Monday, April 26, 2010

Selamat Ulang Tahun ke - 21 Mohd Shahrul Azam!!

Tanggal 25 April (Ahad)

Tepat jam 12 tgh malam..berpusu2 SMS serta notification facebook menerjah masuk ke dalam telefon bimbit serta laptop saya..perkara normal...tapi saya dapat panggilan pertama daripada Arie..wishing my birthday..terima kasih ye..tapi hati saya masih tidak merasakan apa2 yg istimewa bakal berlaku pada malam ini..rutin saya berjalan seperti biasa..online..membelek buku2 utk diulangkaji (exam finals kan) selepas itu tidur..kesimpulannya bosan...





Sinaran matahari mula menyinggah masuk melalui tingkap bilik saya..matahari menyinar maka hari baru dan lembaran nya dibuka..masih dalam tanggal 25 April, hari minggu iaitu hari ahad..macam biasa tiada apa yg berlaku..rutin pun seperti kebiasaan yg saya lakukan di rumah..mengemas rumah,mengulangkaji pelajaran dan online..pelik kan..ulangtahun kelahiran yg kosong..malah bertambah teruk rasa nya apabila diserang selsema..malang sungguh..hari ini saya harus pulang ke Shah Alam semula selepas berehat di rumah,lokasinya di Seremban..saya pulang ke rumah pada hari Khamis selepas menonton rakaman konsert Dato Siti Nurhaliza di Sri Pentas 2..sekadar menghilangkan tekanan peperiksaan..


 

Selepas mengemas2 barang utk pulang ke Shah Alam pada jam 1pm,akak saya pun menghantar saya sehingga ke stesen komuter Seremban..pada hari sebelumnya saya telah menerima pemberian hadiah ulangtahun daripada akak saya iaitu satu set perfume jenama Adidas..terima kasih ye..huhu..saya pun terus menghayun pantas langkah meluru ke kaunter tiket lalu menghulur not rm50 utk membeli tiket komuter ke KL Sentral yg berharga cuma rm6 sahaja..sesudah mendapatkan tiket saya trus menarik bagasi saya ke dlm komuter dan mngambil tempat duduk segera..saya harus cepat kerana saya telah berjanji dengan abg Fayadh dan lain2 utk berjumpa di Shah Alam..saya semakin resah dan bengang apabila tren tersebut lambat bergerak..entah kenapa..setelah hampir setengah jam menunggu bergerak juga tren itu,,saya pun membuka beg lalu mengeluarkan nota translation utk dibaca..akan tetapi entah mengapa saya rasa begitu mengantuk dan akhir nya dunia saya gelap...bukan kerana tren itu memasuki terowong tetapi saya telah terlena sampai nota yg dipegang pun entah ke mana menghilang..huhu..


 

Saya pendekkan cerita saya ini setibanya di KL Sentral saya terus menarik beg dan menunggu bas RapidKL U80 menuju pulang ke Kolej Meranti Seksyen 2 Shah Alam..hari lahir ini berlalu kosong,saya sekali lg membalas kesemua ucapan hari jadi yg tiba di telefon dan paling banyak di laman maya Facebook..sudah hampir lewat malam dan saya pun tidak berapa baik dari segi kesihatan..tiba2 saya mendapat panggilan telefon dari Kak Raifa mengajak saya keluar bersama sama Abg Fayadh dan Abg Meor pd malam itu di sekitar KL..saya pun tidak menolak pelawaan tersebut lalu keluar dari pagar Kolej Meranti dan menaiki kereta yang dipandu oleh Abg Fayadh menuju destinasi yg ingin ditujui oleh mereka..saya hanya membawa badan dan fikiran saya tanpa byk berkata kata kerana kurang sihat...sedari jam menunjukkan waktu hampir 5 pagi, saya pun dihantar pulang..tapi satu kenangan dan memori yg menyeronokkan..

