Thursday, November 26, 2015

Hati Kurniaan Tuhan


Assalamualaikum..hye..rasanya lama da tak buat sesi luahan hati dan perasaan dalam blog buruk ni...ok..macam mana nak mula ye...pertama sekali, aku nak ceritakan pasal hati...semua orang ada hati dan perasaan...termasuk lah hati aku ni...aku rasa sakit sangat..dan dah penat..mungkin sampai masa untuk aku berundur dan teruskan dengan sesuatu yang lebih baik..kalau keputusan itu baik untuk semua orang kenapa tidak...pastinya kehadiran aku ada tiada sama..kerana pentingnya peranan seseorang itu adalah kerana hati...

Hati mainkan peranan untuk set kan siapa yang penting di hati siapa...berbicara pasal hati lagi..hati sebenarnya yang mempengaruhi fikiran dan bukan otak..hati ada perasaan...tetapi bukan otak..kita tak boleh menipu diri kita sendiri dengan berkata "ohh aku tak kisah pasal semua tu" tapi dalam hati anda pasti berbisik suara jujur...cuba tanya pada diri, tanya pada hati..jangan sesekali sakiti hati anda sendiri...otak membuatkan kita nampak bodoh tetapi tidak pada hati..

Teruskan hidup seperti biasa kerana Tuhan lebih mengetahui apa yang terbaik untuk hambaNya..jangan ikutkan akal fikiran semata - mata tapi berbisiklah kepada hati..tentang tindakan dan keputusan yang diambil...dan bagi aku sendiri aku teruskan dengan keputusan ini...berjalan dan terus berjalan seperti esok yang menjanjikan sesuatu yang baik bagi diriku..selamat tinggal buat kenangan pahit...

Secara tiba tiba..hati aku menjadi sebak..sedih..aku teringatkan arwah ayah aku...aku hilang kasih sayang beliau sedari umur aku menjengah 12 tahun...beliau tempat aku bermanja suatu ketika dahulu....ayah...saya sayangkan ayah... AL-FATIHAH....


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...