Sunday, December 13, 2015

PROJECT SG: PRODIGIOUS MODEL SEARCH-SEASON 5 (2015)


Kali ini Project SG : Prodigious Model Search Musim ke-5, pertandingan berkonsepkan "America's Next Top Model" versi Malaysia kembali lagi. Jika musim sebelumnya telah melahirkan bakat bakat yang berpotensi dalam dunia "modeling" tempatan, berlainan untuk musim kali ini barisan peserta yang mewarnai musim kelima ini ternyata bukan sahaja dari anak tempatan malah turut menampilan peserta dari Indonesia dan Singapura. Memperkenalkan barisan 13 Finalis, 6 wanita dan 7 lelaki berlainan latar belakang dan profile bakal berentap dalam merebut gelaran juara untuk edisi kali ini. Jom kita lihat dan kenali dengan lebih dekat lagi seorang demi seorang peserta.




AERON berumur 34 tahun, berasal daripada Pahang, Malaysia. Berketinggian 180cm merupakan antara peserta yang tertinggi bagi edisi kali ini. Bagi pendapat peribadi saya sebagai penulis blog AERON mempunyai potensi sebagai "runway" model cumanya mungkin beliau perlu menambah berat badan sedikit jika ingin lebih menonjol dalam gambar dan untuk gambar minggu ini, saya bagi 5.5 / 10 markah. Selamat maju jaya buat AERON!! (Instagram : @aerondin)


DANNY berumur 20 tahun, berasal daripada Selangor, Malaysia. Berketinggian 180cm merupakan satu kelebihan buat beliau. Bagi pendapat peribadi saya juga DANNY berpotensi sebagai "runway" model dan raut wajah yang komersial untuk model katalog cuma gambar pertama agak sedikit kekok dari segi gaya tangan dan bahu. Markah saya untuk gambar minggu ini, adalah 7 / 10 markah. Selamat maju jaya buat DANNY!! (Instagram : @danialtsu)


AZZUE berumur 20 tahun, berasal daripada Selangor, Malaysia. Berketinggian 165cm AZZUE sedikit rendah berbanding peserta lelaki yang lain namun bertubuh "petite" tidak bermaksud beliau tidak punya kelebihan lain yang mungkin belum ditonjolkan. Bagi pendapat peribadi saya AZZUE perlu memaparkan sedikit sisi maskulin dalam diri beliau untuk syot pada minggu ini. Markah saya untuk gambar ini, adalah 5 / 10 markah. Selamat maju jaya buat AZZUE!! (Instagram : @azzueshah)


DINDA berumur 21 tahun, berasal daripada Indonesia menjadikan beliau satu satunya peserta wanita dari Indonesia. Berketinggian 164cm DINDA nampak tidak kekok dalam memberikan gaya kepada lensa kamera."eye contact" beliau juga kelihatan menarik untuk ditatap. Markah saya untuk gambar minggu ini, adalah 8 / 10 markah. Selamat maju jaya buat DINDA!! (Instagram : @nda.adinda)


AHMAD SHAH berumur 24 tahun, berasal daripada Terengganu, Malaysia. Berketinggian 174cm SHAH mampu memberikan saingan kepada model lelaki yang lain. Cumanya bagi pendapat peribadi saya juga SHAH dalam gambar pengenalan pada minggu ini sedikit lemah dari segi penghayatan raut wajah. Boleh dikatakan SHAH perlu memberi sedikit unsur ketegasan di dalam gambar beliau. Markah saya untuk gambar minggu ini, adalah 7 / 10 markah. Selamat maju jaya buat AHMAD SHAH!! (Instagram : @ahmadshahsulong)


EPY berumur 26 tahun, berasal daripada Perak, Malaysia. Berketinggian 178cm juga merupakan satu kelebihan buat beliau. Bagi pendapat peribadi saya EPY mempunyai wajah yang senang cakap "boleh jual" untuk menjadi seorang model. Cuma untuk gambar minggu ini, EPY dirasakan boleh memberikan lebih lagi terutama pada ekspresi wajah di gambar yang ketiga yang sepatutnya berwajah lebih seksi dan menggoda. Markah saya untuk gambar minggu ini, adalah 7.5 / 10 markah. Selamat maju jaya buat EPY!! (Instagram : @epyzhafri)


