Wednesday, February 8, 2017

TAHNIAH BASYAR JUARA PROJECT SG: PRODIGIOUS MODEL SEARCH - SEASON 6 (2016) EPISODE 10


Setelah sekian lama PROJECT SG dimonopoli oleh juara wanita selepas juara lelaki terakhir menjadi milik Bayu beberapa tahun yang lalu, kini pada musim ke 6 ini menyaksikan BASYAR memecahkan kembali dominasi itu dengan menjadi juara pada edisi kali ini. Beliau yang bersaing hebat bersama dengan SABRINA ternyata memberikan prestasi membanggakan apabila mendapat markah keseluruhan sebanyak 96% manakan SABRINA berjaya mendapat markah sebanyak 84%. BASYAR turut mendapat gelaran "BEST CATWALK" di pentas akhir PROJECT SG kali ini. TAHNIAH buat BASYAR semoga terus berjaya di luar sana berbekalkan pakej dan bakat yang ada manakal buat SABRINA pula jangan sesekali putus asa kerana masih banyak peluang yang ada.Jadikan platform ke final ini sebagai batu loncatan untuk lebih berjaya dalam industri. Syabas buat keduanya dan juga buat Shah Green yang menganjurkan PROJECT SG ini dengan jayanya!! TAPI JANGAN LUPA, mana - mana perserta PROJECT SG kali ini yang telah tersingkir juga turut berpeluang mendapat gelaran ANUGERAH PESERTA PILIHAN PEMBACA BLOG AZAM REDDY (PROJECT SG 6) kali ini. Teruskan undian anda sehingga hujung bulan ini untuk menentukan siapakah MR dan MISS POPULAR pilihan pembaca blog ini. Perserta yang memenangi undian bakal mendapat satu penulisan post paparan penuh entri berkenaan diri anda dipaparkan di blog ini!!






FINAL RUNWAY TOP 2: PROJECT SG: PRODIGIOUS MODEL SEARCH-SEASON 6 (2016)

KEPUTUSAN PENUH BAGI MINGGU AKHIR (EPISOD 10) MAKLUMAT LANJUT SILA LAYARI FACEBOOK RASMI SHAH PHOTOGRAPHY.

Saturday, January 14, 2017

PROJECT SG: PRODIGIOUS MODEL SEARCH - SEASON 6 (2016) EPISODE 9


1 - BASYAR - SEXY AND CHARMING
(90%)

Bertemakan "C-ELLA WHITENING DRINK (PRODUCT SHOOT)" Minggu ke 9 separuh akhir ini telahpun menyaksikan para peserta perlu melakonkan iklan komersial bagi produk yang diberikan. Tahniah buat BASYAR satu satu nya peserta lelaki yang masih kekal berjaya menjadi juara pada minggu ini dengan markah sebanyak 90% seterusnya memenangi BEST PHOTO OF THE WEEK dan BEST PHOTO CHALLENGE manakala mengiringi BASYAR ke peringkat akhir adalah SABRINA dengan markah sebanyak 89% dan seterusnya memenangi BEST TV CHALLENGE. Agak malang bagi YANA kencundang di saat akhir dengan hanya selangkah lagi untuk mara ke final dengan markah hanya berbeza satu mata iaitu 88% dan tersingkir dari Project SG kali ini. Buat YANA walaupun hanya tinggal satu tangga lagi untuk mara ke peringkat akhir namun jangan sesekali mengalah, teruskan berjuang kerana pintu rezeki masih terbuka luas di luar sana!! Semoga berjaya. Buat peserta yang berjaya mara ke peringkat akhir BASYAR dan SABRINA, tahniah buat anda berdua.


2 - SABRINA - FRIENDLY AND LOVEABLE
(89%)


3 -YANA - CANDID AND HAPPY GO LUCKY
(88%) TERSINGKIR




Video TVC (Part 1)



Video TVC (Part 2)




KEPUTUSAN PENUH BAGI MINGGU KE - 9 (EPISOD 9) MAKLUMAT LANJUT SI LAYARI FACEBOOK RASMI SHAH PHOTOGRAPHY.