Tanggal 26 April (Isnin)
Saya bangun pagi setelah tidur hanya lebih kurang 2 jam..saya harus membuat ulangkaji yg terakhir serta bersiap utk kertas peperiksaan pada hari ini..saya pun bergegas mandi lalu menyarungkan kemeja dan slack hitam berserta tali leher merah utk ke Dewan Sri Budiman bg menduduki peperiksaan tersebut,kad matriks dan slip peperiksaan jgn dilupakan..saya menghayun langkah panjang saya mendaki dan berjalan,memang meletihkan....
setelah 3 jam duduk di kerusi dengan keadaan dingin..saya keluar dari dewan dgn kelegaan,selesai satu lagi kertas!!

Saya dan Salma kemudiannya diajak oleh Abg Fayadh dan Kak Raifa keluar sekitar Shah Alam..selepas mengambil Abg Meor dan Diba,kami pun menuju ke Hotel Quality utk sesi karaoke selama 2 jam..puas bernyanyi,kami pun makan di gerai berhadapan Plaza Alam Sentral..tiba2 mereka meninggalkan saya dan Salma lalu datang semula membwa sebiji kek sebagai kejutan hari ulangtahun saya..saya berasa sgt terharu sehingga tidak tahu apa yg harus diucapkan lagi pd ketika itu,pertama kali menyambut ulangtahun kelahiran di Shah Alam dan yg pertama juga setelah kali terakhir semasa saya darjah 5,semasa arwah ayah saya masih hidup..itu yg membuatkan saya terharu..

Abg Fayadh kemudian menghantar saya pulang ke kolej..kenangan pada malam itu mmg tidak akan saya lupakan ...biar yg selebihnya saya simpan di hati saya..bukan semua patut dikongsikan bukan walau org berkata "sharing is caring".. :)

Thursday, February 11, 2010

KeAZAMan Dikembalikan Setelah Realisasi Harapan Belum Terlaksana..



KeAZAMan dikembalikan setelah realisasi harapan belum terlaksana...saya kembali terdetik utk menulis blog yg agak lama terbiar ini..Salam Satu Malaysia dan salam keAZAMan buat semua!!cukup sinonim bg pembuka bicara ketika ini..saya tidak tahu apa lagi harus saya coretkan dlm blog ini..saya masih lg belajar mcm biasa,pergi ke kelas blk ke kolej meranti sbg pelajar masscomm broadcasting semester 2..pada saya semester ini lebih mnguji tahap kreadibiliti saya sbg seorg yg bergelar mahasiswa..fuh..saya harus lebih kuat,itu azam saya setelah apa yg saya lalui sepanjang tempoh pembelajaran ini..semester ini lebih sukar dari segi subjek dan suasana nya..entah la...saya rasa agak tertekan berada di semester 2 ini..utk meningkat kan pointer saya atau at least mengekalkan nya pada 3.44..tapi pasti nya apa yg saya target adalah anugerah dekan...tetapi harapan itu semakin sukar utk direalisasikan..errmmm..



Tahun ini juga saya bergelar sbg calon Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) 2010/2011 FKPM UiTM..terima kasih banyak2 kepada Campaign Manager merangkap Personal Assistance saya sepanjang kempen berlangsung, Salma Zais dan jentera saya yg membentu juga Kery, Arie dan Norfy..akan tetapi saya telah tewas dgn beza undian hanya brbelas2...huhu..bukan rezeki saya,yg penting saya dpt byk pengalaman dan juga adik bradik baru..saya sgt2 gembira..ramai yg menyeru saya supaya cuba lagi utk brtanding pada tahun hadapan tetapi saya masih lagi seperti ragu2 ada perasaan lain yg menyelubungi diri ini jika bertanding buat kali kedua..entahlah..hanya takdir yg menentukan ada rezeki ada lah..saya masih lg agak tertekan skrg..di fakulti saya diberi jawatan AJK Wakil Broacasting Club Part 2 dan juga Exco Perhubungan Awam dan Publisiti, Sekretariat Mahasiswa Fakulti FKPM UiTM Sesi 2010/2011...tawaran utk menjadi Ahli Jawatankuasa Perwakilan Kolej Meranti terpaksa saya tolak atas sebab2 tertentu...

