Wednesday, June 22, 2011

Dengarnya: Astro Terbitkan Juara Antara Juara AF?



BANYAK sungguh perancangan Astro sekarang. Memang tak menang tangan dengarnya seluruh tenaga kerja di stesen televisyen satelit itu. Satu persatu program dirancang dan yang terbaru, Maharaja Lawak bukan hanya mencapai matlamat mencungkil pelawak berpotensi malah mempunyai pengikut tegar.


Dalam kesibukan mengatur strategi dan persiapan peringkat akhir Maharaja Lawak yang akan berlangsung pada hujung minggu ini, dengarnya Astro bakal tampil dengan sebuah rancangan realiti baru yang seakan Maharaja Lawak.Teruja sungguh Cik Normah, iyalah kali ini dengarnya mereka bakal menghimpunkan juara-juara daripada rancangan Akademi Fantasia (AF) bermula dengan Vince hinggalah Hazama yang juga pemenang AF9. Kiranya jika benar khabar itu, memang Cik Normah boleh menjangkakan sambutannya.Tentu saja penonton yang membesar dengan AF terutama ketika fenomena Mawi mahu menyaksikan siapa di antara juara AF yang menyengat. Mari kita sorot kembali kenangan juara AF yang pernah mencetuskan fenomena suatu ketika dahulu sehingga kini >>


"Semua Pemenang Tiada Pengalah"
Vince (AF1)


Gelombang "Orange" di Bukit Jalil
Zahid (AF2)


Fenomena "Tsumawi" melanda Malaysia
Mawi (AF3)


Senyum Sokmo Anak Jati Terengganu
Faizal (AF4)


Juara Wanita Pertama Dilahirkan AF 
Mila (AF5)


Juara Sabahan Pertama Dilahirkan AF
Stacy (AF6)


Juara Sarawakian Pertama Dilahirkan AF
Hafiz (AF7)


Che Ahmad, Juara "AFMASUK" Pertama...
Shahir (AF8)


Juara Akademi Fantasia "Terakhir"
Hazama (AF9)

Selain Vince, Hazama dan Mawi, juara AF musim terdahulu ialah Zahid, Mila, Hafiz, Faizal, Stacy dan Shahir. Mesti meletop pentas AF nanti. Agak-agak apalah nama yang mahu Astro letakkan untuk program realiti yang menggabungkan juara-juara itu. Kalau Raja Lawak menjadi Maharaja Lawak, Akademi Fantasia pula mesti lebih gempak namanya. Bukan itu saja, tentu tawaran hadiah lebih lumayan. Bagi Cik Normah, jika menjadi pelan berkenaan hasrat Astro mahu Akademi Fantasia meninggalkan kenangan terindah kepada penonton hanya dapat direalisasikan menerusi program baru itu. Apa pun Cik Normah dan rakan-rakan lain akan bersabar menanti detiknya. Dijangka pengumuman mengenainya akan diadakan dalam tempoh terdekat. Barangkali selepas Maharaja Lawak berakhir atau ia bakal menjadi program perancangan mega Astro untuk 2011. Kita nantikan saja dan buat semua juara-juara AF, anda sudah bersedia?


P/S : Sebenarnya Azam tak terkejut pun dengan berita seumpama ini, dah tahu sangat permainan Astro untuk terus menarik dan memancing penonton untuk terus melekat dan setia kepada saluran mereka..habis Akademi Fantasia 9 yakni yang terakhir dan selesai Maharaja Lawak, memang Azam hampir pasti Astro akan muncul dengan program Juara AF ini..mungkin selesai program Mari Menari musim 2 baru mereka mulakan kot..apa pun kesemua juara yang pernah dilahirkan AF akan bersaing atas satu pentas yg sama..tapi kan lebih baik jika peluang turut diberikan kepada pelajar berbakat dan punya potensi besar yang tidak punya peluang untuk bergelar juara seperti Idayu, Farhan dan lain - lain??lagipun juara yang dilahirkan AF baru berjumlah 9 orang..lebih baik jadikan peserta seramai 12 orang bintang AF..errmm..pastinya saingan akan bertambah hebat dan pemarkahan adalah 50% daripada juri dan 50% lagi SMS..baru adil...weeeeee~

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Daisypath Happy Birthday tickers