Sunday, June 19, 2011

Mari Menari Kini Kembali di Astro RIA..


Isnin, 30hb Mei 2011 - Rancangan realiti berkonsepkan tarian, Mari Menari bakal kembali menghiburkan seisi keluarga untuk musim yang kedua Jun ini. Rancangan yang telah mengangkat pasangan suami isteri Razif dan Alya sebagai juara Mari Menari musim pertama bakal menyaksikan 10 pasangan baru yang akan berentap merebut gelaran juara Mari Menari musim kedua. Mari Menari untuk musim kedua ini masih mengekalkan pengacara kesayangan anda, Awal Ashaari dan Lisa Surihani sebagai pengacara rancangan ini. 


Bezanya dalam musim ini, 10 peserta atau pasangan Mari Menari akan dibahagikan kepada 2 kumpulan. Setiap kumpulan akan dilatih oleh seorang jurutari professional yang akan melatih mereka menjelang malam Mari Menari. Selamat kembali diucapkan kepada 2 jurutari kegemaran ramai, Ray dan Belalang. Pastinya persaingan kali ini bertambah sengit dengan cabaran-cabaran yang baru serta langkah-langkah yang sudah pastinya memukau anda di rumah. 


Nantikan kemunculan Mari Menari di Astro Ria pada Jun ini. Dapatkan maklumat terkini Mari Menari melalui laman sosial Facebook Mari Menari di http://www.facebook.com/MariMenari dan laman sosial Twitter Mari Menari di http://twitter.com/MariMenari.

Sumber : Laman Web Astro (Mari Menari)

 

P/S : Macam nak mencuba nasib masuk Mari Menari ni tapi tak tahu nak menari bersama siapa..haha..Azam suka menari..nak buat macam mana, jadi penonton sahaja lah..lagi satu Azam lebih 'prefer' Lisa Surihani menjadi pelakon daripada menjadi pengacara...kenapa??entah..agak pelik..huhu..sekian..weeeeeeee~

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...