Friday, June 17, 2011

Kes Pembakaran Al-Quran Terjadi Di Malaysia??



Isu pembakaran Al-Quran ini pernah terjadi di luar negara dan umat islam di seluruh dunia mengecam hebat tindakan sebuah gereja kecil di Florida Dove World Outreach Center daripada meneruskan rancangan untuk membakar beratus-ratus naskhah al-Quran pada hari ulang tahun kesembilan serangan 11 September satu ketika dahulu. Provokasi gereja itu timbul ketika merebaknya sentimen Islamofobia berpunca daripada rancangan untuk membina sebuah pusat kebudayaan Islam dan masjid di New York di satu lokasi berhampiran Ground Zero iaitu tapak runtuhan World Trade Center (WTC) yang musnah dalam serangan 11 September. Benarkah sekarang kitab suci Al-Quran turut dibakar di negara kita Malaysia pula??

Misteri kejadian al-Quran di masjid Kampung Johan Setia, dekat sini, dibakar terjawab selepas polis menahan seorang lelaki disyaki kurang siuman, semalam. Lelaki berusia 45 tahun itu ditahan selepas penduduk dan ahli jawatankuasa (AJK) masjid mengesyaki dia melakukan perbuatan itu berikutan pernah dilihat membuang dan membakar surah Yasin.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Mohamad Mat Yusop, berkata dalam kejadian kira-kira jam 5.30 pagi semalam, siak masjid berkenaan ternampak senaskhah al-Quran dan kalendar dilekatkan pada dinding masjid mempunyai kesan terbakar ketika memasuki masjid berkenaan untuk solat Subuh. Katanya, suspek dipercayai menggunakan pemetik api untuk membakar naskhah al-Quran yang diletakkan di atas permaidani di masjid itu. “Ketika ditemui, api sudah padam, tetapi naskhah al-Quran itu masih berasap. Menurut siak masjid, pintu pagar masjid berkenaan dikunci, tetapi pintu masjid tidak berkunci. “Kejadian itu dilaporkan nazir masjid pada jam 9 pagi tadi (semalam),” katanya di sini, semalam.

Mohamad berkata, tangkapan terhadap lelaki yang dipercayai kurang siuman itu dibuat kira-kira jam 11.30 pagi semalam di rumahnya di kampung sama. Jarak rumah suspek dengan masjid itu kira-kira 100 meter. Katanya, siasatan awal terhadap lelaki itu mendapati dia tidak mempunyai rekod kesalahan lampau, tetapi lelaki itu ditahan berikutan keterangan AJK masjid berkenaan mengenai perbuatannya sebelum ini, selain suspek pernah membakar motosikal seorang lelaki warga asing yang menetap di kampung berkenaan.


P/S : Tindakan orang kurang siuman rupanya..patutlah kitab suci umat islam itu dibakar sewenang -wenangnya..hanya orang yang tidak berakal saja yang melakukan tindakan sedemikian rupa..yang tidak mampu untuk berfikir mengenai agama mereka sendiri..sedangkan agama lain pun menghormati kitab suci mereka inikan pula kita yang punya sumber rujukan teragung sehingga ke akhir zaman iaitu Al-Quran..renung - renungkan dan selamat beramal..weeeeee~ ^_^

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Daisypath Happy Birthday tickers