SHAFI berumur 21 tahun, berasal daripada negara seberang Indonesia. Berketinggian 165cm SHAFI dilihat mampu memberikan ekspresi wajah yang agak kuat. Bagi pendapat peribadi saya SHAFI punya bakat yang boleh digilap dengan lebih jauh dan siapa tahu yang beliau mampu mengorak langkah jauh bukan saja dalam pertandingan ini tetapi juga di luar. Markah saya untuk gambar minggu ini, adalah 8 / 10 markah. Selamat maju jaya buat SHAFI!! (Instagram : @iman_stagram)


DHANIYA berumur 19 tahun, berasal daripada Kuala Lumpur, Malaysia. Berketinggian 168cm beliau punya raut wajah bujur yang "strong". Bagi pendapat peribadi saya juga DHANIYA dalam gambar minggu ini baik dari segi "facial expression" cumanya dalam gambar nombor tiga, beliau agak terlalu mendongakl dan sepatutnya merendahkan sedikit dagu ke bawah supaya jurugambar boleh menangkap wajahnya yang menarik itu dengan lebih lagi. Markah saya untuk gambar minggu ini, adalah 6.5 / 10 markah. Selamat maju jaya buat DHANIYA!! (Instagram : @neadhaniya)


YANA berumur 20 tahun, berasal daripada Kuala Lumpur, Malaysia. Berketinggian 165cm beliau mempunyai figura tubuh yang menarik. Bagi pendapat peribadi saya YANA memberikan "pose" yang cukup "strong" dalam ketiga tiga gambar beliau untuk minggu pengenalan ini. Cuma ekspresi wajah bagi gambar ketiga perlu lebih tenang dan tidak terlalu nampak tegang Markah saya untuk gambar minggu ini, adalah 7.5 / 10 markah. Selamat maju jaya buat YANA!! (Instagram : @as_liyanaa)


THIYA berumur 20 tahun, berasal daripada Kedah, Malaysia. Berketinggian 165cm beliau punya kelebihan memiliki rupa yang juga "boleh jual" sebagai seorang model. Bagi pendapat peribadi saya THIYA memberikan gaya dan raut wajah yang "strong" pada minggu ini cumanya bagi kebanyakan gambar beliau nampak sedikit menunduk sehingga seolah olah menyembunyikan leher beliau. Markah saya untuk gambar minggu ini, adalah 7.5 / 10 markah. Selamat maju jaya buat THIYA!! (Instagram : @thiyazira)


SHA berumur 22 tahun, berasal daripada Kuala Lumpur, Malaysia. Berketinggian 165cm merupakan SHA mempunyai wajah yang boeh dikatakan "oldies" atau klasik. Bagi pendapat peribadi saya SHA dalam gambar minggu pengenalan ini memberikan gaya yang terlalu selamat untuk pertandingan. Mungkin masih banyak yang perlu dipelajari dalam memberikan gaya. Markah saya untuk gambar minggu ini, adalah 6 / 10 markah. Selamat maju jaya buat SHA!! (Instagram : @sharifahaltaher)


RUWAIDAH berumur 26 tahun, berasal daripada seberang tambak Singapura. Berketinggian 168cm beliau seorang lagi peserta yang mempunyai  "feature" wajah yang "strong" dan punya potensi yang luas untuk digilap. Bagi pendapat peribadi saya pula, RUWAIDAH dalam gambar minggu pengenalan ini nampak begitu yakin dan menyerlah. Markah saya untuk gambar minggu ini, adalah 8 / 10 markah. Selamat maju jaya buat RUWAIDAH!! (Instagram : @ruwaidah_m)


DINIE berumur 22 tahun, berasal daripada Johor, Malaysia. Berketinggian 167cm DINIE punya raut wajah yang komersial, kacak dan "good looking". Bagi pendapat peribadi saya DINIE boleh digilap dari segi penggayaan di hadapan lensa kamera untuk masa depan yang lebih cerah dalam bidang peragaan ini. Markah saya untuk gambar minggu ini, adalah 8 / 10 markah. Selamat maju jaya buat DINIE!! (Instagram : @dinie_ramli)

Jadi inilah dia barisan peserta untuk musim kali ini. Siapakah yang menjadi calon juara pilihan anda?teruskan menyokong perjalanan mereka dalam merebut gelaran juara PROJECT SG: PRODIGIOUS MODEL SEARCH-SEASON 5 (2015). Teruskan sokongan dan undian anda di laman rasmi Facebook SHAH photography atau terus setia di blog ini untuk review pada minggu berikutnya. 


2 comments:

  1. Sebetulnya aku lah yang paling pendek dari pada yang lain tuh

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...