Friday, June 17, 2011

Maharaja Lawak Minggu 12 di Johor : Imuniti Diserahkan, R2 Tersingkir!!




Jika sebelum ini pada minggu ke 11 Maharaja Lawak (ML) telah beraksi di Dewan Jubli Perak Sultan Ahmad Shah, Jalan Teluk Sisik ,Kuantan,Pahang, pada minggu 11 ini, peserta Maharaja Lawak beraksi pula di Stadium Tertutup MBJB Johor Bahru dan telah dihadiri oleh warga JB yang 'sporting - sporting' belaka...mengambil tema 'bebas' pada pusingan pertama dan bersama selebriti jemputan pd sesi kedua sekali lagi peserta yang tinggal iaitu Sepah, Nabil, R2, Jozan, Jambu memanfaatkan tema tersebut sebaik - baiknya..seperti biasa juga semasa undian dipamerkan pada awalnya, kedudukan undi adalah seperti berikut :





Pada kali ini, terdapat dua pusingan untuk setiap peserta yang tinggal, pusingan pertama bebas telah dimulakan dengan Kumpulan SEPAH yang mengangkat tajuk suasana kanak - kanak yang baru lepas berkhatan yang dijaga oleh atuk dan neneknya, kemudian NABIL dengan adegan penjual VCD Haram, R2 adegan sedang memancing, JOZAN seperti biasa mempamerkan aksi cemerlang dengan lawak dalam konti radio dan akhir sekali JAMBU dengan lawak dalam pertandingan kuiz...sesi kedua diteruskan dengan SEPAH menjemput Yassin (Senario), NABIL bersama Bob (Kuman), R2 bersama Ali Mamak, JOZAN menjemput Linda Onn dan akhir sekali JAMBU bersama dengan Ah Chong..









Tiba di saat atau detik penyingkiran, pengacara AC Mizal dan juri iaitu Ahmad Idham telah mengumumkan 2 nama yang mempunyai undian tinggi dan terus mara ke pusingan akhir Maharaja Lawak pada minggu hadapan iaitu JOZAN dan SEPAH..dan seterusnya nama finalis yang ketiga yang layak ke final adalah NABIL...oleh kerana terdapat dua penyingkiran yang sepatutnya berlaku pada minggu ini, JAMBU dan R2 terpaksa meninggalkan gelanggang namun pengacara AC Mizal mengingatkan juri tentang 'imuniti' yang masih belum diguanakan oleh mereka sebelum ini maka kesemua juri sepakat menggunakan imuniti tersebut keatas JAMBU dan 4 finalis mara ke pusingan akhir depan bertempat di Stadium Malawati, Shah Alam....R2 yang dibawa masuk kembali pada ML lepas tersingkir pada kali ini...Jadi kesemua 4 peserta yang tinggal berjaya mara ke pusingan AKHIR minggu hadapan!!

PILIHAN AZAM REDDY ML MINGGU 12

1) JOZAN
2) SEPAH
3) NABIL
4) JAMBU (Imuniti)
5) R2 (Tersingkir)

P/S: JOZAN nye lawak minggu ini masih dirasakan terbaik, ternyata mereka agak konsisten begitu juga SEPAH...huhu...dan sekali lagi cabaran juga buat NABIL yang beraksi secara solo dengan risiko yang lebih tinggi namun semangat beliau harus dipuji berada dlm kelompok yang berkumpulan yang masih tinggal..JAMBU ok saje, agak beruntung kerana mereka diberikan imuniti untuk ke final oleh pihak juri, lawak yang mereka ketengahkan kadangkala kelihatan hampir sama setiap minggu..seperti biasa itu hanyalah pendapat Azam saja..terpulang pd pendapat org lain yang menilai bukan..lain org lain minat mereka....janji hepi..weeeeeeeeee~






Saksikan Video Persembahan Mereka di Gua.TV (http://www.guatv.com/)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Daisypath Happy Birthday tickers