Thursday, August 13, 2009

Hari Perkhemahan Kesatria Negara 2009 di Ulu Yam,Selangor..

Tanggal 8 & 9 Julai 2009..

Pagi ini aku bangkit dari lena ku yg cukup indah..tp apakan daya,aku terpaksa menghapuskan perasaan itu begitu sahaja atas tugas dan semangat kesatria yg mengalir dlm tubuhku pd pagi yg dingin tersebut..selesai bersiap pd pukul 6.30am,aku harus menunggu rakan2 ku yg lain utk bergerak bersama2..aku pun menunggu di cafe medan selera seksyen 2 dan menikmati sarapan pagi bg mengisi perut ku yg kosong pd pagi itu,nasi lemak kerang bersama sebotol air ribena..jam hampir menunjukkan waktu 7.15am..kami harus berkumpul di perhentian bas Kolej Teratai tepat jam 7.30am..aku dan rakan2ku yg lain pun bergegas menaiki bas rapidkl T603 menuju ke destinasi..ternyata kami terlewat lebih kurang 5 minit..dgn beg yg ku sandang di bahu serta digalas di tangan,aku pun berkejar ke lokasi setelah berhenti di Dataran Cendekia..mujur para komander tidak memarahi kami atas kelewatan yg tidak disengajakan tersebut..aku pun masuk ke dalam barisan dan memulakan pagi itu dgn penuh bersemangat..

Aku dan rakan2 ku pun menaiki bas UiTM sebanyak 3 buah yg disediakan oleh pihak Kesatria Negara bg Kem KEBINA1 ini..aku menaiki bas nombor 2 setelah bergabung dgn kompeni dr Fakulti Art & Design dan Kompeni Brassband..kami bertolak dr UiTM Shah Alam menuju ke Ulu Yam lebih kurang jam 8.00am..suasana di dalam bas agak sunyi,mungkin masih ramai yg mengantuk dan tidak cukup tidur seperti ku..mungkin juga mereka menjadi lebih berdisiplin kerana diperhati oleh komander di dalam bas..kemudian,semasa perjalanan yg agak panjang itu,komader menyuruh kami menyanyikan lagu UiTM Di Hatiku dan Darah Kesatria dgn penuh bersemangat..aku hanya tahu lagu UiTM sahaja..yg lain juga begitu..jd komander pun mengajar kami lagu Kesatria tersebut dan turut mengajar cara2 utk melapor bg sesiapa yg dipilih menjadi IC Platun serta mengisi borang akuan..tidak lama selepas sesi itu berakhir,aku pun turut teridur mengikuti jejak langkah rakan ku yg lain kerana keletihan akibat perjalanan yg panjang..

Aku tidak pasti jam sudah menunjukkan pukul berapa ketika kami semua tiba di The Woods,Ulu Yam..kerana kami tidak dibenarkan memakai jam..setibanya di sana,aku pun menuruni bas dan mngambil segala bagasi yg ku bawa utk dibawa ke tempat berkumpul..kami kemudiannya berkawad sebentar mengikut platun..kami diberikan sedikit taklimat tentang perjalanan program..kami juga turut diajar asas2 mendirikan khemah..selesai mendirikan khemah seramai iaitu 5 org bg setiap khemah,kami pun diarah berkumpul semula utk aktiviti seterusnya..aku telah dilantik menjadi IC Platun 3 pd mulanya..aku pun memberikan hukuman kpd anggota2 platun ku dan melapor kpd komander..petang itu juga kami perlu mereka logo,motto dan trademark bg kumpulan kami yg diberi nama "Siput Sedut" atas undian yg dilakukan dan membuat pembentangan kumpulan..selesai LDK yg pertama tersebut,kami diberikan tugasan utk memasak beberapa menu kecemasan di dalam hutan seperti tepung lilit,nasi putih dan telur..kumpulan kami telah memenangi pertandingan berkenaan dgn mendapat anugerah "Dekorasi Terbaik"..kemudian,semua para pelatih menguruskan diri masing2 sehingga berlangsung nya aktiviti malam setelah selesai berbincang mengikut kumpulan bg persembahan malam nanti..malam itu dimulakan dgn persembahan di Malam Kebudayaan..kumpulan kami memilih untuk membuat persembahan muzik video beberapa seleksi lagu baru dan lama berdasarkan tema yg dipilih secara undian "Tinggal Sayang Tinggal Pujaan"..tema nya mmg kedengaran terlalau romantis dan agak lucu..aku dipilih sebagai pelakon utama persembahan malam itu..aku dgn rela hati memain kan peranan ku..aku mungkin tidak byk pengalaman berlakon (cuma drama bahasa inggeris yg aku sertai pada tahun lalu mnjadi johan di sekolah ku serta menimba pengalaman di latihan AKSES UiTM selama 1 malam sahaja..huhu) tetapi aku tetap bersemangat melakukan yg terbaik utk rakan2 kumpulan ku yg lain..kumpulan ku dipilih sbg kumpulan yg pertama memulakan persembahan pd mlm itu..aku pun memulakan lakonan ku bersama seorg pasangan wanita di dlm kumpulan diiringan alunan lagu2 dr anggota kumpulan ku..selesai persembahan,mereka memuji lakonan ku pd mlm tersebut,aku berasa sgt bangga dan terharu,sekurang2 nya aku telah memberikan yg terbaik utk kumpulan ku tanpa sebarang latihan..alhamdulillah..

