Tuesday, July 5, 2011

Seminar Memperkasakan Generasi Muda (SMGM) di UiTM Shah Alam - Coretan Seorang Mentor



Pasti ramai yang tertanya - tanya apakah Seminar Memperkasakan Generasi Muda ini??tiba - tiba ada dalam entri blog Azam Reddy pada kali ini..huhu..jangan terkejut..Azam sebenarnya sedang mengikuti program ini selama lebih kurang 1 minggu di UiTM Shah Alam..maknanya Azam berkampung kembali di Shah Alam setelah bertapa sekian lama tanpa berbuat apa - apa di Seremban...Ringkasannya program ini umpama program Mentor - Mentee..kita sebagai Mentor membantu dan membimbing pelajar - pelajar dari sekolah menengah yang bakal menduduki SPM atau STPM merasai kehidupan di dunia kampus..jika sebelum ini dilakukan di UPM dan UTHM, kali ini IPTA terbesar di Malaysia iaitu UiTM telah terpilih sebagai tuan rumah bagi sesi penganjuran kali ini...maklumat lebih lanjut baca sehingga habis entri kali ini ya..


Baiklah kita mulakan dengan hari pertama...

29 & 30 Jun 2011 (Rabu & Khamis) - Kursus SMGM

Azam mula mendaftarkan diri di Bilik Gerakan SMGM Kolej Mawar UiTM pada jam 2 petang..Kolej Mawar??bukankah itu kolej untuk siswi sahaja??motif apa Azam buat di sini??hahaha....buat makluman semua, segala urusan penginapan akan berlangsung di Kolej siswi ini..dan ini juga merupakan kali kedua Azam menginap di Kolej Mawar selepas semester 1 dahulu bagi Karnival Iktiraf 2009...kemudian Azam terus mendaftar di bilik bersama 'roommate' Riza Iskandar bagi menjalani kursus terlebih dahulu mengenai SMGM ini..kursus berlangsung pada hari kedua selama sehari..kursus seperti biasa menyediakan diri untuk menjadi Mentor yang berjaya...errmm..



1 Julai 2011 (Jumaat) - Menerima Mentee

OK..tiba di hari ketiga yakni hari penentuan Azam menerima Mentee sendiri seramai 6 orang pelajar..Azam menanti di Dewan Makan Kolej Mawar bersama - sama Mentor yang lainnya..Azam berada di meja yang bernombor 31 hanya menanti dengan sabarnya..mudah - mudahan Mentee yang bakal Azam terima untuk dijaga baik - baik belaka..huhu..lebih setengah jam duduk di dalam dewan makan itu, akhirnya Azam menerima Mentee Azam yang pertama iaitu seorang pelajar lelaki berbangsa Cina daripada SMK Kahang bernama Boo Yang Ink...beliau memperkenalkan dirinya..untung saja Azam ada mengambil '3rd language' bahasa Mandarin, sekurang - kurangnya Azam mampu untuk berbicara menggunakan bahasa Mandarin apabila bersama dengan beliau atau Mentee berbangsa Cina yang lain biarpun hanya ingat beberapa patah perkataan sahaja..hehe..tiba di sebelah petang, lengkaplah sekumpulan Mentee Azam yang terdiri daripada 5 orang pelajar Melayu (Mohd Syafirul Adzwan, Muhammad Shahrul Amer, Mohd Khairul Izwan, Mohd Hafiz dan juga Arif) dan seorang pelajar Cina tadi (kesemuanya lelaki) dan selamat dihantar sehingga ke bilik masing - masing..pada mulanya Azam telah menerima lebih seorang Mentee (Azarudin Hassan) seramai 7 orang secara totalnya akan tetapi setelah berbincang dengan pihak urusetia, maka Mentee Azam tadi terpaksa ditukarkan ke grup Deqbang (31)..selepas itu, selesai mereka menikmati makan malam bersama Azam, mereka kemudiannya dibawa ke Dewan Sri Budiman, (DSB) UiTM dengan menaiki bas, di sinilah peranan Azam sebagai ala - ala pemandu pelancong yang memperkenalkan UiTM kepada pelajar sekolah di dalam bas tersebut (dah macam pramugara gamaknye..) Setibanya di DSB, mereka diberikan taklimat mengenai apa itu sebenarnya SMGM dan tujuan mereka datang ke UiTM oleh pihak urusetia SMGM sendiri dan MPP UiTM..kami para Mentor hanya duduk di bahagian atas dan serata DSB bagi memerhatikan dan menjaga keadaan Mentee kami..selesai taklimat tersebut, kami semua dibenarkan balik dan memastikan Mentee tidur awal dan tidak lupa untuk bangun dan solat Subuh pada pagi keesokkan harinya..begitulah berakhirnya hari penerimaan Mentee..



