Saturday, June 11, 2011

Piala FA 2011 : Tahniah..Milik Mutlak Terengganu!!



Perlawanan Akhir Piala FA 2011 yang telah berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil telah menyaksikan Terengganu sekali lagi berjaya menjulang Piala FA 2011 pada kali ini setelah kali terakhir merangkul kejuaraan tersebut pada tahun 2000 yang lalu..kemenangan berharga Terengganu itu sekaligus menghampakan Kelantan untuk menjulang piala itu..perlawanan yang melibatkan 2 gergasi pantai timur itu berakhir dengan gol 2 berbalas 1 apabila Kelantan terlebih dahulu membolosi gawang lawan hasil jaringan Nurul Azwan Roya pada minit ke - 79 dan kemudian sedikit kesilapan yang dilakukan oleh pemain Kelantan iaitu Mohd Daudsu yang telah terjaring gol sendiri untuk pihak lawan dan mengikat mereka seri satu sama..ketika masa tambahan sesi kedua berlangsung, Terengganu terus gagah menembusi gol pihak lawan dengan gol kemenangan mereka pada malam itu..kapten pasukan Terengganu iaitu Marzuki Yusof juga dinobatkan sebagai "Pemain Terbaik" dan memberikan detik berharga buat beliau pada tahun ini selaku pengemudi pasukan..


P/S : Kalah menang adat bertanding...buat Terengganu, syabas diucapkan..kepada pasukan Kelantan, boleh cuba lagi pada tahun hadapan...tak nak gaduh - gaduh ye..kita semua Satu Malaysia..Pada yang tidak berkesempatan menonton, mari saksikan video perlawanan tersebut di SINI!! Majulah Sukan Untuk Negara!! weeeeeeeee~

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Daisypath Happy Birthday tickers