Seterusnya aktiviti yg agak mencabar bg ku iaitu "Night Walk"..kami ditugaskan utk menutup mata utk dibawa ke lokasi yg ditetapkan..bg pelatih perempuan yg lemah semangat dan dtg bulan pd mlm tersebut dilarang utk mengikuti aktiviti tersebut kerana dikhuatiri mengundang masalah..aku sudah mula merasai kesejukan dingin mlm mencengkam sehingga tulang2 ku..perasaan gementar sedikit menyelubungi diri..aku pun memulakan aktiviti pd mlm tersebut,kami diberikan satu kata laluan dan dibawa ke satu lokasi rahsia dgn menutup mata..setelah dilepaskan sorang demi seorang bg siswa dan berpasangan bg siswi,kini tiba giliran aku..aku bagai terpana sebentar,aku pun membuka kain penutup mataku..dunia di hadapan ku gelap gelita..aku diarahkan oleh seorg komander utk berjalan berpandukan tali yg sudahpun diikat dr satu pokok ke pokok yg lain..aku menjadi seram sejuk..kali pertama aku melakukan aktiviti seumpama ini,berjalan kaki berseorangan di dalam hutan rimba yg tebal pd waktu yg sudah menunjukkan hampir jam 2 pagi jika aku tidak silap (aku tidak dibenarkan memakai jam)..ketika memulakan perjalanan sudah ku lihat satu susuk lembaga yg berbalut dgn kain..pd fikiran ku itu adalah salah seorang komander yg ditugaskan utk menjaga dan memerhatikan kami pd malam itu jd aku pun membiarkan sahaja dan meneruskan langkah ku dgn lebih cepat sambil mataku tidak lg menoleh ke kiri dan kanan,hanya ke bawah..dlm perjalanan aku terlihat seekor kelip2 terbang melintasi ku..cukup indah,tetapi aku telah diberi arahan supaya tidak menegur sebarang objek yg kita nampak di hutan..hermm...sesudah beberapa minit perjalanan yg menyeramkan trsebut,aku sampai ke puncak penamat..komander yg berada di situ menyuruh aku memberikan kata laluan yg sudahpun diberikan sebelum nya atas faktor keselamatan..setelah selesai,aku pun duduk bersama2 rakan2 ku yg sudah smpai awal trlebih dahulu..fuh,lega rasanya..sesudah menunggu di situ agak lama dan semua pelatih2 sudah sampai,kami pun turun ke bawah semula beramai ramai..

Kemudian kami dikejutkan dgn amukan para komander!!gempar seketika malam itu apabila salah seorang komander rasa terkilan dan tersentap dgn komen salah seorang pelatih..aku juga turut menjadi gugup dan terkesima.."apa sudah jadi??" kami dikenakan pelbagai jenis hukuman yg agak memeritkan sehingga salah seorg dr kami mengakui tindakan tersebut..setelah beberapa lama kemudian,beberapa nama disebut utk tampil ke depan..dlm hatiku terasa amat lega kerana tiada namaku dlm senarai..mereka teruk dimaki dan dimarahi kerana tidak mahu mengakui kesalahan mereka..kemarahan para komander kian meledak!! kemudian.......SUPRISE!! kami disuruh menyanyikan lagu selamat hari jadi kpd beberapa org rakan ku yg menyambut hari lahir mereka dlm bulan ini..mereka menamai aktiviti malam tersebut sbg WAKENABEB!! kemudian selesai acara memotong kek dan meniup lilin,kami semua dibenarkan pulang dan tidur di khemah masing2..aku pun tidak tahu jam sudah menunjukkan pukul berapa pd waktu itu ttp aku kira2 sudah hampir pukul 4.00am..maka aku pun terus terlena kerana kepenatan walaupun keadaan di dlm khemah cukup menyeksakan dan sempit,5 org dlm 1 khemah kecil,suasana yg sungguh tidak selesa dgn pelbagai bau yg kurang menyenangkan..

