Thursday, September 3, 2009

Hari "Bertamu di Anjung Raudhah" di FKPM


Tanggal 3 September 2009 (Rabu)

Di Anjung Raudhah Jalin Muafakat,
Ukhuwah Terjalin Kasih Disemai,
Bertamu Datang Amalan Berkat,
Duniawi Hakiki Damai Dan Permai..

Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media (FKPM) dengan kerjasama MASSA julung julung kalinya telah menganjurkan program yg dinamakan "Bertamu di Anjung Raudhah" bertempat di Masscomm Square,FKPM..program yang penuh dengan pengisian kerohanian ini bermula pada jam 6.30 pm dengan pendaftaran peserta peserta program yg dihadiri oleh seramai lebih 250 orang yg terdiri daripada pelajar, staf dan pensyarah FKPM, mereka telah diberikan bungkusan kurma, kuih muih dan sebotol air mineral untuk santapan berbuka ringan beserta borang kaji selidik dan tentatif program, para tetamu mula mengambil tempat duduk di bawah khemah yang disediakan..program ini juga dihadiri beberapa jemputan kehormat termasuk Dekan Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media sendiri,Prof Madya Dr. Mohd Adnan Hashim yang sudi turun padang pada hari tersebut..selesai memberikan ucapan perasmian majlis,acara diteruskan dengan forum yang berkonsepkan ala Forum Perdana Hal Ehwal Islam yang bertajuk "Menuntut Ilmu Sebagai Satu Ibadah" bersama moderator yg menerajui forum, saudara Mohamad Bukhari Abdul Aziz dengan dibantu 2 org ahli panel yg dijemput khas dan sudi berkongsikan pengalaman mereka iaitu Dr. Afandi Mat Rani dan saudara Helmi Zainal Abidin yg merupakan bekas pelajar FKPM..setelah hampir 30 minit forum berlangsung dengan cukup menarik, jam hampir menunjukkan waktu berbuka puasa..sebaik alunan azan maghrib bergema memecah keheningan Masscomm Square, para tetamu menjamah dahulu hidangan kecil yang diberikan sebentar tadi..kemudian para jemputan terus mendirikan solat maghrib secara berjemaah..acara kemudiannya diteruskan lagi dengan para tetamu menyantap hidangan berbuka puasa yg lebih berat..selang beberapa minit selesai para jemputan menjamu selera, solat isyak secara berjemaah dan solat tarawikh sebanyak 8 rakaat telah diadakan..selesai bersolat tarawikh, para tetamu mula mengambil hidangan makan malam yang disediakan dan bersurai..akan tetapi masih kelihatan beberapa orang pelajar dari kelas Pn. Hariyati Ariffin atau lebih mesra dengan panggilan Mama mengambil kesempatan yg ada untuk menemubual beberapa wakil AJK dari MASSA bagi menyempurnakan tugasan laporan mereka berkenaan majlis ini..majlis yang tamat lebih kurang pada pukul 10.30 mlm itu diakhiri dengan jayanya..sekalung ucapan tahniah kpd para AJK MASSA dan para sukarelawan ad-hoc yg sudi membantu bagi melancarkan perjalanan majlis pada malam tersebut..

Di Anjung Raudhah kita Bertamu,
Moga Terzahir Amal Yang Diberi,
Terjalin Muafakat Lama dan Baru,
Salah dan Silap Harap Dimaafi....

Bersama Para AJK MASSA dan ad-hoc dalam Sesi "Post Mortem" ringkas selesai program


Para jemputan sedang menjamu selera

Sesi temubual bersama beberapa wakil AJK MASSA oleh para pelajar

"Forum Perdana Hal Ehwal Islam - Menuntut Ilmu Sbg Satu Ibadah"

Para tetamu khusyuk mendengar perbincangan forum

Dekan FKPM memberikan ucapan perasmian majlis

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...