Tuesday, November 24, 2015

Jom Meriahkan Gempak Keluarga FELDA ASTRO 2015 - Palong Timur Segamat


Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA), FELDA Global Ventures Holdings Berhad (FGV) dan Yayasan Felda mengumumkan koloborasi bersama Astro Malaysia Holdings Berhad (Astro) bagi mengadakan program jelajah; “Gempak Keluarga FELDA” di sepuluh lokasi utama rancangan Felda. Ini adalah julung-julung kalinya Astro bekerjasama dengan Kumpulan FELDA dan beberapa entiti dibawahnya untuk menjayakan program jelajah berbentuk karnival seterusnya menjadikan program ini sebagai salah satu inisiatif tahunan tanggungjawab sosial korporat mereka.

Jangan lepaskan peluang untuk hadir ke FELDA Palong Timur di Segamat, Johor pada 28 November 2015 ini, bermula dari jam 10.00 pagi – 10.00 malam untuk sesi Gempak Keluarga FELDA. Anda bakal bertemu dengan pengacara HLive, CK Faizal dan ramai lagi selebriti ASTRO yang lain. Jom kita meriahkan acara ini beramai - ramai dan peluang untuk mendekati selebriti pujaan anda dengan lebih rapat terutama buat warga FELDA Palong Timur!!

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...