Sunday, June 19, 2011

Pelakon Zami Ismail atau "Pak Uda" Meninggal Dunia


KUALA LUMPUR 19 Jun – Pelakon komedi veteran, Zami Ismail , 67, atau dikenali dengan panggilan Pak Uda kembali ke rahmatullah pagi tadi. Pak Uda yang terkenal menerusi sitkom Pi Mai Pi Mai Tang Tu menghembuskan nafas terakhir kira-kira pukul 10.30 pagi di sisi semua anaknya.

Menurut anaknya yang juga pelawak, Mohd. Soupi atau Opie, bapanya menghidap sakit jantung. “Jenazah ayah akan dikebumikan di Tapah Road selepas Asar petang ini,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini. Pada 5 Mei lalu, Pak Uda dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU) Hospital Ampang setelah mengadu sakit dada dan semput akibat penyakit pneumonia. – Bernama


P/S : Teringat lakonan arwah dalam filem lakonan beliau iaitu "Hantu Kak Limah Balik Rumah" yang cukup terkenal suatu ketika dahulu..semoga roh allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang beriman..Al - Fatihah~

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Daisypath Happy Birthday tickers