Kini saya senang dengan apa yg saya ada biarpun saya rasakan saya sudah tidak normal berbanding pelajar lain,saya kini agak kepenatan dengan apa yg saya lakukan skrg,tetapi saya tidak boleh merungut dan mengeluh apa lagi menyesal dengan jalan yg saya telah pilih..saya harus teruskan hidup ini meski pun ada segelintir individu yg membuat hati saya terluka sedikit..kecewa nya mmg sgt2 mendalam...tapi ye la hidup harus diteruskan biarpun tiada org yg menyokong saya dari blkg sekalipun selain keluarga saya..terima kasih pd semua yg memberikan saya dorongan selama ni,saya sgt2 mnghargainya..kepada adik beradik 13B, saya sayang anda semua...ikhlas dari Setiausaha Agung 13B..huhu..akhir kata..

wassalam..
Salam KeAZAMan.. ;)

Thursday, November 26, 2009

Lembaran Perjalanan Dan Pengalaman


Tanggal 15 November 2009 - Hari ini cukup senang bagiku..melihat gugusan awan berarak mendung mengiringi hatiku yg acap kali dirundum perasaan yg bercampur baur..ada yg mengembirakan aku ada juga yg menyedihkan aku..hari ini selepas maghrib aku punya misi yg agak besar,lembaran perjalanan hidupku kian terbuka,aku akan meneroka UiTM Pulau Pinang..aku kebosanan di dalam bilik D201 Kolej Meranti..aku bagai mati akal..ramai rakan sebilikku sudah pulang ke kampung halaman masing masing..aku agak kelaparan pada pagi itu..namun ku biarkan perutku kosong kerana sudah hampir tengah hari,jadi baik aku teruskan menu yg patut diisi ke dalam perutku dengan hidangan tengah hari sahaja..jam hampir menunjukkan pukul 1..aku ingin keluar makan tengah hari tapi tiada teman..aku ingin mengajak rakan bilikku yg masih tinggal tetapi mereka tiada di dalam bilik,mungkin sibuk menguruskan hal ehwal “clearance room”..

Kolej Meranti yg dahulunya dipenuhi pelbagai warna warganya kini semakin kosong dan sunyi..lantas aku pun mengambil keputusan utk menghantar kiriman sms kpd abg ku abg Fayad..aku bertanya jika dia sudah makan tengah hari ataupun belum..tidak lama selepas aku mengirim sms ku,aku mendapat balasan..abg Fayad masih belum makan tengah hari dan ingin membawaku makan di restoran Nasi Lemak Cinta Sayang di sekitar Seksyen 7..aku gembira beliau tidak menolak pelawaanku dan permintaanku,maklumlah selepas ini aku sudah tidak punya peluang yg lama dan banyak utk bersama beliau..aku akan berangkat ke Pulau Pinang utk kursus selama 5 hari pd petang ini manakala abg Fayad akan ke Kajang esok utk kursus selama hampir sebulan dan kemudian beliau harus pulang ke Kedah menjalankan latihan praktikal di sana..semalam aku gembira apabila beliau sudi membawaku berjalan jalan di sekitar downtown Cheras dan bandaraya Kuala Lumpur..itu juga adalah kali pertama aku berjalan jalan di sekitar Kuala Lumpur sehingga lewat pagi seumur hidupku,aku sgt gembira..memang lama aku menantikan peluang tersebut kerana tiada sesiapa yg sudi membawaku keluar berjalan jalan apa lagi sejak ayahku meninggal dunia..

