Tuesday, September 15, 2009

"Jom Ramadhan Jom Bubur Lambuk" FKPM 2009


Tanggal 10 September 2009 (Khamis)

Satu program yang diberi nama "Jom Ramadhan Jom Bubur Lambuk" anjuran Sekretariat Mahasiswa Fakulti yg diketuai oleh pengarah projek, saudari Siti Fariza Mohamad Isa telah selamat dijalankan dgn jayanya..program yg bermula seawal jam 8.00am itu dimulakan dgn penyediaan bahan bahan utk memasak bubur lambuk..beberapa org krew telah dipilih dan sambutan dan respons beberapa org pelajar terhadap program ini sungguh menggalakkan..ketua masakan pd hari itu iaitu saudara Ahmad Fayadh telah mengambil inspirasi dr resepi bubur lambuk Kampung Baru utk diaplikasikan dan diagihkan kepada warga fakulti dan org ramai.. pd hari tersebut sebanyak 3 buah periuk telah berjaya dimasak secara beramai2 oleh krew2 yg terlibat..walaupun terdapat beberapa masalah teknikal yg berlaku semasa hendak memasak periuk yg ketiga,akan tetapi masalah itu masih berjaya diatasi..terima kasih juga diucapkan kepada beberapa org staff dan pensyarah Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media (FKPM) yg sudi turun padang dan menjenguk kami memasak bubur lambuk di Masscom Square, FKPM dan lebih bermakna apabila Dekan FKPM sendiri iaitu Prof Madya Mohd Adnan Hashim juga turut singgah menjenguk kami,terima kasih Prof!!

Selesai memasak,bubur bubur tersebut kemudian diagihkan kepada org ramai melalui kaunter yg telah disediakan sambil suasana begitu meriah dgn kehadiran org ramai diiringi alunan seleksi lagu raya bergema di Masscom Square..sambutan yg diterima begitu menggalakkan sehingga bubur yg hendak diedarkan tidak mencukupi dan ada juga pelajar dr fakulti jiran iaitu Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi serta Fakulti Sains Pentadbiran dan Pengajian Polisi turut hadir mengambil kesempatan utk mendapatkan edaran bubur lambuk yg diagihkan secara percuma pd hari itu..acara kemudiannya tamat pd jam lebih kurang 8.00am dgn jamuan berbuka puasa pd sebelah mlm yg telah dihadiri oleh beberapa org pensyarah FKPM dan krew bertugas..



SEKALUNG TAHNIAH DAN UCAPAN TERIMA KASIH DIUCAPKAN KEPADA SEMUA YG TERLIBAT SECARA LANGSUNG ATAU TIDAK LANGSUNG BAGI MENJAYAKAN MAJLIS YG MULIA INI..SEGALA KESULITAN DAN KELEMAHAN SEPANJANG PROGRAM HARAP DIMAAFKAAN..



Bersama sama antara Krew "Jom Ramadhan Jom Bubur Lambuk"


Bubur lambuk FKPM dapat sambutan hangat pada hari tersebut..

Krew sedang sibuk membungkus bubur lambuk dah siap untuk diagihkan..

Tolong bagi saye satu ye..nak bawak balik rumah..

Dah siap pun..macam sedap je..nak rasa boleh??


Dah penat tampal label,masa untuk bergambar..peace!!!



Kacau jgn tak kacau nanti tak jadi bubur lambuk pulak..


Dekan FKPM sudi turun ke Masscom Square menjenguk bubur lambuk kami..

En.Jem pun datang tengok kami jugak...

Sibuk menguruskan P.A system,semangat nak pasang lagu raya kot..

Sambil potong daging pun sempat interframe..


Krew sedang sibuk menyediakan label utk bubur lambuk..

LAPORAN RINGKAS OLEH : AZAM (MC223 PART 1)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Daisypath Happy Birthday tickers