Sunday, June 26, 2011

Isu Perhimpunan BERSIH dan Video Seks Anwar Ibrahim : Satu Permainan Politik??

Blog Azam mengenai politik??inilah pertama kalinya blog Azam bercerita mengenai poltik..sebenarnya Azam kurang gemar menyentuh isu seumpama ini kerana ini bukan di ruang lingkup kemahiran azam untuk mengupas topik yang agak berat seumpama ini..sebab itulah Azam hanya mengambil petikan dari Utusan Online mengenai dua isu yang berkaitan politik yang sedang hangat diperkatakan sekarang ini..Mari kita singkap sedikit pengetahuan kita dalam situasi politik ini, tak tahulah apa yang bakal berlaku pada negara kita sendiri, seram juga memikirkannya..

Ambiga, Pas dan bantahan perhimpunan Bersih




CADANGAN Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) untuk mengadakan perhimpunan haram di ibu kota, Sabah dan Sarawak pada 9 Julai ini turut mencetuskan kemarahan dalam kalangan penulis blog dan mereka begitu emosi apabila membahas perhimpunan Bersih kedua yang diketuai Datuk Ambiga Sreenevasan itu.

Blog MIM (novandri.blogspot.com) begitu lantang meletakkan Ambiga setanding Aminah Wadud yang mengimamkan solat fardu secara berjemaah yang bercampur lelaki dan perempuan di Amerika Syarikat tetapi diangkat sebagai muslimat moderat oleh Barat serta kumpulan liberalis dan sekularis.

Bagaimanapun, katanya, jika Aminah berlegar kepada soal solat dan pemikirannya, Ambiga pergi lebih jauh apabila menjadi penyokong kuat penubuhan Majlis Antara Agama (IFC), iaitu satu kumpulan menuntut hak sama rata antara Islam dan bukan Islam selain menjadi pelopor ulung kes murtad Lina Joy.

"Hari ini Ambiga semakin berkuasa dan cukup dominan. Ambiga sudah menguasai parti Pas. Pas akan melaksanakan dasar dan titah perintah Ambiga dalam tunjuk perasaan Bersih Julai ini. Pelik sungguh, pak haji dan tok imam dalam Pas boleh tunduk dan taat kepada pejuang murtad!" katanya.

Penulis Azrinizam Ibrahim (anginperubahan.blogspot.com) pula membidas para pemuda Pas yang masih sanggup bertuankan bekas Presiden Majlis Peguam itu sedangkan mereka menyedari siapa sebenarnya wanita tersebut.

"Untung apa jika majoriti rakyat Malaysia yang lain terganggu urusan hidup mereka kerana perhimpunan Bersih. Apa kata buat perhimpunan Bersih tersebut di hadapan pejabat Majlis Peguam yang mendesak menghapuskan Perkara 121 (1A) dan menyokong Lina Joy? Beranikah Pemuda Pas?

"Ambiga masih lagi bersih buat mereka biarpun Ambiga sedang mempertikaikan soal agama Islam dan hak orang Melayu. Pemikiran Anwarinas sudah mengotorkan pemikiran pemuda-pemuda Pas tersebut. Mereka tidak tahu lagi menilai mana yang bersih, mana yang tidak," katanya.

Blog Malay Delima (malaydelima.blogspot.com) turut hairan dengan tindakan pemimpin Pas yang sebelum ini membantah Forum Memeluk Islam yang didalangi Ambiga pada 2008 lalu tetapi hari ini orang yang sama memberi sokongan kepada wanita terbabit.

"Jangan lupa takbir-takbir yang mereka laungkan, jihad-jihad yang mereka laungkan di depan bangunan Majlis Peguam menentang Ambiga. Hari ini mereka boleh duduk sebantal dan boleh pula menjadikan yang paling teruk menjadikan Ambiga ketua. Kepada ahli-ahli akar umbi Pas, pemimpin mereka rosak, sedarlah. Kita ini dipergunakan sahaja. Dipergunakan!" katanya.

