Thursday, April 14, 2011

Kegembiraan dan Kesedihan Menjadi Satu..


14 April 2011 (2.26AM)

Pada malam ini (13 April 2011) aku menerima jemputan ke Malam Penghargaan Pemimpin Mahasiswa 2010/2011 di Dewan Agong Tuanku Canselor (DATC) UiTM. Aku perlu menghadirinya kerana aku tahu kemungkinan besar aku seorang sahaja yang akan mewakili Sekretariat Mahasiswa Fakulti (SMF) FKPM. Kelas pagi ini terpaksa aku tinggalkan kerana kepalaku yang tidak henti – henti berdenyut laju. Terasa migrain ku kian parah. Tak mampu tubuhku memaksa aku bangun untuk ke kelas Mandarin yang bermula pada jam 10.30am kerana aku baru selesai “berjaga” di bilik Persatuan Kejuruteraan Awam (PERKA) semalam menemani dan membantu rakan – rakan ku menjayakan Majlis Anugerah Dekan mereka yang berlangsung pada malam ini. Aku pula perlu ke Mesyuarat SMF pada jam 1pm di fakulti. Hujan pula lebat mencurah – curah membasahi Shah Alam, membataskan pergerakan ku ke lokasi yang ingin dituju. Aku harus hadir ke mesyuarat tersebut sebagai Presiden SMF walaupun sakit kepalaku masih dirasai. Selesai bermesyuarat aku terus pulang ke seksyen 2 semula kerana tiada kelas lagi dan urusan di fakulti juga sudah selesai. Aku sebenarnya harus segera ke KFC untuk berbincang mengenai tugasan berkumpulanku. Setibanya di KFC Seksyen 2 aku baru menyedari yang sebenarnya aku perlu ke KFC Seksyen 7. Sudah terlambat untuk aku ke sana kerana aku sudahpun ke Kafe Siber berhampiran dan aku mengetahui mengenai berita tersebut pun melalui profil Facebook ku..


Selesai melayari internet lebih kurang 1 jam dan ingin membuat bayaran di kaunter, aku dapat rasakan sesuatu, aku terdengar suara yang memang aku kenal. Ya, memang dia!! Mengapa di sini??Arrggghhh…fikiran ku kusut..aku sudah tidak mahu berfikir lagi, aku pun tanpa menoleh terus keluar dari Kafe Siber itu selesai membuat bayaran sebanyak RM1.60 dengan langkah yang pantas. Aku tidak tahu sama ada dia sedar akan kehadiran aku di situ sebentar tadi. Lagipun kalaupun aku ada bukan dia ambil peduli atau kisah pun. Setibanya di Meranti aku kembali memperlahankan langkahku, aku jadi sedih dan kecewa kembali mengenangkan apa yang berlaku, adakah aku ini kejam?? Persoalan yang bermain – main di benak fikiranku. Aku menghempaskan tubuhku ke tilam dan aku terus melelapkan mata….Aku terjaga jam 7pm..aku menerima panggilan telefon dari Jannah yang risau tidak mendapat apa – apa khabar daripadaku hari ini. Alhamdulillah beliau mahu menumpangkan aku ke DATC bagi majlis pada malam ini...


