Friday, September 4, 2009

Majlis "Berbuka Puasa UFM - Info Muzik Terkini"


Tanggal 5 September 2009 (Khamis)

Satu
Majlis Berbuka Puasa anjuran UFM telah diadakan di Dewan Annexe UiTM Shah Alam bagi meraikan anak anak dari Rumah Perlindungan PERNIM..beberapa artis turut dijemput bagi memeriahkan majlis yg mulia ini antaranya Noh dari kumpulan Hujan, kumpulan Duta,Kumpulan Grey Sky Morning dan lain lain lagi..jutaan terima kasih turut ditujukan kepada Dekan Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media (FKPM), Prof Madya Dr. Mohd Adnan Hashim kerana sudi hadir turun padang merasmikan majlis tahunan UFM ini,sememangnya seperti yang semua sedia maklum, UFM iaitu radio rasmi UiTM telah diletakkan di bawah tanggungjawab FKPM dan merupakan peneraju radio universiti yg pertama di Malaysia..acara dimulakan dengan ucapan perasmian oleh dekan FKPM..kemudian majlis telah diteruskan dengan upacara berbuka puasa dan solat maghrib..persembahan daripada beberapa artis jemputan turut diadakan selepas itu..majlis yg berlangsung dgn cukup meriah itu diakhiri dengan pemberian cenderahati dan sumbangan kepada anak anak dari PERNIM serta sesi fotografi.. (laporan ini akan dikemaskini selepas maklumat lanjut mengenai program diperolehi dengan lebih terperinci)

Sekalung ucapan tahniah kepada semua warga kerja UFM yg terlibat bagi menjayakan majlis yang mulia ini..tidak lupa juga mana mana pihak yg terlibat secara langsung ataupun tidak langsung dari segi penajaan serta masa yg dan tenaga sudi diluangkan..hanya tuhan yg mampu membalasnya..sekian wassalam...




Bersama - sama Noh kumpulan Hujan

Para jemputan mengambil menu berbuka yang disediakan


Bersama - sama vokalis kumpulan Duta






Bersama - sama para penyampai senior UFM


Bersama DJ Lisa

Meriahnya suasana segempak UFM!!

Bersama salah seorang anak daripada PERNIM

Laporan disediakan oleh : DJ Azam

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Daisypath Happy Birthday tickers