Dlm kira2 jam 5.30am,kami diarahkan bangun utk bersembahyang subuh dan bersiap utk aktiviti seterusnya pd pagi itu..argghh..tidurku tak cukup,serasa malas mahu bangkit dr lena ku tp apakan daya harus dituruti jua..aku pun hanya sempat menukar baju dan mencuci muka sebelum mengambil wudhuk di sungai yg begitu sejuk pd pagi itu..aku pun menunaikan solat subuh secara berjemaah..kemudian aktiviti pd pagi itu diteruskan dgn sarapan pagi sebentar dan bersedia utk "Jungle Tracking"..sebelum itu dua org pelatih siswa dr platun 4 dimarahi oleh seorg komander kerana bangun lewat dan tidak menunaikan solat subuh pada pagi itu,agak malang nasib mereka..kemudian aktiviti meredah hutan pun diteruskan..kami berjalan mengikut platun..laluan nya tidak la begitu mencabar,akan tetapi kasut dan seluarku habis dikotori oleh selut dan lumpur..hingga pacat pun sempat singgah di lengan ku,cis tanpa aku sedari aku telah menjadi penderma darah kpd haiwan tersebut..biarkan lah..kami kemudiannya dibawa membersihkan diri di sungai setelah melalui laluan yg tidak begitu panjang kerana jumlah kami yg agak ramai..kami kemudian bersedia dgn aktiviti,"Perang Kesatria"!! kami perlu berperang antara platun menggunakan belon yg berisi air dan segengam tepung di tangan..pelbagai insiden lucu telah berlaku..malang nya platun ku telah tewas ke atas platun lain..platun yg menang pula dikehendaki menentang pasukan para komander..bermula lah detik peperangan yg melucukan,ada yg cuba utk menggunakan helah2 tertentu..keputusannya....para komander berjaya memenangi peperangan pada hari tersebut..herm..dh agak dh pun..

Kami kemudiannya diminta berkumpul kembali mengikut platun bg aktiviti "Gotong Royong" membersihkan kawasan..satu2 platun dilepaskan kerana menurut komander kawasan tersebut agak "sempit"..maka kami pun hanya menuruti arahan tersebut..kini tiba giliran platun ku..kami diberikan briefing mengenai "program" berkenaan..kami diarahkan berpecah mengikut kumpulan siswa dan juga siswi..hati dan fikiran ku mulai kehairanan dan kebingungan..hermm..tiba2 dgn tidak semena2..Ya Allah..ada air yg mengalir di kepala ku dan rakan2 ku yg lain..air apa??air rendaman sisa2 ayam mentah yg digaul bersama telur ayam!!cis,air tersebut sudah termasuk ke dalam mulutku!!sungguh tidak enak dan masam baunya..sekarang komander mengumumkan kami secara rasminya bergelar pelatih kesatria negara yg sejati!!aku bangga!!huhu..kemudian kami diarahkan utk membersihkan diri di dalam sungai yg brdekatan..Alhamdulillah dpt juga aku membasahkan tubuhku dan membersihkan dr kotoran dan bau busuk tersebut..air sungai begitu sejuk dan segar..malangnya,kami tidak dapat berendam lama dan menikmatinya..kami harus segera bersiap dan mengemaskan khemah kami utk keberangkatan pulang dan upacara penutup sebentar lagi..

Setelah selesai berkemas,aku pun meletakkan khemah yg siap dibungkus di dalam beg ke atas pangkin yg disediakan.. aku pun menunggu rakan2 platun ku yg lain..setelah semua berkumpul,upacara penutup pun dimulakan..selesai Cikgu berucap,acara yg paling kami nanati2 kan iaitu upacara penyampaian hadiah bg kategori Platun Plg Ceria, Platun Plg Rajin, Platun Plg Kemas..dan Platun ku iaitu Platun 3 telah mendapat anugerah Platun Plg Berdisiplin dan aku pun dgn perasaan penuh bangga mewakili platun ku utk mengambil hadiah..Tahniah Platun 3 (Siput Sedut)!!kerjasama yg diberikan sgt dihargai.."Semangat Disedut Bersama"!!hehe..seseudah acara selesai,kami melakukan aktiviti yg terakhir iaitu sesi "post mortem" dlm platun bersama komander kami..kemudian kami pun berangkat pulang menaiki bas dan beredar meninggalkan The Woods, Ulu Yam yg telah mempalitkan 1001 rasa dan memori dlm diari hidupku selama berada di UiTM ini tetapi yg pasti aku keletihan dan terus tertidur di dalam bas yg turut menjadi sunyi sepi sehinnga tiba di UiTM Shah Alam semula..zzzz... (harap maaf,koleksi gambar camping belum ada banyak lg..)



antara ahli dlm kumpulan platun 3

2 comments:

  1. sy juga pelajar mass comm (tp dip kat Melaka)
    sy juga Komander Melaka di sini.. dah naik pangkat KRK minggu lepas.. waktu mmk (minggu mesra komander) kami kena minum air coke tambah cencaluk, garam, telur, kopi n belacan.. sedap.. semua permp dpt tahan tp laki ada yg muntah..he3.. last yg terbaru sy menyertai Raketon bersama semua komander UiTM di Perak.. best..tata..safia_leo14@yahoo.com (ym)blog sy ada tp xtau nk design, xda masa..

    ReplyDelete
  2. ooo..ic..mmg susah kn..sye dpt tawaran jd komander gak tp tpakse tolak sebab ade tlampau byk komitmen la..nway nice meetin u..sye dh add kat ym..huhu..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Daisypath Happy Birthday tickers