Tuesday, August 25, 2009

Program Pencegahan H1N1 di FKPM!!


Tanggal 24 Ogos 2009 (Isnin)

Pelancaran "Program Pencegahan H1N1" yg dianjurkan oleh MASSA dgn kerjasama kelab - kelab dalaman telah berlangsung dgn jayanya pada pagi ini..Program yg dijangkakan berlangsung selama sebulan itu telah dirasmikan dgn jayanya oleh Dekan Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media (FKPM), Prof Madya Mohd Adnan Hashim di hadapan Pejabat Pentadbiran Am FKPM dgn menandatangani lampiran poster program sebagai simbolik perasmian acara berkenaan..utk makluman pembaca juga, FKPM merupakan fakulti yg pertama dan menjadi pelopor kpd program seumpama ini di UiTM, tahniah diucapkan di atas usaha murni dan efektif tersebut..beberapa wakil dari MASSA dan kelab - kelab dalaman telah dilantik menjadi ejen pencegah H1N1..program pd pagi itu dimulakan dgn pengagihan topeng muka ke setiap kelas - kelas yg berkesempatan..pelajar - pelajar dan pensyarah turut diberikan topeng muka percuma pd hari ini sbg langkah mencegah penularan wabak H1N1..pelajar yg menerima topeng muka berkenaan digesa supaya terus memakai topeng berkenaan sbg tanda menyokong program yg dianjurkan oleh fakulti ini..walaupun ada beberapa kelas yg tidak berkesempatan utk dilawati pd pagi tersebut akibat kekurangan bekalan topeng muka, diharapkan pada masa akan datang warga fakulti mengambil langkah pencegahn sendiri bg mengelakkan wabak pembawa maut ini dari terus menular..sesungguhnya ungkapan yg kerap disebut dan dilaungkan ada benarnya, "mencegah itu lebih baik dari mengubati.." sama - sama lah kita bukan sahaja di FKPM, tetapi seluruh UiTM dan dunia, berganding bahu bagi membendung wabak ini merebak dan meragut lebih banyak nyawa..


Monday, August 24, 2009

Selamat Menyambut Ulang Tahun Kemerdekaan Negara Ke-52!!


Bersatu Rakyat Menjalin Muhibah,
1 Malaysia Amalan Dipegang,
Merdeka Negara 52 Tahun Sudah,
Jasa Pejuang Harus Dikenang!!


1 MALAYSIA : RAKYAT DIDAHULUKAN PENCAPAIAN DIUTAMAKAN..

MARI KITA BERSAMA SAMA MENGIBARKAN JALUR GEMILANG DI SAMPING MEMANFAATI BULAN RAMADHAN YG MULIA INI DGN MENSYUKURI RAHMAT KURNIAAN ILAHI PD BUMI BERTUAH INI..MERDEKA!!

Friday, August 21, 2009

Mencuba Nasib di UFM - Info Muzik Terkini..


Tanggal 21 Ogos 2009 (Jumaat)..

Hari ini aku agak teruja dan gementar..aku menaiki lif ke Tingkat 13,Menara Sultan Abdul Aziz Shah UiTM Shah Alam..aku masih tidak dapat menyembunyikan perasaan gugup ku..sesampai ke tingkat 13,aku terus meluru ke pejabat UFM..sebelum ini aku sudah pernah ke sini sebelum mereka menunda tarikh ujibakat tersebut ke minggu ini..seperti biasa tingkat 13 ini agak sunyi dan terpecil suasana nya..sedang menuju ke pejabat,aku terserempak dgn rakan rakan ku yg lain..aku pun mengambil tempat duduk ku dan mengisi borang ujibakat..kemudian aku diberikan dua helaian skrip berita, berita ekonomi dlm bahasa melayu sermentara berita sukan dlm bahasa inggeris..aku pun terus membaca skrip tersebut dan mengadaptasikan nya dalam fikiran ku bg melancarkan tutur kataku..selesai giliran zaidi rakan kelasku,kini tiba giliran ku..alamak..aku pun melangkah masuk dan memberikan salam..aku lihat ada 2 org panel yg menilai,seorg lelaki dan seorg wanita..aku duduk dan memperkenalkan diri..fuh..aku dah mula gelabah..panel2 yg berada di situ meminta supaya aku bertenang..aku pun memulakan tutur bicaraku menggunakan mikrofon dan headphone,gaya seorang penyampai radio yg sebenar..aku pun terus memperkenalkan diriku,membaca keratan berita yg diberikan,mengendalikan segmen ku sndiri..dan plg mengejutkan aku perlu berlakon..fuh!! nasib baik aku ada pengalaman berlakon beberapa kali sebelum ini..sesudah semua sesi berakhir,aku pun melangkah keluar..keputusan nya akan diketahui jika mereka menghubungi ku nanti..mudah mudahan aku berjaya..amin..

Salam Ramadhan Pembuka Bicara



Salam Ramadhan Pengukuh Ukhuwah,
Menjadi Pemangkin Amal Kebaikan,
Dosa Ditegah Pahala Ditambah,
Supaya Insan Mendapat Kemuliaan...

Selamat Menyambut Ramadhan Al - Mubarak kpd Semua Warga2 Siber Sekalian..Semoga Ramadhan kali ini lebih bermakna buat kita semua.. Insyaallah..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Daisypath Happy Birthday tickers