Monday, October 29, 2012

Filem Bunohan Dalam Senarai 85th Academy Awards


SEBAIK mendapat tahu filem Bunohan berada dalam penilaian Academy Awards akan datang, SS tiba-tiba bersemangat membuka YouTube untuk menonton semula filem itu. Mendengarnya saja sudah menyeronokkan, apatah lagi mengetahui filem buatan Malaysia itu berada dalam senarai pencalonan awal untuk bersaing dengan filem antarabangsa.

Difahamkan, Bunohan kini berada dalam senarai filem antarabangsa yang bersaing dalam kategori Best Foreign Language Film untuk Academy Awards ke-85, membabitkan penyertaan lebih 70 negara seluruh dunia. Cerita yang sampai ke telinga SS ini pasti membanggakan industri tempatan yang selama ini dianggap hanya buat filem tangkap muat, tidak cukup garam dan tiada ‘kick’ untuk menarik penonton ke pawagam.

Lebih membanggakan, filem arahan Dain Said itu bersaing di kalangan kira-kira 70 negara antarabangsa dalam pencalonan kategori berkenaan. Bukan mudah kerana filem ini akan bersaing dengan karya sutradara dari Iran, Republik Czech, Kanada, Finland, Croatia dan banyak lagi.

Di sebalik pelbagai kritikan terhadap filem itu terutamanya di kalangan pengarah filem dan ahli politik, filem itu tetap memiliki jalan cerita yang setaraf filem negara lain. Sekalipun tidak mendapat kutipan tertinggi atau pecah panggung ketika ditayangkan di negara ini pada Mac lalu, pencalonan itu sekurang-kurangnya membuka mata penggiat filem antarabangsa terhadap kemampuan sutradara negara ini.

SS harap Bunohan akan mampu berada dalam kedudukan Top 5 apabila pencalonan akhir kategori itu diumumkan pada 10 Januari 2013 di Samuel Goldwyn Theater. Sebelum ini filem Puteri Gunung Ledang (PGL) pernah mencuba nasib dalam anugerah itu namun gagal ke final. Oscar akan datang bakal berlangsung pada Ahad, 24 Februari 2013 di The Dolby Theatre Hollywood & Highland Center.


Sumber berita : Harian Metro Online

P/S : AR berharap sangat agar filem Bunohan ni berjaya mara ke TOP 5 di Anugerah Academy nanti..sebab sebelum ni filem PGL pun pernah tersenarai tapi tak berjaya..apapun ini membuktikan filem Malaysia punya kelas yang tersendiri..apa yg AR tengok filem yang membawa mesej berat seumpama PGL dan Bunohan ni tak mendapat sambutan di pawagam dengan kutipan yang agak mengecewakan tetapi berjaya di luar negara..kesian juga dengan produser tak balik modal..filem 29 Februari terbitan KRU Studios pun dengarnya mendapat nasib yang sama...huhu..macam mana laa kan...weeeee~

Monday, October 8, 2012

Malam Anugerah Blockbuster Syamsul Yusof


PADA usia 28 tahun, dengan lima tahun pengalaman mengarah filem, Syamsul Yusof, sekali lagi mengukir kejayaan luar biasa apabila diumumkan sebagai penerima Anugerah Tuan Direktor Terhebat menerusi filem Khurafat selain filem arahannya, KL Gangster diangkat sebagai Filem Terhebat menerusi penganjuran sulung Anugerah Blockbuster 2011 yang berlangsung Sabtu lalu.

Dominasi pemegang rekod Pengarah Terbaik Festival Filem Malaysia (FFM) untuk dua tahun berturut-turut (FFM Ke-23 dan Ke-24) itu tidak terhenti setakat dua trofi saja. Sebaliknya memenangi dua lagi kategori penting iaitu Anugerah Filem Aksi Terhebat (KL Gangster) dan Anugerah Filem Takut Terhebat (Khurafat) selain muncul sebagai penerima anugerah khas iaitu Anugerah PFM yang pertama. 


