Friday, June 10, 2011

Debaran Konsert Akhir Akademi Fantasia 9!!


Lagu Single Finalis:
Fina - Menangis Lagi
Azri - Niskala
Lena - Sisa Kisah Kita
Hazama - Cinta Teragung

Lagu tugasan:
Fina - Satu Harapan (Jaclyn Victor)
Azri - Ku Tak Bisa (Slank)
Lena - Dunia (Bunkface)
Hazama - Pukau (Tomok)

Lagu Bonus - Firework (Katy Perry)

Pada konsert terakhir ini, pelajar diberikan dua lagu iaitu lagu tugasan dan lagu single terbaru yang dicipta khas buat finalis Akademi Fantasia. Single-single terbaru dari finalis Akademi Fantasia telah pun disiarkan di radio Era FM, stesen radio rasmi Akademi Fantasia. Siapakah antara Hazama, Lena, Azri dan juga Fina yang bakal menjadi Juara Akademi Fantasia yang terakhir kali ini setelah tersingkirnya Erul? Semuanya terletak di tangan anda apabila sekali lagi jari menjadi juri.

Saksikan Konsert Akademi Fantasia 9 AKHIR yang julung kalinya akan diadakan secara terbuka di Dataran Putrajaya, Putrajaya pada hari AHAD, 12 Jun 2011! Pelbagai acara sudah diatur untuk tontonan dan hiburan anda seisi keluarga! Saksikan juga persembahan peserta Maharaja Lawak pada jam 8 malam sebelum Konsert Akademi Fantasia 9 AKHIR bermula! Jom datang beramai-ramai! Masuk adalah PERCUMA!





Paparan undian di Butang R dan di laman web tidak akan disiarkan mulai hari ini. Teruskan mengundi calon Juara Akademi Fantasia 9 sekarang! Taip AFUNDI a Pelajar> dan hantar ke 32999. Undian pukal AFUNDI<3/5/10/20> juga hantarkan ke 32999.

Jangan lepaskan peluang untuk menjadi yang pertama menonton KLIP KLIP AF9 menampilkan Muzik Video terbaru dari AZRI, HAZAMA, ERUL, LENA, NERA dan FINA! Pada hari Ahad, jam 11.30 malam, eksklusif di Astro Ria (saluran 104)



Sumber : Laman Web Rasmi AF9 Astro

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Daisypath Happy Birthday tickers