Monday, November 30, 2015

Selebriti Pilihan Reddy Bulan Disember 2015 - Daler Yusuf


Selebriti seterusnya yang dipilih untuk menghiasi ruangan "Selebriti Pilihan Reddy Bulan Ini" Ruangan ini asasnya bagi mengetengahkan bakat baru dalam industri. Jadi jom kita baca selebriti pilihan kali ini bagi bulan Disember 2015.

Nama penuh si jejaka tinggi lampai, putih persis model ini ialah Daler Yusuf bin Muhammad. Beliau dilahirkan pada 31 Disember 1994. Berdarah Uzbekistan, beliau memulakan kerjaya sebagai model iklan komersial. Wajah beliau telah menghiasi kaca TV dan majalah dengan iklan bagi syarikat - syarikat besar dan ternama seperti Maxis, Blackberry, Burger King, Schwarzkopf dan banyak lagi. Berbekalkan wajah Pan Asian menjadikan Daler rebutan ramai pemilik syarikat ternama untuk menjadikan beliau sebagai model yang mewakili jenama mereka. Daler turut mencuri perhatian pereka fesyen tempatan untuk menjadikan beliau model yang menyarungkan persalinan mereka antara yang cukup terkenal adalah Rizman Ruzaini.

Kini Daler Yusuf telahpun mengorak langkah sebagai seorang pelakon. Beliau kini berada di bawah naungan syarikat bakat baru yang cukup terkenal kelolaan David Teo iaitu MIG Talent. Beberapa drama TV telahpun menampilkan Daler sebagai watak cameo atau kemunculan khas dan antara yang menarik perhatian ramai watak "Mika Chanarong" seorang lelaki Thai yang kacak dalam drama Tuan Anas Mikael dia Astro RIA. Daler turut membintangi muzik video pelajar AF2015, Bila yang berjudul Diam Saja. Bakat anak muda ini akan terus menyinar dan itu telah membuatkan beliau telah terpilih sebagai "Selebriti Pilihan Reddy Bulan Disember 2015" pada kali ini. Tahniah Daler Yusuf, semoga terus sukses dalam industri seni Malaysia!!

Instagram : @daleryusuf
Twitter : @daleryusuf
Facebook : Daler Yusuf

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Daisypath Happy Birthday tickers