Friday, June 10, 2011

Maharaja Lawak Minggu 11 di Kuantan, Pahang : Satu Peningkatan





Jika sebelum ini pada minggu ke 10 Maharaja Lawak (ML) telah beraksi di PISA, Penang dan telah dihadiri lebih 12 ribu penonton, pada minggu 11 ini, peserta Maharaja Lawak beraksi pula di Dewan Jubli Perak Sultan Ahmad Shah, Jalan Teluk Sisik ,Kuatan,Pahang..mengambil tema 'bebas' sekali lagi peserta yang tinggal iaitu Jozan, Sepah, Nabil, Jambu dan R2 memanfaatkan tema tersebut sebaik - baiknya..seperti biasa juga semasa undian dipamerkan pada awalnya, kedudukan undi adalah seperti berikut :


Pada kali ini, terdapat dua pusingan untuk setiap peserta yang tinggal, pusingan pertama bebas telah dimulakan dengan Kumpulan Jambu yang mengangkat tajuk suasana di dalam disko, kemudian R2 dengan adegan meniaga buah - buahan, Sepah dengan tajuk membunuh diri, Nabil dengan lawak solonya sebagai tukang urut Thailand dan akhir sekali Jozan yang dirasakan mempamerkan prestasi terbaik mereka minggu ini dengan lawak ketika menonton Astro di televisyen..sesi kedua diteruskan dengan pihak produksi telah memberikan 2 barangan dan mereka harus menggayakan atau menggunakan barangan tersebut sebagai props yang pelbagai di luar fikiran secara normal..



Tiba di saat atau detik penyingkiran, pengacara AC Mizal dan juri iaitu Mamat Khalid telah mengumukan 3 nama yang mempunyai undian terendah pada akhir rancangan tersebut..nama yang telah mendapat undian terendah terdiri daripada R2, Nabil dan Jambu..namun seperti diduga, kejutan juga berlaku pada Minggu ke 11 kali ini di mana tiada penyingkiran diumumkan!!! Jadi kesemua peserta yang masih tinggal berjaya mara ke pusingan minggu ke - 12 hadapan yang bakal berlangsung di Johor pula...jadi warga Johor, sama - samalah memeriahkan Maharaja Lawak pada minggu hadapan!!

PILIHAN AZAM REDDY ML MINGGU 11

1) JOZAN
2) NABIL
3) SEPAH
4) JAMBU
5) R2

P/S: JOZAN nye lawak minggu ini terbaik...agak kreatif laa..tidak lah memperbodohkan diri di atas stage utk bagi audiens ketawa..huhu...dan cabaran juga utk NABIL maintain lawak dia sebab dia wat lawak secara solo, agak sukar di situ..JAMBU ok je..tp jujurnya kadang - kadang rasenya mereka mcm dah jadi umpama "badut" di atas stage semata - mata nak bagi org ketawa dgn kostum dan sebagainya..huhu..org mmg gelak la kan..bkn niat mengutuk ke apa tp itu hanyalah pendapat Azam saja..terpulang pd pendapat org lain kan..lain org lain cara penilaiannye..SEPAH agak konsisten sebab mereka bertiga, jadi idea mereka semestinye byk dan takkan putus...janji hepi..weeeeeeeeee~



Saksikan Video Persembahan Mereka di Gua.TV (http://www.guatv.com/categories&c=&lo=&s=mr)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Daisypath Happy Birthday tickers