Monday, June 13, 2011

Putrajaya Alami Gempa dan Gegaran Kecil

Satu gegaran kecil telah berlaku di Putrajaya awal pagi tadi sekitar jam 8 hingga 9 pagi waktu Malaysia..gegaran itu dirasai di beberapa bangunan di Putrajaya akibat susulan gempa bumi yang berlaku di Sumatera Utara, Indonesia..walaupun keadaan dilaporkan selamat dan tiada sebarang kerosakan atau kecederaan yang dilaporkan setakat ini, namun kesemua pihak yang berada di sekitar kawasan Putrajaya dinasihatkan supaya mengambil langkah berjaga - jaga seperti mengosongkan bangunan dan tidak menggunakan lif pada waktu kejadian..



"Satu gempa sederhana bermagnitud 5.5 skala Richter telah berlaku di Sumatera Utara pada pukul 8.08 pagi, 14 Jun 2011. Pusat gempa bumi tersebut terletak di latitud 1.8 Utara longitud 98.8 Timur. 330 km dari barat daya Klang, Malaysia."

P/S : Adakah gegaran ini merupakan satu amaran awal akibat "Konsert Akhir AF9" yang diadakan di Dataran Putrajaya berhampiran Masjid Besi Ahad lalu??errmm...minta kita dijauhkan daripada segala malapetaka dan bala bencana daripada Allah SWT...renung - renungkanlah dan selamat beramal..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Daisypath Happy Birthday tickers