Kemenangan Syamsul bernilai RM25,000 itu, sekali gus menewaskan judul filem hebat seperti Hikayat Merong Mahawangsa dan Ombak Rindu yang sebelum ini disebut-sebut akan menguasai keputusan malam itu. 

Thursday, September 27, 2012

Shila Amzah Kuasa Baru Penyanyi Asia - Memori Tercipta di Shanghai

pix_middle

PANDANGAN terus tertumpu pada satu fokus yang tidak henti melambai, manis lengkap bertudung hitam, senyum yang terukir bagai menceritakan perasaan yang lama disembunyikan.

Realitinya, lebih sejam menanti di ruang ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur petang kelmarin itu berbaloi dengan segala macam cerita yang dikongsikan. Nur Shahila Amir Amzah atau lebih dikenali Shila Amzah terharu kepulangannya dinanti dan disambut meriah. “Alhamdulillah. Akhirnya...,” ucap si pemilik wajah jelita ini tatkala semua media datang berhimpit mendekatinya.

Bak lagunya sendiri Memori Tercipta, penyanyi muda itu memperoleh kenangan terhebat dalam sejarah kerjaya seninya. Dia kini superstar baru Asia. Siapa pernah menduga, bintang muda berbakat besar berusia 22 tahun itu punya peluang luar biasa apabila diangkat menjadi juara Asian Wave 2012 sekali gus menewaskan wakil-wakil dari negara Asia lain di Shanghai minggu lalu.

MDS September 2012 - Kebahagiaan Dalam Perpisahan




waahh..entri kali ni macam tajuk lagu Shahir la pulak kan...hehe..AR kembali lagi menulis kali ni AR nak bercerita mengenai Minggu Destini Siswa (MDS) sesi September 2012 UiTM Shah Alam yang dahpun melabuhkan tirainya dengan selamat..fuh..perasaan lega tu memang tak terkira la tahapnya tapi perasaan sedih itu lebih lagi kerana ini merupakan MDS yang terakhir yg boleh AR join..ok mari kita bercerita daripada awal..bagi MDS kali ini, kami semua diberikan kursus terlebih dahulu (seperti biasa) akan tetapi yg buat kursus PMDS kali ni cukup istimewa kerana lokasi kursus yg cukup menarik iaitu di Pusat Latihan UiTM Kampung Gajah Perak..kedengaran macam tak best kan, kat kampung lak tu…akan tetapi sekali masuk biliknya pasti anda akan seronok…hehe…ok AR tak nak bercerita panjang mengenai kursus PMDS tu tapi yg pasti AR seronok bersama kawan – kawan Pemimpin Mahasiswa (PM) yg lama dan baru semasa musim raya ni kene korbankan cuti raya bersama keluarga…sobs sobs..haha…banyak gak la air mata yang tumpah di sana..ok tutup cerita kursus..

Sampai di UiTM Shah Alam, AR macam biasa lagi diletakkan di bawah Biro Program, Protokol dan Fasilitator (dah 8x pegang biro sama) di bawah kendalian Koordinator kami Kak Hanis Liyana dan ketua Azraful dan Hajar…huhu…macam tak bosan kan tapi mmg seronok bukan auta tapi fakta…rasa lagi dekat dengan Pelajar Baru (PB) kot…hehe..tapi kan agak terkejut sebab tak pernah sangka dan mintak pun utk jaga Kolej Perindu…hahaha..alih – alih boleh dicampakkan ke sana sebab AR mintak utk jaga Kolej Meranti (pulak ada junior Masscomm kat situ)..tapi apapun keputusan redha je pasti ada hikmahnya kan utk MDS terakhir kali ni ambik pengalaman kat tempat baru lak..huhu..AR diletakkan di bawah selian pengarah Kolej Perindu iaitu saudara Eric Jawan, abg EC FSR kite..hehe….suasana di Perindu agak baik..harmoni la senang cerita..waaahh..hahaha…
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Daisypath Happy Birthday tickers