Tuesday, October 30, 2012

Konsert Dato' Siti Nurhaliza Live In Kuantan 2012


KUANTAN: Buat pertama kalinya, penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza akan mengadakan konsert secara eksklusif di Grand Ballroom, Bukit Gambang Resort City, Gambang, pada 9 November depan.Siti Nurhaliza yang dilahirkan di Kuala Lipis akan memulakan persembahan di hadapan peminat setia pada jam 8 malam dan juga bakal menjadi pembuka tirai untuk Siri Konsert Jelajah Pantai Timur yang pertama buat penyanyi itu.

Penganjur, Creative Stars Empire Sdn Bhd menyediakan 4,000 tempat duduk kepada peminat Siti Nurhaliza yang ingin menyaksikan persembahan berkenaan. Jurucakap penganjur, Steven Fock, berkata konsert yang dijadualkan bermula jam 8 malam itu pasti menjanjikan kepuasan buat peminat Siti Nurhaliza. “Peminat penyanyi nombor satu negara itu boleh mendapatkan tiket di lokasi yang sudah ditetapkan. Kita turut mengadakan beberapa acara bagi memperkenalkan konsert ini kepada warga Pahang,” katanya.

Majlis pelancaran tiket konsert solo berkenaan akan diadakan dari jam 10 pagi hingga 6 petang esok di A9-1, Jalan Tun Ismail 1, Kuantan Perdana. Harga tiket yang ditetapkan ialah RM338 (tempat duduk VIP), RM238 (tempat duduk PS1), RM168 (PS2) dan RM98 (PS3). Steven berkata, orang ramai yang mahu membuat sebarang pertanyaan berhubung tiket juga boleh menghubungi talian 09-5173609. “Seramai 500 individu yang membeli dua tiket pertama bakal mendapat baju-T istimewa edisi terhad ‘Datuk Siti Nurhaliza Live in Kuantan’, manakala semua pembeli juga layak menerima baucar diskaun 20 peratus daripada La Bon Fesyen.

“Majlis promosi untuk konsert ini akan diadakan di ruang legar Kuantan Parade pada jam 12 tengah hari hingga 1 petang, Isnin ini. Pada majlis itu juga, kami akan memberikan peluang kepada 20 pembeli tiket bertuah yang akan mendapat tandatangan Siti Nurhaliza. “Ini adalah konsert pertama Siti Nurhaliza di Pahang dan Pantai Timur. Justeru, saya yakin kehadiran penyanyi nombor satu negara itu memang dinantikan peminatnya, tambahan pula beliau adalah anak jati Pahang yang sudah beberapa kali mengharumkan nama negeri dan negara di peringkat antarabangsa,” katanya. Steven berkata, konsert solo eksklusif itu mendapat sokongan Bukit Gambang Resort City, THR Gegar, Revive, La Bon Fashion, Kuantan Parade, Pendragon Auto dan Good World

Sumber berita : Harian Metro Online

P/S : AR dengar khabar awalnya Dato' Siti Nurhaliza (DSN) akan membuat persembahan lagu Muara Hati pada malam Anugerah Skrin (ASK) 2012 bersama - sama dengan Hafiz tapi malangnya tarikh ASK boleh pulak sama dengan tarikh konsert DSN ni...nampaknya takde rezeki la nak dengar lagu berhantu Muara Hati tu dinyanyikan secara live oleh paduan dua suara hebat tu..mungkin lain kali..sebab malam konsert tu DSN akan perform lagu Muara Hati tu secara solo..menarik kan?apapun dengarnya lagi DSN akan memberikan pelbagai kejutan semasa konsert beliau itu termasuk memperdengarkan single terbaru beliau berjudul "Galau" khas buat peminat yang hadir ke konsert beliau nanti..AR tak dapat pegi kot jauh sgt plus tiket pun mahal, maybe pegi ke ASK je kot mampu...weeeee~

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Daisypath Happy Birthday tickers