2 Julai 2011 (Sabtu) - Hari Taklimat & Program

Bangun sahaja daripada tidur pada jam 6.30 am, Azam seperti biasa menyempurnakan kewajipan...selesai bersiap dan sebagainya, pada jam 7am, Azam terus turun ke Dewan Makan Mawar bagi memastikan Mentee Azam telah bangun dan turun untuk bersarapan pagi bersama...memang jumlah Mentee Azam cukup tapi bukan pada ketika itu, mengumpulkan mereka pada satu - satu masa yang sama sememangnya agak payah..tapi Azam tetap menganggap itu sebagai satu cabaran untuk Azam laksanakan sebagai Mentor, maka Azam akan terus cuba menjejaki setiap satu daripada mereka menggunakan telefon..selesai bersarapan, Azam diarahkan untuk membawa mereka keluar dan berkumpul di Dataran Mawar sementara menunggu bas ke DSB...Azam & Jannah ditugaskan untuk menghiburkan para Mentee pada pagi tersebut dengan mengajar mereka tepuk, 'cheers' dan sebagainya...ternyata mereka agak terhibur kerana banyak tepuk baru yang dipelajari oleh mereka ini...paling Azam tidak dapat lupakan bila mana setiap tepuk dan cheers mahupun lagu yang Azam ajarkan kepada mereka dianggap "COMEL"..hahaha..mereka membuat Azam tertawa sendirian.. selesai melakukan aktiviti 'mass' pada pagi itu, Azam mengikut mereka ke DSB kerana para Mentor mempunyai slot khas sepanjang hari itu di dewan bersebelahan iaitu Dewan Annexe seperti Taklimat Latihan Industri, Temuduga, Klinik Resume dan sebagainya yang Azam rasakan cukup memberi manfaat kepada pelajar tahun akhir khususnya...manakala adik - adik Mentee pula sedang sibuk dengan aktiviti yang telah disediakan oleh pihak SMGM yang turut dibantu oleh pihak Kelab Fasilitator Pelajar (KEFAJAR) UiTM..mereka sebenarnya perlu menyiapkan lukisan mural menggunakan krayon dan kain putih yang dibekalkan dengan tajuk "Malaysia Through Time Mural" iaitu perkembangan Malaysia dari era tahun 50an sehinggalah Malaysia pada masa hadapan...Pada sebelah malam, para Mentee dibenarkan untuk meneruskan tugasan kumpulan mereka itu manakan para Mentor dihidangkan dengan jamuan BBQ yang telah disediakan oleh pihak urusetia bertempat di Dataran Menara Sultan Abdul Aziz Shah (SAAS) bagi menghargai pengorbanan dan usaha para Mentor..selesai jamuan BBQ tersebut yang dirasakan cukup meriah dengan kehadiran Mentor yang sporting, kami terus membawa adik - adik Mentee pulang (terasa seperti seorang bapa yang sedang menunggu ketibaan anak - anak pulang dari sekolah) lalu menyuruh mereka masuk tidur dan menyerahkan tshirt program SMGM kepada mereka semua termasuk Mentor..kesemuanya tidur dalam kepenatan..ZZzzzzzZZZ..







