Malam Aspirasi pakai ala – ala AJL kali ni konsep ala – ala Anugerah Bintang Popular (ABP) lak..letup kan??hahaha…so biro – biro pada malam itu menerima anugerah masing – masing dan anugerah kemuncak iaitu Biro Paling Popular dimenangi oleh Biro Program (well…) atas undian ramai (PB)..hahaha… malam tu gak menyaksikan banyak air mata tertumpah….adeh…penat tol nanges - nanges ni…huhu..

Dan sepanjang AR menjadi PM utk Biro Program, AR rasa cheers Biro Program kali ini paling menarik dan unik kerana berjaya menggabungkan kesemua cheers kolej dalam satu cheers program…dapat sambutan hangat juga la bila Ong yang mengetuai cheers tersebut melakukannya bersama PM Program yang lain di atas pentas…hehe..MDS kali ni juga bermakna kerana AR diamanahkan utk menjadi pengacara majlis bagi majlis berprotokol tinggi yang dihadiri Pro-Canselor UiTM iaitu Tan Sri Arsyad Ayub untuk slot Bersama Tokoh yang memang cukup dikenali dengan protokolnya yang tinggi..dan Alhamdulillah berjalan dengan lancar…satu lagi majlis kejutan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Khaled Nordin bagi amanat masa Majlis Bersama MPP..AR sekali lagi dipilih oleh pengurusan untuk mengendalikan slot tersebut..mujur semuanya ok…fuuhh…terkejut gak tapi tak seterkejut masa Mantan Perdana Menteri Tun Abdullah Hj Ahmad Badawi (Pak Lah) turun DSB masa MDS Disember 2010 dulu..yang tu serius AR terkejut sebab dapat tau setengah jam sebelum Pak lah dtg tetibe kene jd MC dgn takde skripnye time tu kan..neves tak payah cerita laaa…

Unik gak MDS kali ni bila AR ada kolej minor dan major tau..waahh..mcm kursus pengajian lak kan..hahaha…AR ditugaskan utk menjaga Perindu tapi dalam masa yg sama hati AR masih di Meranti..(tapi AR tetap syg PB dan PM dua – dua kolej so jangan risau k) hehe…so AR minta kebenaran Eric utk membantu Jimy menjaga program di Meranti kerana bagi AR Perindu punya Biro Program yang agak ramai iaitu 5 org (tetapi 3 org dah ke pusat) berbanding Meranti yang hanya seorang!!huhu..jadinya utk sesi LDK, AR pun menyemak pergi ke Meranti dan membantu (dapat gak kenal junior – junior Masscomm) yeeaayy…masa taklimat fakulti pun dapat lg jumpa mereka kali ni bawak diorg jalan – jalan sekitar fakulti Masscomm yang sempit tu ok..hahaha..so dpt gak jumpe adik – adik Melati..hehe..dan menarik juga untuk gimik Perasmian MDS dan Amanat Naib Canselor, konsep sajak dan lakonan nampaknya menjadi tumpuan pada kali ni..so far AR terlibat utk MDS, tenaga kerja PB utk gimik kali ni paling ramai pernah diusahakan..hehe…kat sini jugak la dapat adik – adik baru…hahaha…

Ok tiba hari last MDS byk dikendalikan oleh Institut Kepimpinan Pelajar (IKP) di bawah kelolaan En.Azmi…kami PM Program hanya membantu melancarkan majlis bersama Biro Teknikal dan SDK…kerana hakikatnya tugas PM pada hari atau Malam Bersama PM tu dah habis pun..tapi takpe kami fikir ini masa bonus atau extra yang diberikan kepada kami utk lebih rapat bersama PB…sedih gak la MDS terakhir kan…tiba – tiba (yg ni serius terkejut dan terkelu) PB – PB Perindu ni dtg dan menyerang PM – PM Perindu yang ada di DATC tu termasuk AR dan melambungkan kami ke udara…adeh..da macam artis buat konsert da rasa…seriau gak la…da la AR ni berat…hahaha…itu la pengalaman pertama kali dilambung dan mmg AR akan ingat sampai bila – bila…hehe…kenangan manis tu mmg banyak walau ada juga yg pahit tapi telankan je…akan rindukan suasana MDS sebab AR dah tak boleh apply jd PM..dah senja la katakan..bukan pelajar UiTM lagi lain la kalau AR sambung Master kan…apapun AR dah nak bergraduasi pada 1hb Disember 2012 (Sabtu) pagi, sidang 11 Konvokesyen ke -77 nanti..datang la kalau rajin..bawak hadiah sekali..hahaha..ok sekian sahaja coretan AR utk kali ni..nanti kita sambung cite - cite lagi ye…maaf kalau ada yang tersinggung ke terasa ke dengan coretan ni..ikatan dan ikhuwah yang terjalin takkan dapat dibeli di mana – mana…Insyaallah…huhu…peace!!weeeeee~ Untuk lebih banyak gambar sepanjang MDS, klik SINI

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Daisypath Happy Birthday tickers