Lupakan kisah lalu,aku terus bersiap dan menunggu di perhentian bas berhadapan Medan Selera Seksyen 2..dalam pukul 2 lebih abg Fayad pun tiba dan aku pun terus menaiki keretanya menyelusuri jalan raya.beliau singgah sebentar di fakulti dan DSB atas beberapa urusan sebelum membawaku makan di restoran Nasi Lemak Cinta Sayang..itu adalah kali pertama aku menjejakkan kaki dan makan di sana..aku amat berterima kasih kpd abg Fayad kerana membawaku makan di sana..aku sudah merancang utk membelanjanya makan pd hari tersebut kerana sudah lama hatiku terdetik dan merancang sedemikian,ternyata rancangan ku gagal,resit bayaran lantas begitu cepat direntap oleh abg Fayad dr tangan ku..arrggghh..seperti selalu apabila makan bersamanya,aku gagal lagi!!huh..mengapa beliau begitu baik sekali..sukar utk menemui seorg abg sebaiknya..selepas beliau membayar segalanya di kaunter bayaran,sekali lg aku bertanyakan jumlah bayaran yg sekurang kurangnya aku perlu bayar..beliau hanya menguntum senyuman dan berkata “murah saja”..aduuhh..aku sudah tidak terkata apa apa lg,hanya terdiam seketika waktu..sekarang tiba masa utk abg Fayad menghantar ku pulang ke Kolej Meranti,dalam perjalanan pulang aku mendapat satu panggilan telefon dari pihak kolej yg mengatakan aku perlu memindahkan barang barang milikku dari bilik D201 ke bilik C204..

Aku akur pd arahan mudah tersebut..setibanya di hadapan pagar Kolej Meranti,aku terus menjadi sedih dan sebak..aku berterima kasih kepada abg Fayad kerana byk membantu ku saat susah dan senang serta meminta maaf kepdanya kerana aku telah byk menyusahkan beliau dan jika membuat beliau marah..hatiku tersentuh apabila beliau berkata aku tidak membuat apa apa kesalahan kepadanya,begitu baik sekali tutur bicaranya.. aku mengakhiri sesi melodramatik dlm kereta tersebut dengan meminta restu daripada abg Fayad agar beliau mendoakan perjalanan ku sepanjang ke Pulau Pinang selamat,aku bersalaman serta mencium tangannya penuh kesopanan,metafora kepada penghormatan seorang adik kepada abg nya... aku minta dan memohon agar dapat bertemu lg pd masa akan datang..aku gembira yg beliau juga mengharapkan perkara yg sama..aku turut mendoakan beliau dlm keadaan yg baik baik saja sepanjang kursus yg bakal beliau hadiri nanti..pesanan “jaga diri selalu” tidak pernah lekang dr bibirku dan abg Fayad..aku pun melangkah lesu keluar dari kereta beliau dan memasuki perkarangan Kolej Meranti sambil memberi lambaian perpisahan yg ku harapkan hanya bersifat sementara..cukuplah aku bercerita mengenai itu kerana aku tidak mahu dikatakan berlebihan..

Tepat jam 7 petang,selesai menguruskan diri,aku terus bersiap dan mengucapkan selamat tinggal kepada rakan rakan bilikku yg masih berbaki di dalam bilik..aku berharap aku akan berjumpa dengan rakan rakan bilikku lg semester depan walaupun kami berlainan kursus pengajian dan bakal tinggal berasingan nanti..aku lihat jam di tangan sudah hampir menunjukkan jam 7.30 petang..aku bergegas melangkah keluar dari Kolej Meranti utk terus menaiki bas RapidKL T603 menuju ke perhentian bas Kolej Seroja di dalam Kampus UiTM Shah Alam sebelum pukul 8 malam..aku kemudiannya menuruni bas setelah tiba ke destinasi dengan sebuah bagasi besar ditarik di tangan kiri ku dan sebuah bagasi kecil bewarna merah disandang di bahu kanan ku...fuh,nasib ku baik kerana aku menepati masa..aku cukup risau jika aku terlewat tiba dan bakal ketinggalan basku nanti..setibanya di sana aku mendaftar dan aku sudah ditauliahkan sebagai peserta kursus One Malaysia siri 4 dan dihantar berkursus selama lebih kurang 5 hari di UiTM Pulau Pinang..aku menaiki bas yg diberi nama “Echo” sama seperti nama kumpulan yg diberi utk ku disana..aku tidak boleh bercerita lebih panjang dan lanjut mengenai aktiviti dan program ku di sana..ianya agak sulit utk digembar gemburkan di sini,cukup jika aku katakan aku selesa dan senang mengikuti kursus berkenaan,menginap di kolej penginapan siswa yg diberi nama Kolej Zamrud,cukup makan yg enak dan pengisian program yg cukup berguna,bermanfaat,seronok dan menguji kreadibiliti kepimpinan yg sejati di samping aku dpt mencari lebih ramai rakan baru dari pelbagai latar dan fakulti yg berbeza..Alhamdulillah aku berjaya menyelesaikannya,dan yg penting juga aku tidak diserang oleh “Charlie” di sana..

