Monday, June 20, 2011

KL Gangster Catat Sejarah Tersendiri : Kutipan Lebih RM11 Juta!!


KUALA LUMPUR – Pengarah filem ‘KL Gangster’, Syamsul Yusof mengumumkan bahawa filem itu melakar sejarah baru dalam industri perfileman tempatan apabila kutipannya melepasi RM11 juta tidak sampai dua minggu tayangannya di serata pawagam seluruh negara. Kutipan berkenaan berjaya menandingi mana-mana filem buatan tempatan ataupun antarabangsa yang pernah ditayangkan di pawagam tempatan sebelum ini.

Syamsul berkata, pencapaian itu jelas membuktikan rakyat negara ini dahagakan karya anak-anak Malaysia dan mampu memberi seratus peratus sokongan pada industri perfileman tempatan.

“Hari ini,saat ini, aku sujud syukur pada Ilahi. Aku berdiri dengan penuh rasa rendah diri. KL GANGSTER telah berjaya melakar sejarah kutipan tertinggi filem Malaysia mahupun antarabangsa yang pernah ditayangkan di serata pawagam seluruh negara,tidak ketinggalan juga di Brunei dan di Singapura,

“Kejayaan ini bukan kejayaanku dan warga kerja SKOP Production semata. Ini adalah kejayaan buat semua penggiat seni filem tanah air dan dalam masa yang sama kejayaan buat semua rakyat Malaysia. TAHNIAH buat kalian semua!,”katanya dalam laman blog beliau, http://prodigiousburnsoul.blogspot.com.

KL Gangster yang mula ditayangkan pada 9 Jun yang lalu dan membariskan para pelakon hebat seperti Aaron Aziz, Adi Putera, Soffi Jikan selain Syamsul sendiri mengisahkan keruntuhan institusi keluarga yang dialami oleh watak utama, Malek (lakonan Aaron Aziz), setelah dia dipenjarakan selama lima tahun akibat dikhianati oleh ahli kumpulannya sendiri yang didalangi oleh Shark (lakonan Syamsul Yusof). Shark ialah anak tiri kepada King (Riduan Hashim).


Mengulas lanjut, Syamsul berkata, pada ketika ini, perasaan beliau adalah gembira bercampur baur dengan hiba ekoran masih terasa kehangatan tanah pusara datuknya, Arwah Tok Wan yang meninggal dunia hampir lapan bulan yang lalu.

“Tiada apa yang mustahil jika kau bersungguh-sungguh berkerja, ikhlas dengan niat yang baik. Yang lain kau serahkan pada DIA. DIA tahu kerja DIA. DIA Maha Adil. Orang nak cakap buruk tentang kita, biarkan. Orang mahu perlekehkan usaha dan hasil kerja kita, biarkan,

“Jangan melatah dan mudah naik darah. Fikir sebelum kau bercakap dan bertindak. Terlajak perahu boleh diundur. Terlajak kata? Berganding bahulah dengan Papa dan keluarga. Merekalah orang-orang yang tidak akan pernah jemu memberi sokongan dan akan terus membantu sampai bila-bila,walaupun sampai Tok Wan tiada.. ”

Itulah amanat ‘Tok Wan’ dalam perbualan terakhir sebelum arwah meninggal dunia, cerita Syamsul.

Sumber : MyNewsHub

P/S : Satu pencapaian yang cukup membanggakan bagi filem anak tempatan, kutipan filem melayu KL Gangster paling hebat setakat ni.mengatasi rekod "Ngangkung", "Khurafat" dan mana - mana filem tempatan dan antarabangsa yang pernah ditayangkan di pawagam negara kita sebelum ni!! RM11 juta dalam kurang 2 minggu tayangan..satu pencapaian yang sangat hebat, tahniah Syamsul Yusof anda sememangnya pengarah muda yang berbakat!! weeeeee~

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...