Tuesday, August 25, 2009

Program Pencegahan H1N1 di FKPM!!


Tanggal 24 Ogos 2009 (Isnin)

Pelancaran "Program Pencegahan H1N1" yg dianjurkan oleh MASSA dgn kerjasama kelab - kelab dalaman telah berlangsung dgn jayanya pada pagi ini..Program yg dijangkakan berlangsung selama sebulan itu telah dirasmikan dgn jayanya oleh Dekan Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media (FKPM), Prof Madya Mohd Adnan Hashim di hadapan Pejabat Pentadbiran Am FKPM dgn menandatangani lampiran poster program sebagai simbolik perasmian acara berkenaan..utk makluman pembaca juga, FKPM merupakan fakulti yg pertama dan menjadi pelopor kpd program seumpama ini di UiTM, tahniah diucapkan di atas usaha murni dan efektif tersebut..beberapa wakil dari MASSA dan kelab - kelab dalaman telah dilantik menjadi ejen pencegah H1N1..program pd pagi itu dimulakan dgn pengagihan topeng muka ke setiap kelas - kelas yg berkesempatan..pelajar - pelajar dan pensyarah turut diberikan topeng muka percuma pd hari ini sbg langkah mencegah penularan wabak H1N1..pelajar yg menerima topeng muka berkenaan digesa supaya terus memakai topeng berkenaan sbg tanda menyokong program yg dianjurkan oleh fakulti ini..walaupun ada beberapa kelas yg tidak berkesempatan utk dilawati pd pagi tersebut akibat kekurangan bekalan topeng muka, diharapkan pada masa akan datang warga fakulti mengambil langkah pencegahn sendiri bg mengelakkan wabak pembawa maut ini dari terus menular..sesungguhnya ungkapan yg kerap disebut dan dilaungkan ada benarnya, "mencegah itu lebih baik dari mengubati.." sama - sama lah kita bukan sahaja di FKPM, tetapi seluruh UiTM dan dunia, berganding bahu bagi membendung wabak ini merebak dan meragut lebih banyak nyawa..


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Daisypath Happy Birthday tickers