Penulis Abdul Bashid Harun (cikgubashid.com) pula berkata, penganjur perhimpunan Bersih umpama seorang peniaga yang berniat kotor yang menawarkan cecair kotor untuk dijual kepada orang ramai dengan mengumpan kata-kata paling menarik untuk memujuk orang ramai membelinya.

"Namun niat peniaga itu hanya satu iaitu melariskan barangan jualan mereka yang akhirnya membawa pulangan yang menguntungkan kepada diri mereka sahaja. Kesan buruknya kepada kesihatan pembelinya langsung tidak ada dalam pemikirannya.

"Peniaga paling kotor biasanya akan memilih ungkapan yang paling bersih, bukan dengan tujuan untuk membersihkan diri mereka, tetapi untuk mengelirukan atau memerangkap orang ramai. Tetapi kata bersih tidak sedikit pun dapat memadam kekotoran yang ada dalam hati orang yang memilikinya," katanya.

Blog House PK (parpukari.blogspot.com) pula mendakwa UMNO dan Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) yang memperbesarkan isu perhimpunan Bersih kerana semakin banyak laporan polis dibuat, secara tidak langsung penganjur perhimpunan haram itu makin besar kepala.

"(Sepatutnya) kita anggap sahaja mereka ini orang gila, tidak payah dilayan dan tak perlu bagi liputan besar-besaran! Sekarang ini nampaknya seolah-olah kita yang tengah bagi promosi pada Bersih 2.0 ini! Nampak jugalah kerajaan macam panik sikit. Kenapa nak takut?," katanya.

Nada serupa disuarakan Kluangman (kluangmanexpress.blogspot.com) yang mahukan Perkasa tidak masuk campur soal Bersih memandangkan perhimpunan tersebut tidak menggugat secara langsung terhadap orang Melayu seperti mana mereka mahu mempertahankan akhbar Utusan Malaysia tempoh hari.

"Lebih-lebih lagi yang akan menyertainya (Bersih 2) kelak ialah sebangsa dan seagama, cuma berbeza fahaman politik (syiah dan khawarij). Cina dan India tentulah hanya disertai oleh pemimpin mereka, yang akan hanya berada dalam kedudukan selamat jika berlaku sesuatu.

"Perkasa jangan mencari sebab (untuk) dipersalahkan atau dikambinghitamkan oleh mana-mana pihak jika terjadi sesuatu. Perkasa wajar jadi pemerhati yang bijak.

Soal Bersih biarlah kerajaan selesaikan, rakyat juga nak tengok sejauh mana bijaknya kerajaan menguruskan krisis ini," katanya.

Sementara itu, Salleh Saad (sallehsaad.blogspot.com) secara halus membidas sikap pihak-pihak yang sanggup dikotak-katikkan oleh kelompok dan bangsa lain lantaran kebodohannya seperti mana peribahasa "orang bodoh menjadi makanan orang cerdik".

"Kesannya tentulah juga sangat besar. Lebih-lebih lagi jika melibatkan percaturan politik yang akan menentukan kedudukan kuasa. Bangsa yang diperkotak-katikkan itu, lantaran kebodohannya, akan sentiasa dijadikan mangsa dan akan tunduk mengikut telunjuk pihak yang satu lagi itu.

"Pihak yang satu lagi itu pula akan menggunakan bermacam-macam cara dan helah, sama ada yang tersurat atau tersirat, yang jelas atau yang kabur, agar segala apa yang diingini dapat dicapai. Jika melibatkan bangsa, agama dan negara akan hancurlah sudahnya bangsa, agama dan negara itu," katanya.

Selain blog-blog itu, banyak lagi blog lain yang membidas perhimpunan Bersih 2 antaranyaSemut Hitam (semuthitam80.blogspot.com), Taiping Mali (taipingmali.blogspot.com) dan banyak lagi.