Wednesday, November 25, 2009

Memori Semester 1 UiTM Shah Alam

KENANGAN MANIS BERSAMA RAKAN KAWAN TEMAN SAHABAT SENIOR SERTA YG SELALU AKU INGATI..

Sebahagian dari rakan rakan bilik ku D201 Kolej Meranti UiTM Shah Alam Man, Khairie, Azim..

Rakan rakan ku yg lain Khairie, Arie, Salma dan Aina..

Bersama rakan rakan juga senior senior masscomm yg mmg baik baik belaka..

Bersama senior ku abg Meor dan abg Fayadh..

Gambar kenangan kelas ku MC23S1A bersama sama dengan Mama..

Bersama dengan abg Fayadh..


Sebahagian dari warga Kolej Meranti yg byk membantu ku selama ini!!

Semester ini berakhir dengan pelbagai perasaan yang berbaur..aku sendiri tak tahu harus diungkapkan bagaimana..kadang aku rasa gembira dan kadang juga aku berasa sedih..sungguh pantas masa berlalu,meragut byk kenangan dan memori dlm diari hidup ku..dunia ini ku rasa hampir berlaku kejam ke atas ku..belum sempat aku ingin menikmati dan menyesuaikan diri dengan keadaan di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam bagi semester pertama sebagai mahasiswa jurusan Komunikasi dan Pengajian Media (Penyiaran) ini ianya berakhir begitu sahaja..ya,mungkin ramai yg boleh mengatakan aku masih punya byk peluang serta perjalanan ku masih jauh tapi mereka langsung tidak mengerti apa yg terisi dlm semester satu ini 

Bagi diriku yg telah memberikan kesan,satu emosi dlm diriku..aku telah mengenali ramai rakan rakan baru..dari rakan rakan sebilik ku di bilik D201 Kolej Meranti sehingga lah dlm kelasku sendiri usah diwarwarkan lagi mmg kesemuanya sudahpun menjadi rakan karibku..aku sayangkan kelas MC23S1A (Sesi Julai - November 2009) semoga kita berjumpa lagi semester hadapan!! Rakan rakan ku dari sequence yg lain seperti Salma, Arie serta beberapa nama yg terlampau ramai utk ku sebutkan di sini..terima kasih kerana sudi menjadi rakan baik ku di sini..juga kepada senior – senior ku yg cukup aku senangi di fakulti ku ini seperti abg Meor,kak Ella,kak Fifi,kak Ema,kak Wawa,kak Ain,kak Caca,terlampau ramai..juga tidak aku lupakan semasa aku mula mula menapak di UiTM Shah Alam ini sewaktu program MMS berlangsung di Kolej Meranti seperti abg Ranie,abg Zarul,Shamil, Afiq dan lain lain lagi membuat aku berasa lebih selesa berada di UiTM yg pasti nya aku rasakan memberi satu cabaran yg besar buat org baru sepertiku..ruangan ini mungkin terlampau sedikit utk ku senaraikan nama nama mereka yg lain yg byk berjasa dan membantu ku selama ini dan....

