Friday, August 21, 2009

Mencuba Nasib di UFM - Info Muzik Terkini..


Tanggal 21 Ogos 2009 (Jumaat)..

Hari ini aku agak teruja dan gementar..aku menaiki lif ke Tingkat 13,Menara Sultan Abdul Aziz Shah UiTM Shah Alam..aku masih tidak dapat menyembunyikan perasaan gugup ku..sesampai ke tingkat 13,aku terus meluru ke pejabat UFM..sebelum ini aku sudah pernah ke sini sebelum mereka menunda tarikh ujibakat tersebut ke minggu ini..seperti biasa tingkat 13 ini agak sunyi dan terpecil suasana nya..sedang menuju ke pejabat,aku terserempak dgn rakan rakan ku yg lain..aku pun mengambil tempat duduk ku dan mengisi borang ujibakat..kemudian aku diberikan dua helaian skrip berita, berita ekonomi dlm bahasa melayu sermentara berita sukan dlm bahasa inggeris..aku pun terus membaca skrip tersebut dan mengadaptasikan nya dalam fikiran ku bg melancarkan tutur kataku..selesai giliran zaidi rakan kelasku,kini tiba giliran ku..alamak..aku pun melangkah masuk dan memberikan salam..aku lihat ada 2 org panel yg menilai,seorg lelaki dan seorg wanita..aku duduk dan memperkenalkan diri..fuh..aku dah mula gelabah..panel2 yg berada di situ meminta supaya aku bertenang..aku pun memulakan tutur bicaraku menggunakan mikrofon dan headphone,gaya seorang penyampai radio yg sebenar..aku pun terus memperkenalkan diriku,membaca keratan berita yg diberikan,mengendalikan segmen ku sndiri..dan plg mengejutkan aku perlu berlakon..fuh!! nasib baik aku ada pengalaman berlakon beberapa kali sebelum ini..sesudah semua sesi berakhir,aku pun melangkah keluar..keputusan nya akan diketahui jika mereka menghubungi ku nanti..mudah mudahan aku berjaya..amin..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...