Thursday, September 3, 2009

Gementarnya!! Aku Belum Bersedia...Tetapi Syukur Tidak Terhingga!!

Tanggal 1 & 2 September 2009 (Selasa & Rabu)

Aku bangun awal di hari selasa..walhal kelas Intro Com bermula jam 10.30 pagi tp mataku sudah dicelikkan seawal jam 7 pagi,mengapa??aku harus berkejar ke Menara SAAS UiTM utk sesi ujibakat yg kedua sebagai juruhebah (DJ) UFM..aku agak gelabah pd pagi itu..aku pun bersiap dan segera tiba di konti UFM di tingkat 13 seawal jam 8.30 pagi seorang diri..aku pun mghubungi rakan2 kelas ku yg juga merupakan calon dj pd pagi itu iaitu seramai 3 org lagi..aku dgn tiada persediaan apa2 pada pagi tersebut hanya berbekalkan apa yg bermain di kepala..aku pun dipanggil masuk,fuh cukup gementar,dgn suasana konti yg cukup sejuk dgn pendingin hawa..aku pun memulakan tutur bicara ku dgn diadili 3 org ahli panel..hanya tuhan yg tahu bagaimana gementarnya perasaan ku pd masa itu..selesai ditemubual,aku pun perlu membuat program sndiri dan membaca berita..aku tidak rasa aku sudah melakukan yg terbaik,jadi hanya menanti keputusan dr mereka dgn panggilan keesokan harinya,jika tidak terpilih pun aku pasrah..sesudah melalui sesi ujibakat saringan kedua tersebut,aku pun mengorak langkah menaiki bas rapidkl dalaman menuju ke fakulti..aku sudah lewat 15 minit ke kelas Pn.Bariah!!aku pun bergegas ke kelas..fuh,nasib sahaja beliau tidak memarahi ku..selesai kelas,satu lg dugaan tiba,Sociology test kendalian En.Norsham..aku tidak mahu memberikan komen apa apa mengenai ujian tersebut,cukup aku katakan yg aku mmg tidak bersedia dan gagal utk mnjawab dgn baik..hanya fakta sendiri..


Ketika menghadiri ujibakat saringan kedua penyampai radio UFM

Keesokan harinya semasa kelas Photo Communication kendalian Cik Faizah,rakanku Zaidi telah menerima panggilan telefon dr pihak UFM yg menyatakan yg aku,zaidi dan lisa sudah terpilih utk mnjadi penyampai UFM!!alhamdulillah..berita yg cukup mengembirakan aku pd hari tersebut..kemudian gambar2 yg aku ambil utk pembentangan yg bertemakan "Di Taman Teman" turut dinilai oleh Cik Faizah pd petang itu mndapat markah yg agak tinggi..Ya Allah,Alhamdulillah!! pada malam hari pula pd jam 8 malam aku berjalan kaki ke Plaza Alam Sentral utk membeli beberapa alat keperluan..sesudah sampai ke kolej dgn berjalan kaki,aku menerima panggilan dr abg Tash yg menyuruhku bersiap utk pergi ke fakulti atas tanggungjawab ku sebagai ad-hoc Biro Teknikal dan Logistik..aku pun menaiki kereta abg Tash bersama rakan ku Khairie..aku perlu menunggu khemah tiba..semasa menunggu di bilik gerakan MASSA dan dgn berbekalkan makanan ringan yg aku beli bersama kak Fifi di seksyen 2 sebentar tadi,aku menanti dgn penuh sabar berbekalkan laptop di riba aku menyambung menyiapkan beberapa assignment ku..kemudian abg Fayadh datang bersama2 dgn abg Fariz..sudah agak lama juga aku tidak bertemu dan berbual bual dgn abg Fayadh akibat beberapa kekangan..aku juga sempat berbual2 di kafe fakulti dgn kak Fifi berkenaan akademik writing yg langsung aku tak fahami sbg pelajar semester 1 ini..kemudian abg Fayadh juga turut menyertai perbincangan kami pd pagi itu,seronok juga..setelah beberapa jam menunggu,khemah tiba lebih kurang jam 3 pagi..aku pun membantu mengangkat beberapa barang..fuh,letih dan mengantuk..selesai kesemuanya jam 4.30 pagi,aku dan rakan2 ku pun pulang dan singgah makan bersahur di Restoran Hakim di Seksyen 7..kemudian aku pun pulang ke Kolej Meranti dan terus ketiduran akibat keletihan melampau..zzzzzzz....

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Daisypath Happy Birthday tickers