Thursday, June 9, 2011

Ucapan Ulangtahun Kelahiran Azam Daripada Shahir...




Post ini agak lewat dikeluarkan dari simpanan sebenarnye..dah masuk bulan Jun baru nak post kan..haha..well, saja mahu bercerita kembali cerita yang sudah basi rasanya..Sambutan ulangtahun kelahiran Azam pada tahun ini (25 April) macam biase la disambut lewat sehari pada 26hb April..first pada sebelah petang dan malam itu disambut bersama Ikram (terima kasih atas hadiah 'perfume' tersebut), Salma, Shahir AF8, geng KPS, SHZ dan yg lainnye di Plaza Alam Sentral, kebetulan Shahir turut mengadakan 'recording' bagi pencalonan lagu single baru beliau "Luar Biasa" di Sri Pentas 2 ketika itu..jumpa Shahir saja, ayat pertama yang keluar dari mulut Shahir apabila ternampak Azam "lamanya tak jumpa Azam"..yalah, kali terakhir kami berjumpa pun semasa bercuti bersama Shahir di Singapura (Universal Studio) bulan Februari lepas kalau Azam tak silap..jadi Alhamdulillah, kesempatan yang ada digunakan sebaiknya..Shahir sudi merakamkan ucapan hari jadi peribadi beliau kepada Azam..so dapat rakaman video ucapan daripada Shahir sendiri, sangat berharga la apabila Shahir turut menarik dan mengundang Azam turut sama semasa sesi rakaman video tersebut...










Selesai berjumpa Shahir dan mengucap selamat tinggal kepada beliau, Azam kemudian balik ke kolej dan ke Bilik Persatuan Kejuruteraan Awam (PERKA) terkejut dapat satu lg kejutan hari jadi from my friends "family" (Meranti Family Hoodies)..sangat terharu dengan kejutan daripada mereka...terima kasih banyak kepada Jannah, Deqbang, Nua, Amyra kerana sudi mengatur pelan kejutan tersebut (walaupun Azam dapat menghidunya sedikit..hehe) Alhamdulillah..rezeki dapat makan dua kek pada hari tersebut..terima kasih semuanya atas ucapan, sambutan dan hadiah..moment yg sgt2 berharga tahun ni, Alhamdulillah tua setahun lg...weeeeee~ ^_^

Selang beberapa hari, pada 29hb April berjumpa lagi Shahir untuk tayangan khas Filem "Karak - Laluan Puaka" di AEON Cheras Selatan bersama para pelakon Karak dan KRU Studios..tayangan ini istimewa kerana ditayang sebulan lebih awal dari tarikh tayangan sebenar dan bersama Shahir sendiri...Filem lakonan sulung Shahir ini ternyata tidak mengecewakan...walaupun terdapat beberapa kelemahan namun masih punya kekuatan dan auranya yang tersendiri..sekarang sudahpun berada di pawagam...








Selesai Preview Filem Karak, Azam perlu meneruskan tugas pada 1hb Mei untuk menjadi Pengacara di "Majlis Hi-Tea Bersama Shahir AF8" di LightHouse Beach Bistro, Sunway Lagoon..membawa tema warna biru dan santai, Azam memilih untuk mengenakan satu sut blazer hitam dengan perincian 'turqoise blue' (hasil kerja tangan sendiri) bersama tali leher 'turqoise', dipadankan bersama kemeja hitam ungu dan seluar 'slack' hitam.. ternyata menggalas tugas sebagai 'host' dalam majlis yang melibatkan selebriti dan pihak media dalam dunia hiburan ini merupakan tugas yang agak besar untuk digalas namun, Alhamdulillah ianya berjaya ditangani dengan jayanya..terima kasih kepada pihak KPS kerana telah memberikan Azam peluang.....weeeeeeeee~









4 comments:

  1. hahaha.. azam.. u 4 get to put ur bestest fren name.. DD.. nnt sentap 800 ratus tahun plak kang.. huhuhu..

    ReplyDelete
  2. motif laaa jannah..teeeeeeett..hehe...so hows my blog now??ceria x??hehe..weeeeeeee~

    ReplyDelete
  3. merah sgt.. tgk kite pye.. calm n mystery.. huhuhu..

    ReplyDelete
  4. hahaha..tgk la orgnye..reddy gak...huhu...hehe..da bace jannah nye...weeeeeeeee~

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...