Aku pun terus bersiap – siap kerana Jannah mahu menjemputku pada jam 8pm. Aku pun mengenakan baju kemeja berwarna coklat bersama – sama seluar slack hitam dan tali leher kelabu perak. Aku sarungkan blazer dan sepatu hitam ku lalu menghayunkan langkah dengan penuh yakin dan bergerak menuju DATC menaiki kereta Jannah. Aku memasuki DATC dengan perasaan yang kosong, aku berjumpa dengan Prof. Madya Jamaludin Abd Rashid, Timbalan Dekan HEP fakulti ku di pintu masuk utama. Aku kemudian ke meja pendaftaran, mengambil ‘door gift’ dan melangkah memasuki dewan yang sejuk itu. Aku terus mencari wajah – wajah yang aku kenali, cukup ramai dan aku rindukan kelibat mereka. Selesai mengambil tempat duduk dan berbual – bual serta menjamu selera, aku bersedia untuk naik ke pentas mewakili SMF fakulti ku mengambil sijil penghargaan. Tiba giliranku untuk naik dan menerima sijil daripada Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (TNC HEP) iaitu Dato’ Prof. Dr. Abdullah Mohamad Said, beliau terus berkata kepada ku “Handsome awak malam ni, ramai peminat awak ye..” Aku terus terkesima sebentar sehingga tidak sedar lensa kamera di depan yang mengambil gambarku menerima sijil tersebut dr TNC HEP. Aku hanya mampu tersenyum dan mengatakan “Terima Kasih Dato’.” Aku menuruni tangga pentas DATC itu dengan cermat. Selesai kesemua acara aku berjumpa dengan kesemua mantan MPP, SMF dan JPK yang lain sebelum menelefon Jannah, memberitahu mengenai majlis ku yang sudah selesai. Zamri kemudian bertanyakan aku kalau – kalau aku punya kenderaan balik kerana dia ingin meminta bantuan menumpangkan Arsy pulang sama. Aku tidak keberatan kerana bukan aku yang memandu dan pemilik kepada kenderaan yang bakal aku naiki. Aku pun mengeyakan sahaja. Setibanya kereta Jannah di pintu utama DATC, aku terus masuk ke dalam kereta dan tidak kelihatan kelibat Arsy yang ingin menumpang balik. Aku fikir mungkin mereka masih ada sesi ‘post-mortem’ yang belum selesai lalu Jannah pun membawaku ke Fakulti Kejuruteraan Awam sebentar untuk menyelesaikan tugas mengemas Majlis Anugerah Dekan mereka yang bertemakan “Nostalgia Retro” yang baru saja selesai...



Aku dengan senang hati membantu mereka dan pada jam 12.30am, Jannah menghantarku pulang kembali ke Kolej Meranti samba melalui ‘drivethru’ Mcdonald dan membelikan aku Ais Krim, terima kasih Jannah…Setibanya di bilik, aku lihat Arsy tiada di dalam bilik, yang ada hanya Zamri, Nua dan Ben..Aku terus ke katilku dan berfikir sejenak, persoalan yang sama bermain di fikiranku lagi..Tak mampu untuk aku ceritakan perasaan ku..Aku diam dan akhirnya dunia gelap..Aku pun tertidur keletihan…

Sahabat Selamanya....


10 April 2011 (11.52AM)

Hari ini blog diariku membuka lembaran yang baharu untuk tahun ini..terasa kembali ingin menulis…entah kenapa aku terasa kekosongan dalam hidup, seperti ingin meronta dan menangis..aku punya ramai teman rapat yang ku anggap umpama keluarga ku sendiri namun selepas terjadinya peristiwa “itu”, tanggapan dan persepsi aku terhadap “itu” semakin jelas…mengapa manusia akan berubah selepas peristiwa “itu”? Persoalan yang seringkali berlegar – legar di benak fikiranku..aku diam dan tak mampu utk berkata apa..kecewa juga dirasakan, kesedihan juga turut dialami akan tetapi aku tak mampu utk meluahkannya kepada sesiapa…di mana nilai sesuatu perhubungan jika tidak ada pada kesetiaan dan kejujuran?? jika dulu aku dicari jika keseorangan dan tidak punya teman..sekarang?? arrggghhhh….persetankan semua itu..kini aku pula yg ditinggalkan..itulah diriku begitu mudah dilupakan tp aku memang sukar utk melupakan semua yg terjadi sebelum peristiwa “itu” berlaku.. kemudian muncul pula “watak tambahan” yg aku rasakan sgt menggangu dan buat aku rasa tersangat tidak selesa utk menghadapinya, pengganggu yang menjengkelkan.. aku juga rasakan peristiwa “itu” sememangnya menjadi titik tolak kepada byk konflik dalaman yg melanda diriku…tahun lepas dah cukup perit apabila keluarga dr teman2 yg aku bina hilang begitu sahaja…tahun ini??harapan tinggal harapan…jika nilai kesetiaan tak lg dipegang dan begitu mudah utk melupakan..maka ikatan kekeluargaan yg dibina hanya retak menanti belah..mujur masih ada org disekelilingku yg masih ingin berada di sampingku, tanpa pernah melupakan aku waktu susah dan senang……terima kasih….akan aku hargai ikatan yang jujur itu sampai bila – bila….
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Daisypath Happy Birthday tickers