Saturday, June 18, 2011

Selamat Hari Bapa : Satu Inspirasi dan Dedikasi..


Benda pertama setiap bayi akan dengar adalah laungan azan daripada ayahnya bagi bayi lelaki dan laungan iqamat kepada bayi perempuan. Daripada mula lagi tanggungjawab seorang bapa adalah untuk membimbing anaknya. Satu tanggungjawab yang berat. Bukan hendak mengatakan yang peranan seorang ibu itu tidak sehebat dan sepenting kaum adam tetapi cuba anda fikirkan kaum hawa terpilih ini  juga turut menjadi tempat anak-anak menerima kasih sayang. Manja dengan mak la katakan.


Tidak bagi seorang bapa. Mereka perlu tegas dalam keluarga terutamanya, kadangkala perlu menjadi orang jahat dalam hidup anak mereka.Yalah, dalam keluarga pun kena ada 'check and balance' kan, 'good and evil'. Tapi sebagai seorang bapa, dengan rela hati dia sanggup menjadi "the bad guy" demi anak - anak mereka. Pengorbanan seorang bapa itu sangat besar sebenarnya. Cuba ingat balik, masa mula-mula nak belajar naik basikal dulu, bila kita jatuh, bapalah yang angkat kita, bila kita terluka, bapalah yang sapukan ubat. Dia akan paksa kita untuk belajar, paksa kita untuk berjaya.

Mak dulu pernah bercerita, jika beliau keluar bersama kawan-kawan, masa balik saja mesti  Atuk awal - awal lagi sudah menunggu di depan pintu dgn senapang (Cerita betul ni! hehe).. Sebagai seorang bapa, merekalah yang sebenarnya yang menanam jati diri dalam anak mereka. Apa yang bapa mereka buat, mesti anak nak ikut, nak jadikan teladan. Percayalah, bila anak mereka dah berumah tangga nanti, pasti mereka akan mencuba untuk meteladani bapa mereka. Mereka akan mengajar prinsip-prinsip yang sama mereka sendiri pelajari. 

Jadi hargailah bapa kita semasa dia masih ada. Dia tidak akan ada disisi kita selamanya dan ingatlah juga bukan semua yang dapat menikmati masa bersama bapa mereka. Ramai yang mengambil remeh akan bapa mereka, jangalah. Jangan lupakan segala pengorbanan yang telah mereka lakukan selama ini.. 


Selamat Hari Bapa buat yang bergelar bapa, ayah dan sebagainya di seluruh dunia...

Kredit : Salma Zais (Facebook, Blogspot, Tumblr)

P/S : Kepada mereka yang masih punya bapa, hargailah setiap saat bersama mereka sementara masih diberikan ruang, nyawa dan masa...gunakan detik - detik itu untuk dinikmati bersama kerana ia pasti akan menjadi kenangan yang bakal anda ingati sampai bila - bila...berhubung la dengan mereka selalu tak kira melalui pesanan ringkas, panggilan telefon dan sebagainya dengan medium perhubungan yang ada sekarang, pohon restu dan kemaafan mereka (jangan tunggu sehingga tiba Hari Raya baru nak bermaaf - maafan)..kepada yang tidak lagi berkesempatan menerima curahan kasih sayang daripada seorang bapa atau ayah bersempena Hari Bapa ini kerana mereka telah kembali ke rahmatullah lebih awal seperti Azam sendiri..marilah kita sedekahkan Al - fatihah dan berdoa agar roh mereka ditempatkan dalam kalangan orang - orang yang beriman dan beramal soleh hendaknya..Amin~ 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...