Wednesday, January 4, 2017

PROJECT SG: PRODIGIOUS MODEL SEARCH - SEASON 6 (2016) EPISODE 8



Bertemakan "HF COUTURE PHOTOSHOOT" Minggu ke 8 separuh akhir ini menyaksikan para peserta berentap bagi merebut tempat ke peringkat akhir dengan memperagakan koleksi adi busana atau "couture" dari HF Couture yang ekslusif. Minggu ini menyaksikan sekali lagi peserta wanita SABRINA menjuarai carta dengan markah sebanyak 94% seterusnya menjadi pemenang BEST PHOTO OF THE WEEK. BASYAR yang menjadi satu satunya peseta lelaki yang masih kekal menduduki tangga kedua dengan markah 93% manakala di tangga ketiga dan terselamat ialah YANA dengan markah 83%.Agak malang bagi DIYYA apabila hanya menduduki tangga tercorot dengan markah 82% seterusnya tersingkir dari Project SG kali ini. Buat DIYYA walaupun hanya tinggal satu tangga lagi untuk mara ke peringkat akhir namun kita harus percaya bahawa rezeki di luar sana masih banyak menanti anda. Teruskan usaha dan jangan pernah mengalah!! Semoga berjaya. Buat peserta yang berjaya mara ke peringkat akhir SABRINA, BASYAR dan YANA, tahniah buat anda semua.


2 - BASYAR (93%)



3 - YANA (83%)


4 - DIYYA (82%)
- TERSINGKIR


KEPUTUSAN PENUH BAGI MINGGU KE - 8 (EPISOD 8) MAKLUMAT LANJUT SI LAYARI FACEBOOK RASMI SHAH PHOTOGRAPHY.

PROJECT SG: PRODIGIOUS MODEL SEARCH - SEASON 6 (2016) EPISODE 7




Bertemakan "BRIDAL - ENGLISH WEDDING PHOTOSHOOT" Minggu ke 7 menyaksikan para peserta memperagakan baju dan busana perkahwinan ala inggeris yang moden dan ekslusif. Minggu ini menyaksikan YANA sekali lagi menjuarai carta dengan markah sebanyak 98% seterusnya menjadi pemenang BEST PHOTO OF THE WEEK dan BEST GROUP CHALLENGE. Dua peserta yang mendapat markah terendah pada minggu ini ialah DIYYA dan FIDO namun hanya seorang yang tersingkir iaitu FIDO yang hanya memungut sebanyak 84% markah dan sekaligus tersingkir dari Project SG kali ini. dan menjadikan satu satunya peserta lelaki yang masih kekal dalam pertandingan iaitu BASYAR. Agak malang kerana sudah tiga minggu berturut turut peserta lelaki tersingkir. Buat FIDO, semoga berjaya di luar sana. Dengan berbekalkan pakej dan bakat yang ada pada anda, jadikan platform Project SG ini satu pengalaman buat anda!!

Thursday, December 22, 2016

PROJECT SG: PRODIGIOUS MODEL SEARCH - SEASON 6 (2016) EPISODE 6


Bertemakan "JUMP WITH CHARACTER PHOTOSHOOT" Minggu ke 6 kali ini memerlukan peserta mengekalkan ekspresi wajah dan gaya semasa sedang melompat dalam masa yang sama. Minggu ini peserta wanita kembali merampas takhta carta dengan SABRINA menjuarai carta dengan markah sebanyak 97% seterusnya menjadi pemenang BEST PHOTO OF THE WEEK dan BEST PERFORMANCE IN CHARACTER pada minggu ini. Dua pserta yang mendapat markah terendah pada minggu ini ialah DIYYA dan ARIEF namun hanya seorang yang tersingkir iaitu ARIEF yang hanya memungut sebanyak 79.5% markah dan sekaligus tersingkir dari Project SG kali ini. Dua minggu berturut turut peserta lelaki tersingkir. Buat SABRINA syabas kerana berjaya mencatat markah tertinggi pada minggu ini dan buat ARIEF, usah risau kerana anda punya bakat yang cukup besar dan berdasarkan pakej yang anda miliki dengan raut wajah dan fizikal yang hebat, Insyaallah anda boleh berjaya di luar sana!!