3 Julai 2011 (Ahad) - Sayonara Mentee!!

Hari ini merupakan hari terakhir Azam bersama Mentee..terasa masa berlalu begitu pantas..pagi tersebut pada mulanya ada perancangan untuk membuat senam robik namun terpaksa dibatalkan pada saat - saat akhir atas kekangan masa...selesai sesi 'warming up' mereka terus dibawa keluar dari Dataran Mawar untuk dibawa berjalan - jalan di sekitar kampus UiTM Shah Alam yang tersergam indah itu dengan berjalan kaki.. (Azam sempat mengajar kumpulan Azam sendiri (31), Nasrul (36) dan Faiz (40) mengenai game yang dinamakan "break" dari 1 - 10 sebelum bergerak kerana kami bergerak bersama)..destinasi pertama kami lalui iaitu Kompleks Kejuruteraan atau lebih dikenali sebagai Menara S&T..kami membawa Mentee ke tingkat 11 di mana ada sebuah balkoni untuk menikmati pemandangan sekitar UiTM Shah Alam serta mengambil gambar.. kemudian kami turun dan terus menuju ke bangunan Akademik 3 yang menempatkan fakulti Azam (Komunikasi & Pengajian Media - Masscomm), fakuti Nasrul (Sains Sukan & Rekreasi) serta Fakulti Sains Pentadbiran & Pengajian Polisi...menaiki tangga 'batu caves' tersebut merupakan perkara biasa bagi kami pelajar UiTM tetapi mungkin tidak bagi mereka..selesai melawat sekitar bangunan Akademik 3 tersebut, kami membawa mereka ke simpang ke bangunan Pejabat Fasiliti UiTM untuk ke Pusat Islam..namun bangunan Canseleri telah menarik perhatian kami semua lantas menukar sedikit pelan perjalanan dan menuruni bukit di bangunan Canseleri tersebut lalu mengabadikan kenangan di sekitar air terjun dan Laman MIM itu..terasa angin di puncak bukit bangunan Canseleri itu sungguh dingin dan selesa sekali..pemandangan sekitar Shah Alam dinikmati bersama..setelah itu, kami meneruskan perjalanan ke Pusat Islam UiTM..habis melalui pusat Islam, kami menaiki tangga yang dinamakan "Tangga Peperiksaan" yang cukup tinggi dan banyak untuk sampai ke checkpoint terakhir iaitu di Dataran Menara SAAS..kami pun berehat seketika di situ dan terdetik untuk membawa mereka ke konti radio UFM yang terletak di tingkat 13 tempat di mana Azam berkerja dahulu..ketika itu DJ Aisyah sedang bertugas dan kumpulan Salma turut membawa Mentee beliau naik ke atas..satu kenangan dan memori yang menarik juga buat mereka..


Selepas itu, kami membawa adik - adik Mentee kami ke DSB semula bagi raptai perasmian penutup SMGM 2011...selesainya raptai, kami menikmati makan tengah hari di khemah dan terus menanti program penutup bermula..mereka bersemangat menunggu kehadiran Dato' Sri Hishamudin Tun Hussein, Menteri Dalam Negeri untuk memasuki DSB..selepas kedengaran suara pengacara majlis mengumumkan kehadiran VIP, semua Mentor dan juga Mentee dengan penuh bersemangat menyanyikan lagu "Gemuruh" nyanyian asal Faizal Tahir..perasmian penutup berakhir dengan jayanya apabila Dato' Sri yang hadir bersama isteri (cukup cantik) dan anak - anak beliau mengumumkan bahawa SMGM kali ini di UiTM adalah yang terbaik dan meriah biarpun telah 4 kali diadakan sebelum ini di Pekan, UPM dan UTHM sebagai tuan rumah...selesai upacara perasmian penutup SMGM yang turut dihadiri oleh Naib Canselor UiTM sendiri dan Timbalan Naib Canselor (HEPA & HEA), serta guru - guru dan urusetia SMGM, pertunjukan mural lukisan mereka dipersembahkan dan pasukan mural 70-an telah dinobatkan sebagai juara hasil kreativiti mereka...







Selesai majlis tersebut, mereka dibenarkan untuk pulang dan di sinilah pelbagai insiden berlaku..Azam diserbu oleh para Mentee untuk mengambil gambar bersama..mereka tidak sudah - sudah memuji Azam sehingga naik merah muka ini menahan malu..huhu.. (pujian - pujian itu biarlah Azam saja yang simpan dalam ingatan) tapi terasa sungguh bersyukur dan Alhamdulillah atas ciptaan dan kurniaan tuhan..huhu..pujian melambung itu berterusan sehingga detik terakhir menghantar mereka pulang ke bas masing - masing untuk pulang ke daerah mereka iaitu Sembrong & Pekan..sebelum mereka dihantar pulang, Azam sempat membelikan Mentee Azam sekeping poskad seorang yang tercetaknya "Im Sorry" atau "Maafkan Saya" sebagai penghargaan atas kerjasama yang telah mereka berikan dan ucapan maaf sekiranya Azam tidak berjaya menjadi mentor yang baik kepada mereka..huhu..sambung kembali situasi di luar bas, ada yang menangis ada yang sedih (mungkin juga ada yang gembira) tetapi kebanyakan mereka sebolehnya tidak mahu meninggalkan UiTM Shah Alam ini dan Mentor mereka (waahh..sungguh besar impak program ini kepada mereka!!) Azam seperti biasa melambai mereka sehingga bas berlalu pergi..paling diingati semestinya insiden di luar bas dimana sekumpulan pelajar perempuan yang membuat permintaan terakhir mereka ke atas Azam untuk melakukan gerak lagu "Jambatan Goyang - Goyang" khas kepada mereka..bagi tidak menghampakan mereka, Azam pun terus melakukan dan kemudian mereka gembira dan membalas dengan tepuk "Muah Muah"..adeh...cair dik..hehe..terima kasih sangat kepada semua Mentee yang sweeeeet sangat..senang dan gembira hati ini melihat mereka pulang dengan perasaan yang tenang dan senang..tapi memang macam - macam karenah mereka, paling tidak dilupai juga ada yang mengatakan Azam seperti Faizal Tahir la, Dafi laaa dan macam - macam lagi dan mereka tidak hanti - henti memuji senyuman Azam sehingga naik merah muka ini menahan segan..huhu..jika dahulu semasa menjaga MDS di Puncak Alam, Azam dikatakan seperti Awal Ashaari atau Ally Iskandar, Azam masih boleh terima..hahaha..dah jadi macam - macam selebriti dah..layankan je...





