Friday, June 17, 2011

Penyelarasan Kalender Akademik bagi IPTA di Malaysia



Bila mula-mula dengar mengenai cuti 4 bulan bagi pelajar IPTA di seluruh Malaysia, reaksi pelajar semestinya terkejut. Yelah 4 bulan bercuti, apa nak buat kan? Dilihat ramai tidak berpuas hati sebenarnya, ada yang kata grad lambat, lambat habis belajar dan macam-macam lagi lah. Jadi mari kita imbas kembali apa sebenarnya sebab Kementerian melaksanakan dasar sedemikian :

1. Dasar ini selaras dengan Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara (PSPTN) yang telah mula dilaksanakan mulai 1 Januari 2011 dimana akan dijalankan selama 5 tahun sehingga 31 Disember 2015. PSPTN digubal dengan hasrat untuk melahirkan modal insan untuk menyokong teras Misi Nasional dalam meningkatkan keupayaan pengetahuan dan inovasi negara serta memupuk minda kelas pertama.

2. Dalam fasa pengukuhan ini, Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) kata Khaled akan melakukan transformasi pengajian tinggi negara dengan menyelaras permulaan semester pengajian IPTA secara berperingkat daripada Jun-Julai ke bulan September bermula sesi pengajian 2011/12 dan dijangka beralih sepenuhnya menjelang sesi pengajian 2013/2014.

              
(klik untuk paparan lebih jelas)

Lanjutan mengenai PSPTN :

Perkara ini diumukan awal tahun ini dan sekarang sudah masuk pertangahan bulan Jun. Apakah yang telah dilakukan oleh semua pelajar-pelajar agaknya? Jujur kata ramai yang masih tidak berpuas hati akan hal ini, lebih-lebih lagi dilihat kepada mereka yang sepatutnya berpraktikal. Yelah, tiba-tiba kena cuti 4 bulan sebelum praktikal. Dengarnya ada sesetengah fakulti membenarkan praktikal awal, tapi bukan semua dan ini telah membangkitkan amarah pelajar. 

Tetapi ada segolongan pelajar yang mengambil peluang ini untuk mencari kerja sambilan dan ada juga membuat kerja ala-ala intern di seluruh negara. Ramai yang mengambil cuti ini sebagai peluang untuk berehat sepenuh-penuhnya sebelum kembali berjuang pada bulan September ini. Tak kiralah bagaimana anda menghabiskan cuti anda tapi bila difikirkan semula reaksi semua apabila hal ini diumumkan, memang tak sama apa yang dilakukan sekarang. Biasalah, tak semua manusia yang sukakan perubahan..

Kredit : Salma Zais (Facebook, Blogspot, Tumblr)

P/S: Ragam manusia macam - macam perangai..ada yang suka ada yang tak suka..sukar untuk puaskan hati semua orang..isu ini dah jadi antara isu yang hangat diperkatakan di universiti..buatlah macam mana sekalipun..yang pasti cuti 4 bulan ini harus dihabiskan dengan aktiviti berfaedah..ramai yang bekerja sambilan..ternyata itu satu perkara yang baik...janji hepi..weeeeeee~

2 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...