Aduh berat sungguh utk ku menyebut nama nama mereka,kebanyakan mereka sudahpun hampir berjaya menamatkan pengajian mereka di UiTM ini,mereka byk membantu ku tidak kira masa,maklum lah aku hanya seorang junior..terima kasih jasa anda semua tidak dapat dibalas dengan kata kata,tuhan sahaja yg mampu membalasnya..tetapi ada seorang senior yang aku cukup rapat dan merasai kehilangannya pd tahun (semester) hadapan..dialah yg byk membantu ku selama ini,memberikan tunjuk ajar dan sudah ku anggap seperti abg kandung ku sendiri kerana latar keluargaku sendiri aku tidak mempunyai seorang abg dlm keluargku dan kehilangan ayah ku yg kembali ke rahmatullah sejak aku di bangku sekolah rendah lg mmberikan kesan yg mendalam dlm hidupku,hanya akulah seorang yg bergelar lelaki yg tinggal dlm keluargaku..dia byk membantu ku,menjaga aku seperti seorang adik..aku senang..aku amat berterima kasih kepada – Nya kerana mengurniakan seorang senior atau senang ku panggil abg yg cukup baik dan mengambil berat ke atasku..tp sayang nya semester ini adalah semester terakhir baginya sebagai pelajar jurusan Kewartawanan di UiTM sebelum beliau meneruskan latihan praktikal beliau di tempat lain..aku agak sedih dan terkilan kerana begitu singkat masa yg diperuntukkan utk ku mengenalinya sejak berada di UiTM ini saat pertama kali aku menemuinya dan mengenalinya di fakulti semasa induksi MMS kami sebagai pelajar baru yg pertama di tingkat 3 berhampiran Dewan Kuliah 2 dan seterusnya di Dewan Sri Budiman berakhirnya sesi MMS..aku sentiasa berharap dan berdoa supaya abg ku itu sentiasa berada dalam keadaan yg baik di mana sahaja beliau berada dan tidak akan lupa akan keberadaanku di sini..aku ingin menjadi sepertinya suatu hari nanti,aku juga sentiasa berharap agar aku dapat menemuinya lagi pd masa hadapan..terima kasih kepada Ahmad Fayadh Abdul Manaf atau aku lebih senang memanggilnya dengan panggilan abg Fayad,terima kasih byk!! 

Juga ku rakamkan jutaan terima kasih kepada para pensyarahku yg telah byk menaburkan ilmu kepadaku di dalam kelas tanpa penat dan jemu juga tidak mengira masa seperti Pn. Bariah Ismail (Introcom), En. Norsham Firdaus (Sociology), Pn. Noriza Daud (BBM), Ustaz Jailani Sidek (TITAS), Cik Faizah Din (Photocom), Prof Bukhory (Effective Speaking), Dr Mariah Muda (Radio & TV) serta tidak dilupakan Pn. Hariyati Ariffin atau lebih mesra ku sapa dengan panggilan “Mama” (Thinking & Writing) yg telah byk mengajarku tentang erti kehidupan yg sebenar sebagai seorang pelajar universiti…aku ingin memohon jutaan ampun dan maaf andai aku membuat kekhilafan atau melukakan hati seseorg tanpa ku sedari kerana sesungguhnye yg baik itu dtg dari Allah SWT dan yg buruk itu dtg nya dari diri saya sendiri..sememangnya memori yg terpalit sepanjang perjalanan semester 1 ini tidak akan mudah diluputkan mahupun luntur terus dr ingatan serta sanubariku…apa yg aku harapkan semester hadapan akan menjadi semester yg lebih baik bg diriku dan aku dpt bertemu kembali dgn org2 yg ingin ku temui..Insyaallah…TERIMA KASIH SEMUA!!SALAM KEAZAMAN dariku buat anda semua..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Daisypath Happy Birthday tickers