Begitulah berakhirnya cerita SMGM untuk kali ini..setelah bas terakhir berlalu pergi, pihak SMGM menyampaikan sedikit pesanan dan menyatakan SMGM kali ini adalah yang terbaik setakat ini dan UiTM berjaya menjadi tuan rumah paling hebat!! syabas UiTM..ucapan itu umpama satu kelegaan dan kepuasan buat kami semua para Mentor yang terlibat..selesai kesemuanya, Azam kemudian bergerak ke Dataran Tuanku Fauziah dengan menaiki bas bagi acara "Pesta Makan" yang dianjurkan pihak MPP UiTM pula bagi menghargai usaha dan jerit perih para Mentor melaksanakan tugas mereka dengan cemerlang..Tahniah semua sahabat!!








P/S : Berikut adalah latar belakang bagi yang belum mengetahui dengan lebih lanjut apa itu SMGM..memang seronok menjaga mereka yang masih terdiri daripada kalangan pelajar sekolah..semangat dan keterujaan mereka itu yang harus dipuji sehinggakan Azam sendiri dipuji melambung - lambung, sampai naik segan pula..hahaha..apa - apalah, janji hepi..weeeeee~




Latar Belakang Seminar Memperkasakan Generasi Muda atau SMGM yang pertama telah dikendalikan di Pekan pada 2008 dimana seramai 500 pelajar telah mengambil bahagian. Program seminar motivasi ini telah dikendalikan oleh seorang penceramah dan pada penghujung program, YAB Dato’ Sri Mohd Najib Tun Razak telah turut serta untuk memberi kata-kata semangat kepada murid-murid.Oleh kerana sambutan yang amat menggalakkan, program ini telah mendapat pengiktirafan...YAB Dato’ Sri Mohd Najib Tun Razak dan juga oleh YB Dato’ Seri Hishammuddin Tun Hussein. Yang mengesyorkan ianya dijalankan setiap tahun.Program SMGM ini akan dilaksanakan oleh gabungan Pusat Sumber Pekan (PSK/PRC) dan Pusat Siber Komuniti Sembrong (PSKS).

Pada 2009, SMGM telah dianjurkan di UPM Serdang, dimana lebih 500 pelajar dan lebih kurang 500 wakil MPP UPM telah mengambil bahagian untuk menjayakan program tersebut. SMGM 2010 pula telah di jalankan di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) pada bulan Jun 2010. Untuk pertama kalinya, program ini telah melibatkan para pelajar dari Pekan dan Sembrong di mana mereka telah diberi peluang untuk bersama-sama dan bermuafakat demi membina komuniti yang lebih bersatupadu dan bertoleransi tanpa mengira bangsa, agama dan kepercayaan. Dengan kerjasama pihak UTHM dan MPP UTHM, program telah berjalan lancar di mana seramai lebih dari 1,400 orang pelajar (sekolah dan UTHM) telah bergabung dan menerima kehadiran YB Dato’ Seri Hishammuddin Tun Hussein pada majlis penutup untuk memberi semangat dan berdialog bersama mereka.

Objektif SMGM:

* Memberi motivasi kepada pelajar yang akan menghadapi peperiksaan SPM dan STPM
* Mendapat pengalaman melawat dan tinggal di IPTA
* Memberi nasihat berkenaan pilihan IPTA dan kerjaya pelajar
* Membina perhubungan antara pelajar IPTA dengan Pelajar Sekolah (mentor – mantee)
* Bertemu dengan pemimpin Tertinggi Negara
* Memperkenalkan IPTA kepada pelajar
Segala sumber dan info mengenai SMGM ini Azam perolehi daripada page SMGM di facebook mereka.. (Klik di SINI)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...