Tuesday, June 14, 2011

Gejala M-Pop Berluasa : Ciplak Budaya Luar Dalam Industri??


Seperti umum sedia maklum di negara kita kini sedang rancak dengan fenomena K-Pop (Korean Pop) yang berteraskan muzik pop daripada negara Korea..jika dahulu muzik J-Pop (Jepun) dan muzik dari negara seberang seperti Indonesia menjadi ikutan dan kegilaan remaja tetapi tidak lagi sekarang..namun bukan itu yang menjadi isu dan persoalan utama dalam tajuk entri atau topik yang bakal kita bincangkan kini..



Cuba anda perhatikan beberapa gambar yang telah Azam sertakan di dalam post pada kali ini..pasti anda semua tertanya - tanyakan tentang identiti mereka? mereka semua terdiri daripada anak Malaysia yang mahu mencuba nasib dalam industri seni tanah air kita tetapi apa yang menyedihkan dan mengecewakan, mereka tidak punya identiti tersendiri dan cuba untuk membawa masuk budaya muzik luar iaitu Korea dalam muzik dan gaya mereka..rasanya memang tidak salah untuk mengambil inspirasi daripada karya orang luar tetapi tak perlulah berlebihan sampai meniru hampir 100% daripada mereka (walaupun cubaan yang mereka lakukan tidak menjadi malah mendapat tentangan hebat daripada rakyat Malaysia)..kumpulan - kumpulan seperti Gula -Gula, Max 247 dan sebagainya tertubuh umpama cendawan yang tumbuh selepas hujan menjadi satu situasi yang mengkhuatirkan dalam industri seni tanah air kita..




Kehadiran grup - grup daripada Korea yang mencipta fenomena di Malaysia seperti Wondergirls, Super Junior, TVXQ, FT Island, SHINee, 2PM, SNSD dan sebagainya sememangnya telah menarik jutaan peminat dalam kalangan pencinta muzik Malaysia terutamanya gadis remaja..namun kehadiran apa yang dikatakan sebagai "M-Pop" yang menciplak dan mencampuradukkan budaya Malaysia dan luar dengan berpakaian menjolok mata dan aksi yang tidak bersesuaian dengan budaya kita sama sekali perlu kita halang..bukan niat untuk menjatuhkan tetapi kita perlu fikir apa relevannya menubuhkan grup yang bukan digilai atau disukai orang ramai, malah dibenci..jadi marilah sama - sama kita renungkan..jadilah anak seni yang punya identiti sendiri dan mampu menaikkan martabat karya seni Malaysia di persada dunia melalui bakat yang tersendiri bukan hasil "ciplak" dan pengaruh asing...di sini ada disediakan video yang dirakam oleh "matluthfi90" seorang pemuatnaik video youtube yang terkenal, beliau cuba menghasilkan satu video yang memerli kehadiran grup -grup M-Pop ini...hehe..agak kelakar juga...selamat menonton..layankan saje....




P/S : pelik bila orang sibuk- sibuk nak tiru budaya K-Pop tu..tak ada apa yang istimewanya, nampak lagi syok sendiri ada la..tambah teruk kene kutukan yang terlampau lagi daripada "K-Pop Lovers"..hehe..macam - macam kan zaman sekarang..apa - apa pun Azam tetap pencinta muzik dan masih menyokong industri hiburan tanah air..pastikan yang berkualiti OK..berdiri dengan bakat sendiri, kurangkan kontroversi dan tingkatkan prestasi..weeeeeeeee~ ^_^

8 comments:

  1. Totally agree. Industri kita tak perlulah meniru gaya luar, create our own identiti. Jgn nak kata yg M'sia tiada unsur or aliran sendiri yg boleh diikuti smpai harus tiru K-Pop or J-Pop. Mmg gaya ini popular tp kritikan keras akan diberi krn siapa yg tak sedar akan ciplakkan dr bangsa lain.

    ReplyDelete
  2. hahaha...kan2..pelik gak kenapa ada yang masih nak meniru karya luar terutama K-Pop!! orang melayu lak tu majoritinye..ishh2...memalukan laa...huhu...

    ReplyDelete
  3. Lihat saja reaksi umum! Baru segelintir tahu akan hal ini, bila dh meletop nnti msti gaduh sana sini. Grup sprt Gula-gula tu over sbb npk sgt bkan identiti M;sian. terlampau terdedah sana sini, bukan nak kata artis lain tak sprt ini tp masih dlm kawalan. Ini ke identiti M'sia yg ingin kita tunjuk kpd dunia??

    ReplyDelete
  4. tu la pasal..mereka ni sah2 semuanya syok sendiri je kot..hehe..tak sedar dah jd mangsa kutukan orang ramai..ye la diorg org melayu, malu la pakai skirt tayang sana - sini..patutlah artis zaman sekarang x mampu maintain mcm Dato' Siti Nurhaliza...huhu..

    ReplyDelete
  5. Geli geli geli eww ewww

    Nehh..kita still kena applaud, at least ada inisiatif (err nak mantapkan industri muzik? LOL), tp kita tgk 'marketing strategy' ni brjaya x, atau sekadar hangat2 tahi ayam. First & second single aktif, pastu....*bunyi cengekrik*

    Ahaks, kita tungguu...

    ReplyDelete
  6. hahaha...ami kan2...errmm..pelik gak dgn mereka2 ni..kenapa mesti bersandarkan pengaruh luar utk tonjolkan bakat diorg..klau ye pn minat jgn la jd copycat sgt...huhu...entah laaa...

    ReplyDelete
  7. OKAY...I AM A KPOP LOVER!! AND I REALLY HATE THOSE M-POPS...GULA-GULA..24:7...DUA DUA NI SAYA DH ANTI SEBELUM DORG 'DEBUT' LAGI..EEYY..PLEASE LAA..TAK SUKA TAK SUKA...JUST BE YOURSELF,,okay..that's all..Heee~~

    ReplyDelete
  8. hahaha..relaks2...biarkan je mereka..pasti diorg takkan dapat bertahan lama klau xde identiti sendiri dlm industri...hehe...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Daisypath Happy Birthday tickers