Friday, June 24, 2011

Maharaja Lawak Akhir : Kemenangan Mutlak SEPAH!!



Maharaja Lawak yang telah berlangsung selama hampir 13 minggu kini telah sampai kemuncaknya..Maharaja Lawak Peringkat Akhir yang berlangsung di Stadium Malawati Shah Alam dengan meriah seperti biasa dikemudi oleh pengacara AC Mizal dan dibarisi pengkritik - pengkritik tetap saban minggu seperti Mamat Khalid, Ahmad Idham dan Saiful Apek..Kedudukan undian pada awalnya adalah seperti berikut :



Pusingan pertama yang mengambil tema "Bebas", satu -satunya pelawak solo NABIL membuka gelanggang pada malam ini dengan lawak peniaga dengan loghat Negeri Sembilan beliau dan "Spiderman" patung yang hidup.. JAMBU seperti biasa dengan kostum "pink" mereka tampil dengan persembahan seni mempertahankan diri..SEPAH pula meneruskan gelanggang dengan persembahan jenaka perompak yang menceroboh rumah seorang ustazah.mereka..JOZAN yang selalu mempamerkan persembahan yang terbaik muncul dengan jenaka pencuri yang merompak di Muzium dan bertemu Hang Tuah...

NABIL dengan cemerlang memulakan gelanggang kedua yang mengangkat tema "Muzikal" dengan persembahan 'lalat muzikal' nya menjadi Bruno Mars..JAMBU meneruskan lawak muzikal dengan persembahan perompak lama dengan artis undangan Zila Bakarin..SEPAH yang kekal konsisten mempersembahkan sketsa muzikal rumah tangga dengan artis undangan mereka Dafi AF5...JOZAN mengakhiri persembahan pentas Maharaja Lawak Akhir dengan muzikal 'Mail Lambung' dan 'Acai' mereka yang bertemu dan bergaduh secara lawak sekaligus menutup pentas akhir dengan jayanya pada kali ini..

Salleh Yaakob dan Nik Sayiddah memberikan sedikit persembahan bersempena program beliau akan datang iaitu "I Follow"..Tiba kepada keputusan akhir, diumumkan pengacara AC Mizal, berikut adalah keputusan penuh :

1) Juara Maharaja Lawak : SEPAH (RM350,000)
2) Naib Juara : JOZAN (RM250,000)
3) NABIL (RM150,000)
4) JAMBU (RM50,000)









Tonton Video Maharaja Lawak (Full) di Gua TV

P/S : Tahniah buat SEPAH kerana menjuarai Maharaja Lawak pada kali ini..sememangnya mereka antara peserta yang mempamerkan persembahan yang konsisten saban minggu sepanjang Maharaja Lawak berlangsung..tapi bila difikirkan balik yang paling untung adalah NABIL sebab cuba bayangkan ek..SEPAH dpt RM350 ribu bahagikan 3...JOZAN rm250 ribu dibahagi 2...NABIL RM150 ribu kaut sorang...JAMBU RM50 ribu dibahagi 2 orang..jadi sape yang paling untung??hehe...janji hepi..weeeeeeeeeeee~ :p

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Daisypath Happy Birthday tickers