PROJECT SG: PRODIGIOUS MODEL SEARCH - SEASON 6 (2016) EPISODE 5


Bertemakan "RETRO TVC - MUSIC VIDEO" Minggu ke 5 ini menyaksikan para peserta diuji dengan skill yang berbeza apabila mereka perlu menguasai watak dan lakonan dalam diri masing - masing. Malah mereka juga perlu menguasai runway dan melakukan "catwalk" umpama pentas peragaan sebenar. Minggu ini sekali lagi menyaksikan BASYAR berjaya menjuarai carta 2 minggu berturut turut dengan markah sebanyak 97% seterusnya menjadi pemenang BEST TALENT IN TVC dan BEST COUPLE IN TVC bersama sama dengan YANA pada minggu ini. DIYYA pula memenangi BEST CATWALK. Agak malang bagi ARIEF dan IQWAN kerana kedua - dua mereka berada di kedudukan dua terbawah dengan markah terendah namun lebih malang buat IQWAN kerana berada di kedudukan paling rendah dengan markah 88% sekaligus membuatkan beliau tersingkir dari Project SG kali ini. Buat BASYAR syabas kerana berjaya untuk terus mengungguli carta 2 minggu berturut turut dalam pertandingan ini dan buat IQWAN semoga berjaya di luar sana dengan bakat yang ada pada diri anda.

Tuesday, December 13, 2016

PROJECT SG: PRODIGIOUS MODEL SEARCH - SEASON 6 (2016) EPISODE 4

Bertemakan "SMIZE THRU LENS" Minggu ke 4 ini menyaksikan para peserta bersaing sekali lagi untuk terus kekal dalam pertandingan ini. Minggu ini buat pertama kalinya peserta lelaki BASYAR menjuarai carta dengan markah sebanyak 98% seterusnya menjadi pemenang BEST SMIZE IN PHOTO pada minggu ini. manakala IQWAN memenangi BEST PHOTO (IN GROUP) bagi peserta lelaki dan DIYYA memenangi BEST PHOTO (IN GROUP) bagi peserta wanita. Agak malang bagi EMYRA dan WANEY kerana kedua - dua mereka berada di kedudukan dua terbawah dengan markah terendah sekaligus menyingkirkan mereka berdua dari Project SG kali ini. Buat BASYAR syabas kerana berjaya memecah monopoli peserta wanita dalam pertandingan ini dan buat EMYRA dan WANEY semoga berjaya di luar sana.

Monday, December 5, 2016

PROJECT SG: PRODIGIOUS MODEL SEARCH - SEASON 6 (2016) EPISODE 3



Bertemakan "PRODUCT SHOOT - HANI NECKLACE and DENIM JACKET" Minggu ke 3 ini menyaksikan para peserta bersaing sekali lagi untuk terus kekal dalam pertandingan ini. Minggu ini YANA menjuarai carta dengan markah sebanyak 98% seterusnya menjadi pemenang BEST PHOTO pada minggu ini. manakala IQWAN memenangi BEST PHOTO (IN GROUP) bagi peserta lelaki. SABRINA pula telah memenangi gelaran BEST ATTITUDE (IN PHOTO). Agak malang bagi WANIEY kerana berada di kedudukan terbawah dengan markah sebanyak 76%. Jom kita saksikan prestasi dan keputusan yang diperolehi oleh para peserta pada minggu ini yang menyaksikan tiada penyingkiran yang berlaku.

Tuesday, November 22, 2016

PROJECT SG: PRODIGIOUS MODEL SEARCH - SEASON 6 (2016) EPISODE 2


Episod ke-2 Project SG Prodigious Model Search Musim Ke - 6 kali ini menyaksikan buat pertama kalinya berlaku penyingkiran apabila peserta lelaki ANIQ terpaksa pergi meninggalkan pertandingan ini dengan markah terendah sebanyak 58% berbanding markah juara pada minggu ini iaitu WANEY dengan markah sebanyak 97%. Semoga ANIQ mendapat peluang yang lebih banyak di luar sana bersandarkan bakat yang dimiliki oleh beliau. Berikut adalah gambar beserta markah peserta yang lain.

