Monday, October 29, 2012

Filem Bunohan Dalam Senarai 85th Academy Awards


SEBAIK mendapat tahu filem Bunohan berada dalam penilaian Academy Awards akan datang, SS tiba-tiba bersemangat membuka YouTube untuk menonton semula filem itu. Mendengarnya saja sudah menyeronokkan, apatah lagi mengetahui filem buatan Malaysia itu berada dalam senarai pencalonan awal untuk bersaing dengan filem antarabangsa.

Difahamkan, Bunohan kini berada dalam senarai filem antarabangsa yang bersaing dalam kategori Best Foreign Language Film untuk Academy Awards ke-85, membabitkan penyertaan lebih 70 negara seluruh dunia. Cerita yang sampai ke telinga SS ini pasti membanggakan industri tempatan yang selama ini dianggap hanya buat filem tangkap muat, tidak cukup garam dan tiada ‘kick’ untuk menarik penonton ke pawagam.

Lebih membanggakan, filem arahan Dain Said itu bersaing di kalangan kira-kira 70 negara antarabangsa dalam pencalonan kategori berkenaan. Bukan mudah kerana filem ini akan bersaing dengan karya sutradara dari Iran, Republik Czech, Kanada, Finland, Croatia dan banyak lagi.

Di sebalik pelbagai kritikan terhadap filem itu terutamanya di kalangan pengarah filem dan ahli politik, filem itu tetap memiliki jalan cerita yang setaraf filem negara lain. Sekalipun tidak mendapat kutipan tertinggi atau pecah panggung ketika ditayangkan di negara ini pada Mac lalu, pencalonan itu sekurang-kurangnya membuka mata penggiat filem antarabangsa terhadap kemampuan sutradara negara ini.

SS harap Bunohan akan mampu berada dalam kedudukan Top 5 apabila pencalonan akhir kategori itu diumumkan pada 10 Januari 2013 di Samuel Goldwyn Theater. Sebelum ini filem Puteri Gunung Ledang (PGL) pernah mencuba nasib dalam anugerah itu namun gagal ke final. Oscar akan datang bakal berlangsung pada Ahad, 24 Februari 2013 di The Dolby Theatre Hollywood & Highland Center.


Sumber berita : Harian Metro Online

P/S : AR berharap sangat agar filem Bunohan ni berjaya mara ke TOP 5 di Anugerah Academy nanti..sebab sebelum ni filem PGL pun pernah tersenarai tapi tak berjaya..apapun ini membuktikan filem Malaysia punya kelas yang tersendiri..apa yg AR tengok filem yang membawa mesej berat seumpama PGL dan Bunohan ni tak mendapat sambutan di pawagam dengan kutipan yang agak mengecewakan tetapi berjaya di luar negara..kesian juga dengan produser tak balik modal..filem 29 Februari terbitan KRU Studios pun dengarnya mendapat nasib yang sama...huhu..macam mana laa kan...weeeee~

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Daisypath Happy Birthday tickers