Saturday, November 21, 2015

Movie Review - The Hunger Games : Mockingjay (Part 2)


Hello semua..lama rasanya Am tak buat movie review for this blog. Kali ni Am nak cerita pasal movie paling latest yg rasanya ramai tunggu kesudahan sequel terakhir filem yang diadaptasi daripada antara novel terlaris dunia The Hunger Games. Mockingjay Part 2 secara keseluruhannya bagi yang terlalu mengharapkan cerita ini dipenuhi aksi yang tiada berkesudahan nampaknya anda silap dan mungkin filem ini bukanlah filem yang sesuai untuk anda. Permulaan cerita ini sehingga ke akhirnya bergerak agak perlahan dan kebanyakan babak dialog dalam keadaan yang sunyi.

Namun bagi peminat setia filem siri The Hunger Games ini rasanya filem ini mampu membuat anda tersenyum puas dengan penghabisan cerita yang ditunggu tunggu antara Katniss Everdeen dan Peeta Mellark ini dan pastinya peminat dan penonton ingin tahu bagaimana berakhirnya cinta antara Katniss dan tunangnya Gale Hawthorne. Bagaimana nasib yang dihadapi oleh penduduk Capitol dan Presiden Snow dan apakah perancangan sebenar Presiden Alma Coin terhadap Katniss yang diangkat sebagai Ikon Pemberontakan "The Mockingjay"?Adakah permainan The Hunger Games masih akan diteruskan sekiranya tiada lagi Presiden Snow dalam pemerintahan Capitol? Semuanya akan terjawab dalam siri terakhir filem ini.

Bagi pendapat peribadi Am sendiri, Am cukup menggemari lakonan Jennifer Lawrence dalam siri The Hunger Games ini. Beliau memainkan peranan beliau sebagai Katniss Everdeen dengan cukup sempurna. Bagi keseluruhan review untuk filem ini, dari 5 bintang keseluruhan Am boleh bagi 3.5/5 score. Selamat menonton..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Daisypath Happy Birthday tickers