Sunday, November 20, 2016

Anugerah Peserta Pilihan Pembaca Blog Azam Reddy (PROJECT SG: PRODIGIOUS MODEL SEARCH" SEASON 6)


Kepada semua followers dan peserta Project SG : Prodigious Model Search Musim ke - 6 kali ini. Seperti tahun sudah, anda berpeluang untuk menabalkan Mr atau Ms Popular bagi pertandingan musim ini melalui undian di blog Azam Reddy. Undian menerusi poll dibuka bermula seawal minggu pertama pertandingan sehinggalah pertandingan ini selesai dan juara bakal ditabalkan.Teruskan undian anda dan promosi diri anda atau calon favourite anda tidak kira beliau masih kekal ataupun sudah tersingkir dari pertandingan. Caranya cukup mudah hanya pergi ke ruangan undian POLL di sebelah sisi kanan blog ini, TICK peserta pilihan anda dan hantarkan VOTE anda dengan klik pada butang VOTE. Mudah bukan?Teruskan sokongan anda buat kesemua peserta Project SG : Prodigious Model Search Musim ke - 6 ini!!


Thursday, November 17, 2016

PROJECT SG: PRODIGIOUS MODEL SEARCH-SEASON 6 (2016) EPISODE 1




Project SG : Prodigious Model Search kini kembali lagi dengan musim ke 6 bagi tahun 2016 kali ini. Saingan yang cukup sengit dan hangat dengan barisan finalis pada siri ke 6 ini dilihat cukup mantap dan hebat. 11 orang finalis bakal bersaing dalam merebut gelaran juara dengan tugasan – tugasan mencabar yang diberikan kepada mereka oleh pengasas dan pengelola Project SG selama enam musim ini iatu Shah Green yang turut dibantu barisan juri yang berkaliber dan cukup berpengalaman dalam industri. Project SG sudah tidak asing dalam dunia permodelan kerana telah melahirkan ramai bakat – bakat muda dan berpotensi dalam industri pelbagai seperti usahawan, model, jurucakap produk dan sebagainya. Apapun, jom kita dekati kesebelas barisan finalis bagi edisi ke 6 pada kali ini. Sekali lagi blog Azam Reddy bakal membuat liputan serta review sepanjang pertandingan ini berlangsung. Tugasan untuk Episod 1 Minggu 1 adalah “Express Yourself”. Mereka perlu memberikan gaya yang melambangkan peribadi atau perwatakan yang dibawa oleh diri mereka. Mari kita lihat dan nilai.

Monday, July 11, 2016

Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin 1437H Ikhlas dari Azam Reddy



Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin buat semua yang mengenali Azam. Semoga lebaran tahun ini memberikan sinar lembaran baru yang lebih bermakna buat kita semua. Kosong - kosong.

Friday, June 3, 2016

4 Season's KL Fashion Designer by Farel Mikhail


Pada 20 April 2016 yang lalu, Interlude Tapas Bar yang terletak di Kuala Lumpur mempersembahkan "The 4 Season's KL Fashion" seperti sebelum - sebelum ini pihak Interlude menampilkan Farel Mikhail pereka fesyen yang sedang meningkat naik untuk mempamerkan koleksi rekaan beliau "Victoria - Beauty & Luxury"

Farel Mikhail sebelum ini yang pernah memenangi beberapa anugerah hasil rekaan beliau antaranya anugerah Fesyen Terbaik di Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke 26 menampilkan pelbagai variasi busana wanita yang tampak mewah dan glamor.

Konsep "fashion show" terbaru yang disediakan pihak Interlude ini menampilkan pereka fesyen berbeza setiap minggu bagi mempamerkan koleksi rekaan masing - masing sepanjang acara. Ianya dipanggil "4 Seasons" kerana acara ini akan diadakan sepanjang tahun tanpa henti setiap minggu.


Pihak Interlude akan mencari "fashion designer" terbaik untuk setiap bulan dan pemenang akan berentap di peringkat "finale" untuk memenangi "grand title". Acara ini turut diserikan dengan kehadiran pelbagai tetamu kehormat dan artis seperti Dazrin Kamarudin dan lain - lain lagi. Acara yang berakhir lebih kurang jam 11.30pm itu telah berlangsung dengan cukup meriah dan jayanya. Syabas buat Farel Mikhail dan "team" beliau.

