Sunday, November 22, 2015

Selebriti Pilihan Reddy Bulan November 2015 - CK Faizal


Selebriti pertama yang dipilih untuk menghiasi ruangan "Selebriti Pilihan Reddy Bulan Ini" sejak blog ini mula mula menapak. Terfikir untuk menulis tentang selebriti yang dikagumi sepanjang tahun bagi setiap bulan. Jadi jom kita baca selebriti pilihan kali ini buat pertama kalinya.

Bagi yang belum mengenali figura tampan ini, pastinya anda belum pernah menonton beliau beraksi di kaca TV menerusi rancangan berita hiburan ASTRO paling popular, HLive. Che Kamarul Faizal atau lebih mesra dengan panggilan CK Faizal ini merupakan seorang Alumni UiTM dan pastinya anda tidak percaya dengan kepetahannya mengacara dan mengeluarkan kata - kata di kaca TV, beliau sebenarnya pemegang Diploma Sains dari UiTM.

Mengenali CK Faizal, beliau seorang yang sangat ramah dan mudah mesra. Jika anda terserempak dengan beliau di mana - mana, jangan malu dan segan untuk beramah mesra dengan personaliti On Air ini. Pasti anda akan terpesona dengan sifat "vibrant" dan ceria beliau. Bagi yang belum dan ingin mengenali beliau dengan lebih dekat boleh follow Instagram, Twitter dan Facebook beliau. Anda juga boleh menonton beliau di HLive saluran 123 ASTRO RIA HD.

Instagram : @realckfaizal
Twitter     : @realckfaizal
Facebook : Real CK Faizal

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Daisypath Happy Birthday tickers