Isu video seks: Anwar gagal beri jawapan meyakinkan


KUALA LUMPUR 19 Mei - Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dilihat gagal memberi jawapan meyakinkan berhubung penyebaran video seks seorang lelaki yang dikatakan mirip beliau, termasuk persoalan tentang kehilangan jam tangan Omega milik beliau.

Ketika dijemput sebagai panel untuk segmen interaktif Yahoo! Malaysia Question Timemenerusi platform Cover It Live pagi ini, beliau sebaliknya banyak mempersalahkan UMNO, termasuk menuduh parti itu membeli beberapa rakan seperjuangannya untuk meninggalkan Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Dalam satu contoh, beliau seakan-akan cuba lari daripada menjawab soalan yang dikemukakan oleh seorang individu bernama Nik Abdul.

Soal Nik Abdul: ''Bagaimana pandangan anda apabila pakar dari Korea Selatan dan Amerika Syarikat mengesahkan individu dalam video seks itu menyamai wajah anda? Apakah anda fikir ini adalah satu konspirasi juga?''

Anwar hanya menjawab: ''Ini adalah contoh tipikal tentang bagaimana kamu telah menjadi mangsa penipuan media UMNO. Pakar mana? Mengapa mereka tidak bersikap telus?.''

Menjawab soalan Zuzayati yang bertanyakan apakah benar Anwar merupakan individu dalam video seks tersebut, Anwar sekali lagi mengaitkan UMNO dalam menjawab persoalan tersebut.

Kata Anwar: ''Saya telah bersungguh-sungguh menafikan dan telah membuat laporan polis. Pemimpin-pemimpin UMNO nampaknya membiarkan politik pornografi berlaku. Dan mereka yang sering bercakap soal moral adalah hipokrit.''

Beliau kemudiannya terus bersikap dolak-dalik daripada menjawab isu tentang jam tangan Omega dan video seks berkenaan.

Menjawab soalan daripada seorang individu bernama Dr. MiM yang ingin tahu rasional beliau mengelak daripada menunjukkan jam tangan itu kepada umum, Anwar menjawab : ''Apa isunya? (What is the issue?).

''Pertama, Eskay (Datuk Shazryl Eskay Abdullah) mendakwa jam itu adalah pemberian seorang putera raja Arab Saudi. Kemudian menyatakan ia dibeli di Taiwan pada 2004. Oleh itu, untuk apa saya menerangkan mengenai hal ini?,'' ujarnya.

Anwar kemudiannya mendakwa mengetahui beberapa suspek yang boleh dikaitkan dengan lelaki dalam video seks terbabit ketika menjawab soalan seorang lagi individu yang menggunakan nama samaran Om.

''Saya ada beberapa suspek; perutnya besar dan dadanya layut. Ha ha,'' jelas beliau.

Sementara itu, beliau memberitahu, pihaknya telah merujuk kepada polis dan Mahkamah Syariah dalam proses menyaman Shazryl Eskay.

Selain menuding UMNO terlibat dalam isu video seks dan membeli beberapa bekas pemimpin PKR, Anwar juga mengambil kesempatan di ruang maya itu untuk terus menuduh parti berkenaan sebagai dalang di sebalik cubaan mengharamkan PKR.

Secara melulu, Anwar mudah melontarkan tuduhan itu dengan menjawab: ''Ini kerja pimpinan UMNO yang terdesak dan terus mendera rakyat.

Sumber : Utusan Online dan lebih banyak lagi info di Malaysiakini

P/S : Tak pernah - pernah lagi Azam sentuh berkenaan isu politik dalam blog ni kan..tetiba je terasa mahu bercerita mengenai dua isu hangat ini, yalah nanti orang kata kita tak "up-to-date" dengan segala perkembangan yang berlaku di sekeliling kita terutama dari aspek politik yang memang sedang hangat sekarang ini..Azam tak berani untuk mengulas lanjut, anda nilailah sendiri yang mana baik dan yang mana buruk..janji hepi..weeeeeeeeee~


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...