Klik di SINI untuk lebih banyak gambar.

Tulisan oleh : Azam Reddy
Jurugambar : Azam Reddy


Monday, May 16, 2016

Tuan Ahmad Faiz Azharan - Pemenang Anugerah Mister Planet Malaysia 2016 Pilihan Pembaca Blog Azam Reddy


Sekalung tahniah diucapkan kepada Tuan Ahmad Faiz Azharan (Mister Negeri Sembilan) kerana menjuarai carta undian bagi "Anugerah Mister Planet Malaysia 2016 Pilihan Pembaca Blog Azam Reddy" dan seperti yang dijanjikan, Tuan Ahmad Faiz akan menghiasi ruangan post Blog Azam Reddy untuk kali ini. Jom kita berkenalan dengan lebih rapat bersama Mister Negeri Sembilan ini.

Sunday, May 15, 2016

Mister Planet Malaysia 2016 Final - Pentas Lahirkan Potensi Bakat Baru


Bertempat di Auditorium Utama, Kompleks Kraftangan Jalan Conlay Kuala Lumpur, Pertandingan Akhir Mister Planet Malaysia 2016 telah berlangsung meriah dengan menyaksikan Mister Pulau Pinang, Nazirul Mubin dinobatkan selaku juara bagi edisi kali ini. Kemenangan beliau meneruskan legasi juara MPM dari negeri zon utara tanah air. Diacarakan oleh wartawan Utusan Malaysia yang juga selaku penasihat bagi MPM Deegun Rahman bersama Azman Mohd Nawi, pentas akhir tersebut turut diserikan dengan persembahan dari Thalia (Mentor). Peserta Top 3 bakal mewakili Malaysia dalam beberapa acara di peringkat antarabangsa seperti Mister Global, Mister United Continents dan juga Mister Tourism World. Sekali lagi sekalung tahniah diucapkan kepada kesemua barisan peserta dan pihak penganjur yang berjaya menganjurkan edisi kali ini dengan jayanya dan akan  terus bertambah baik bagi edisi akan datang.


Deegun Rahman bersama rakan pengacara Azman Mohd Nawi

Wednesday, March 23, 2016

DHANIYA - Peserta Pilihan Pembaca Blog Azam Reddy PROJECT SG: PRODIGIOUS MODEL SEARCH-SEASON 5


Dhaniya telah pun menjuarai carta undian bagi Peserta Pilihan Pembaca Blog Azam Reddy PROJECT SG: PRODIGIOUS MODEL SEARCH-SEASON 5 dengan 152 undian mengatasi DINDA yang mengekori rapat dengan 142 undian. Tahniah diucapkan sekali lagi dan seperti yang dijanjikan, Dhaniya akan menghiasi ruangan post Blog Azam Reddy untuk kali ini. Jom kita berkenalan dengan lebih rapat bersama Dhaniya.

Wednesday, March 9, 2016

Tahniah SHA Juara PROJECT SG: PRODIGIOUS MODEL SEARCH" SEASON 5 !!


Minggu AKHIR iaitu minggu ke SEPULUH bagi Project SG Musim ke - 5 kali ini telah dimenangi oleh SHA setelah berjaya mengatasi saingan terdekat beliau DINIE. Syabas dan TAHNIAH diucapkan buat SHA dan buat DINIE yang berjaya menjadi "runner up" untuk edisi kali ini jangan kecewa kerana perjalan kalian baru sahaja bermula sebaik melangkah keluar dari pertandingan ini. Buat Shah Green syabas kerana saban tahun berjaya melahirkan bukan sahaja model tetapi bakat - bakat baru yang "versatile" bagi mewarnai industri tempatan. WELL DONE.. Semoga kita berjumpa lagi mungkin untuk edisi yang berikutnya pada masa yang akan datang.

Bagi yang belum menyaksikan video kedua - dua peserta ini beraksi di peringkat akhir anda boleh menyaksikan di LINK di bawah ini.

FINAL RUNWAY (FINAL WEEK: WEEK 10): PROJECT SG: PRODIGIOUS MODEL SEARCH - SEASON 5 (2015)


dan ucapan TAHNIAH juga buat DHANIYA kerana berjaya menjuarai carta undian bagi Peserta Pilihan Pembaca Blog Azam Reddy PROJECT SG: PRODIGIOUS MODEL SEARCH-SEASON 5 dengan 152 undian mengatasi DINDA yang mengekori rapat dengan 142 undian.


Sila ke laman Facebook rasmi SHAH Photography untuk maklumat lebih lanjut.

Sunday, February 21, 2016

Keputusan Minggu 9 (Semi Final) : PROJECT SG: PRODIGIOUS MODEL SEARCH" SEASON 5



Minggu KESEMBILAN iaitu minggu SEPARUH AKHIR bagi Project SG Musim ke - 5 kali ini dengan tema "MODEL WHO GOT BEST COMMERCIAL PHOTO & TVC - FRUITS FOR LIFE" menyaksikan SHAH yang pada minggu lalu menduduki tangga pertama nampakya kecundang di saat akhir. Carta juri pada minggu ini ternyata diungguli oleh peserta yang dari awal pertandingan memberikan saingan sengit iaitu DINIE unggul di tangga pertama dengan markah cemerlang 98.5% manakala di tempat kedua dimiliki SHA dengan markah sebanyak 95%. Agak malang buat SHAH apabila menduduki tangga terakhir dengan perbezaan markah yang sedikit iaitu sebanyak 94% beza 1% dengan SHA. Jadi pada minggu akhir siapakah yang bakal menjuarai Project SG Musim ke - 5 pada kali ini? Mari kita sama- sama saksikan keputusannya!! Buat SHAH yang TERSINGKIR untuk minggu ini, anda sudah mempunyai pengalaman yang cukup berharga untuk digunakan serta dipraktikkan dalam dunia modeling di luar sana. Saban minggu dalam PROJECT SG: PRODIGIOUS MODEL SEARCH" SEASON 5 ini umpama lubuk ilmu yang berharga buat anda. Semoga SHAH terus sukses!!


1 - DINIE (98.5%)


2 - SHA (95%)


4 - SHAH (94%) - TERSINGKIR

Anda boleh menyaksikan setiap peserta melakukan TVC mereka di


Sila ke laman Facebook rasmi SHAH Photography untuk maklumat lebih lanjut.

Monday, February 15, 2016

Keputusan Minggu 8 : PROJECT SG: PRODIGIOUS MODEL SEARCH" SEASON 5



Minggu KELAPAN Project SG Musim ke - 5 kali ini dengan tema "MODEL WHO WILL BE IN THE FINAL TWO!" menyaksikan kejutan yang tak tersangka hasil keputusan juri sebulat suara memutuskan untuk memilih tiga peserta akhir bagi musim ini. Puncak tangga pertama minggu separuh akhir ini menampakkan usaha keras SHAH membuahkan hasil apabila julung kalinya beliau berjaya menduduki tangga pertama dengan markah cemerlang sebanyak 97%. SHA menduduki tempat kedua dengan markah 95% dan DINIE terselamat dari penyingkiran dan berjaya diserap mara ke peringkat akhir mengiringi SHAH dan SHA dengan markah sebanyak 91.5%. Satu keputusan penyingkiran yang amat mengejutkan apabila RUWAIDAH antara peserta paling berpotensi mara ke peringkat akhir dengan empat kali berjaya menduduki tempat pertama akhirnya kecundang dan TERSINGKIR dengan markah sebanyak 89%. Buat RUWAIDAH yang TERSINGKIR untuk minggu ini, jangan kecewa kerana anda cukup berpotensi untuk menjadi model yang berjaya di luar sana hasil ilmu dan pengalaman yang dikumpul sepanjang berada dalam PROJECT SG: PRODIGIOUS MODEL SEARCH" SEASON 5 ini. All the best RUWAIDAH!!


1 - SHAH (97%)

Monday, February 8, 2016

Ola Bola - Filem Malaysia Terbaik dan Wajib Tonton


Lama rasanya saya tak buat review filem dalam blog. Kali terakhir pun buat untuk filem "Hunger Game - Mockingjay Part 2" untuk filem Malaysia lagi lah entah pernah buat atau tidak sendiri pun tak ingat. Maaf bukan saya tidak menyokong mana mana produk tempatan terutama nya filem akan tetapi kebanyakan filem Malaysia yang sudah saya tonton amat mendukacitakan dan mengecewakan saya. Jadi hati ni dah lama tertutup nak menonton filem buatan Malaysia di pawagam.

Namun filem Ola Bola telah mengubah persepsi saya 100% terhadap "stereotyping" filem Malaysia yang mungkin akan berkata "alaaahhh..another Malay movie.." buang fikiran sebegitu jauh - jauh apabila anda menonton filem ini. Filem ini umpama memberikan sinar harapan untuk industri perfileman Malaysia. Cukup saya katakan filem ini sangat berinspirasi, bukan sekadar filem mengenai sukan bola sepak semata - mata namun menyentuh perasaan kita tentang pentingnya semangat setiakawan bekerja sebagai satu pasukan dan paling penting perpaduan serta warna kepelbagaian kaum yang ada di tanah tumpah darah kita Malaysia.  


Sinopsis filem ini berkisar seorang wartawan bernama Marianne yang ditugaskan untuk membuat kajian tentang pasukan bola sepak negara yang telah mencipta nama pada era 80-an dahulu yang mana ketika itu nama Malaysia dalam sukan bola sepak begitu digeruni oleh pasukan lawan khasnya di rantau Asia. Marianne mula merasa bosan dengan kerjayanya dan membuat keputusan untuk berhijrah ke England. Sebelum dia meninggalkan negara, dia membuat keputusan untuk menyiapkan tugasannya buat kali terakhir. Namun, dia menemui suatu perkara yang ternyata mengubah hidupnya.

Mengimbau kembali ketika di awal era 80-an, pasukan bola sepak negara ketika itu berdepan dengan cabaran apabila pemain-pemainnya mempunyai perbezaan pendapat dan tidak sehaluan sehingga menyebabkan kekalahan dalam perlawanan penting. Keadaan semakin rumit apabila hampir setiap pemain mempunyai isu dan masalah masing-masing. Walau bagaimanapun, mereka hanya mempunyai satu peluang untuk beraksi di persada mata dunia. Jadi, barisan pemain harus mengetepikan hal peribadi demi mengharumkan nama negara. Ketika semangat kembali menyemarak dalam diri, pasukan negara sekali lagi diduga dengan satu cabaran yang mematahkan semangat mereka dan harapan negara.


Ola Bola yang diilhamkan dari peristiwa sebenar ini akan membawa penonton dari pelbagai bangsa untuk sama-sama merasai semangat bersatu hati dan muhibah. Kisah yang penuh ikhtibar ini akan membawa penonton melihat semangat, keunikan dan kekuatan yang terdapat dalam kepelbagaian bangsa di Malaysia.

Tahniah diucapkan buat ASTRO Shaw dan pengarah filem ini Chiu Keng Guan (Pengarah bagi filem The Journey) bagi filem yang cukup hebat dari segi jalan cerita dan sinematografi yang sangat indah ini. Tahniah juga diucapkan buat barisan pelakon filem Ola Bola yang cukup berjaya dalam memainkan watak dan peranan masing - masing antaranya dibintangi oleh JC Chee, Luqman Hafidz, Saran Kumar Manokaran, Eric Yong, Marianne Tan, Katrina Ho, Bront Palarae, Frankie Lee dan ramai lagi. Biarpun mereka kebanyakannya adalah wajah - wajah baru dalam industri perfileman tempatan, namun impak lakonan mereka memberikan kesan yang sangat mendalam bagi setiap watak yang dibawakan.


Dengan ini saya memberikan 9 bintang daripada 10 untuk filem ini. Kepada sesiapa yang masih belum menonton anda sememangnya digalakkan untuk pergi menonton filem Ola Bola ini!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Daisypath Happy Birthday tickers